Jumaat, 31 Januari 2014

Kisah Cinta

Bila orang lain bercerita tentang cinta...=) pastinya akan menarik diri dari terlibat (takut kena tanya). Susah rasanya menjawab sesuatu yang kita sendiri tidak pasti arahnya. Sungguh, salahkah kebergantunganku hanya diserahkan pada ketentuanNya? Maaf bukan sombong atau memilih, tetapi tiada jawapan yang jelas pada pertanyaan itu.

Diakui, memang pandangan saya mengenai cinta sangat kolot...(kalau boleh biarlah pilihan dan restu keluarga). Yang benar-benar pasti dan yakin untuk menghalalkan satu perhubungan. Menjadikan dia yang pertama menakluki hati adalah impian saya (hahahaha jiwangnyeee). Bukan apa...kalau dah ramai sangat pakwe mesti akan ada sifat membanding-banding. Bukankah itu suatu perkara yang kurang elok dalam sesebuah perhubungan. =)

Saya yakin keserasian dan keselesaan dalam sesebuah perhubungan akan mudah dicapai dengan redha ilahi bersama restu keluarga kedua belah pihak. Tak salah berkenalan selepas dirisik kot. Apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. Istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. Mohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. Jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. insyaAllah, dia maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang tersirat pada hati-hati hambaNya.

Dalam Islam sendiri, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kita minta wali samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu.  Boleh melawat facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang.

Bagi saya apabila seseorang wanita itu telah berkahwin, suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. Tidak mahu saya bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal  bersusah senang dengan saya adalah suami saya. Perlukah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya?

Jangan bimbang dengan janji Allah. Berbaik sangkalah selalu, nikmatnya pasti ada bagi mereka yang sabar. Sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Sepertimana diciptakan malam dan siang tidak pernah bertembung antara satu sama lain namun saling bergantungan memenuhi keperluan manusia.

 

Sabtu, 9 Mac 2013

Celoteh Sikap pasangan

✿~ Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.

✿~ Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing
Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..

✿~ Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah...
Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang, tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

✿~ Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan (u_u)

 

Cara menangani stress

1> Selalu berfikiran positif dan logik. Jangan terlalu narrow-minded.

2> Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu oleh anasir-anasir buruk.

3> Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun tidak menerima sebarang respon.

4> Membaca petikan, kata-kata hikmah, mutiara kata atau maksud-maksud hadis dan lain-lain yang boleh memotivasikan diri anda.

5> Sentiasa memaafkan orang lain.

6> Selalu berdoa dan beribadat.

7> Elakkan daripada perkara-perkara yg boleh memberikan tekanan.

8> Selalu bersenam.

9> Elakkan dari berucap atau bercakap ngan nada yang tinggi.

10> Mempunyai rehat yang cukup.

Jumaat, 22 Februari 2013

10 Surah

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

Hargailah isteri anda

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.

Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN :

” Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? “

Lalu TUHAN menjawab :

” Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini”..

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU

Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya…

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal

Malaikat pun bertanya : “…Apa itu Yaa TUHAN ??

Tuhan menjawab : Bahwa “Betapa BERHARGAnya dia”…


p/s :copy/paste