Jumaat, 21 Disember 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

selamat hari raya aidiladha... seronok berada di tanah suci. Maha suci Allah mengurniakan sesuatu untuk umatnya..Alhamdulillah.

Pegangan selalu goyah terutama bila diusik oleh keadaan sekeliling.Moga diampunkan dosa2 lalu. Bersempena dengan bulan yang mulia ini satu lagi kurniaan ilahi buatku. Dalam masa beberapa hari sahaja aku ditawarkan dengan pekerjaan dan tawaran kpli (kursus perguruan lepasan ijazah). Mak minta aku untuk menjadi guru.. menyedari kekurangan diri, aku akan pergi. mungkin ini yang terbaik yang selalu aku pohon padaNya yang aku sendiri tidak tahu apa hikmahnya.....Berserahlah sesungguhnya aku percaya... aku merancang,Dia merancang namun perancanganNya lebih dari segalanya. Mengandungi kemanisan yang tersendiri...

Jumaat, 16 November 2007

Bulan Haji

Bulan haji telah tiba lagi. Rasanya macam masih baru kami ke sana. Diam tak diam rupa-rupanya tiba giliran orang lain. Seronoknya ke sana. Moga - moga adalah rezeki untuk ke sana. InsyaAllah.amin.

Khamis, 27 September 2007

Embah dan agar - agar kering

Kedatangan bulan puasa pasti akan teringatkan embah. Nampaknya masuk ni dua kali syawal halwa embah tak dapat dirasai lagi. Kalau syawal lalu aku tak sempat nak tolong sebab sibuk dengan exam dan tesis tapi tahun ni dan seterusnya aku tidak lagi perlu membuatnya kerana embah pun dah tiada. Yang tinggal cuma kenangan....

Sejak embah tidak lagi kuat untuk mengangkat berat, aku dengan yinlah yang akan tolong take over aktiviti menjemur agar -agar embah untuk diagihkan kepade tetamu istimewa embah setiap kali raya(kebetulan biasanya time free packing biasanya x join sebab dah balik kolej balik). Rindunya pada embah.....

Ahad, 23 September 2007

Al-Fatehah Nurin Jazlin

Al- Fatehah buat arwah Nurin Jazlin yang telah kembali ke rahmatullah semasa menjadi mangsa penculikan dan penderaan seksual. semoga pembunuh kejam itu akan didakwa secapat mungkin dan roh arwah nurin ditempatkan bersama orang soleh.

Khamis, 20 September 2007

Tahniah nina

tahniah buat teman seperjuangan Azrina Johari yang akan memulakan tugas baru sebagai eksekutif elek di labuan esok. wish you all the best and don't forget open table.

Temuduga yang Menduga

Dua tiga minggu kebelakangan ni banyak undangan untuk ditemuduga. Masalahnya ini adalah satu proses yang paling tidak disukai. mana taknya muka mesti blushing punya, x nak control. tension. interviewer dah pandang semacam sampai kadang2 boleh jadi loss idea nak cakap tengok interviewer. Ada 2-3 interview yang dibiarkan begitu sahaja, bukan sombong tapi entah la....
selain masalah result, bi jugak kadang - kadang jadi masalah. yelah jarang sangat berinteraksi dalam bi so kekok sangat. lebih2 lagi dengan orang yang baru first time jumpa. kalau dengan kawan2 tak la sangat. bahaya ni....

Sabtu, 11 Ogos 2007

Lesen oh Lesen...!!!!

Minggu ni agak tegang sikit sbb baru nak ambil lesen kereta..hahaha lambat dah nak graduate baru nak ambil.(bukan ape penakut sangat). Ni pun kalau tak kerana susah nak apply kerja entah kan ambil entahkan tidak. yela harap je budak mechanical tapi....cepatla lulus jpj..

Khamis, 9 Ogos 2007

Sayang Tok Cik...

Beberapa bulan yang lalu kak ina dipanggil untuk menghadiri satu kursus dan abang asnor diminta untuk melapor diri di MRSM di Terengganu so Aisar terpaksa dihantar ke Rumah Tok Cik di mersing sementara kak ina berkursus. Tok Cik dan Tok Kamal datang ambil aisar di Parit Buntar naik bas. Riuh seketika rumah tok cik dengan suara budak (dah lama tak ada budak kecil). Tok Kamal tak jadi siapkan rumah baru sebab asyik melayan cucu.. pagi2 bawa aisar hantar tira ke sekolah siap bye bye tok cik. Lepas tamat kursus kak ina dengan abang asnor (kebetulan dapat juga bertukar ke kedah)ambil aisar balik. nak dijadikan cerita rumah tok cik tak siap jugak....(pulak dah!!) sebab rindu kat aisar. Tok kamal ajak tok cik ke penang nak tengok aisar. dah tak ada budak nak digentel la tu...hehehe... sayang cucu....

Isnin, 6 Ogos 2007

Kerja oh kerja

Bulan ni dah nak masuk 2 bulan alun menganggur...Tetiba terasa tension bila orang sekeliling yang terlebih panic..hehehe..Dari mak/ayah, makcik2 sampailah ke jiran2 dah mula bertanya. Entah kenapa dah banyak kali asyik terlepas peluang, sampaikan pernah juga terasa baik jangan 'lalu' kalau buat tambah malu jer.

Isu siswazah mengangur memang topik hangat kat mana2 aja. Dulu langsung tak pernah terfikir akan mengalami situasi ini. tapi sekarang bila berhadapan dengan permasalahan ini barulah terasa. Mana taknya bila nak kerja menggunakan kelulusan SPM orang taknak terima kerana kelulusan tinggi. Bila nak apply mengikut kelulusan pun tak terima kerana tak ada pengalaman...

Apa pun mungkin bukan rezeki dan kalau dapat pun kerja hari tu mungkin alun akan jadi lupa diri atau ianya tidak sesuai dengan lifestile......Perancangan Allah melebihi segalanya.

Ahad, 5 Ogos 2007

Kenduri Arwah

Menjadi kebiasaan family yayi & embah akan mengadakan kenduri arwah sebelum sambutan bulan puasa (biasanya sebelum rejab). Selalunya masa inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan keluarga. Dari sekecil amzar sampailah sebesar abg madon. Makcik - makcik tak payah cakap la, bila berjumpa macam - macam cerita keluar. Riuh, sampaikan pernah satu ketika ada orang luar ingatkan rumah embah tempat jual kereta dan aktiviti memasak tidak pernah tamat. Bising embah menyusur resepi sampaikan tak terbuat...alun paling suka...sebut je teringin ape, pasti embah buatkan. Resepi paling best lada patah, ikan goreng dengan sayur bening kalau ada asam rebus nenas embah lagi sedap (embah yang buat la).

Sambutan kali ini agak berbeza berbanding sebelumnya..... Suasana tidak lagi semeriah dulu. Pemergian embah pada 3 Muharam1428H bagaikan telah membawa bersama kemeriahan sambutan puasa bagi keluarga Hj. Sham Jamian dan Hjh. Hasnah Abd. Manaf. Entah kenapa ianya menjadai satu kenduri yang amat senyap. Sepupu-sepupu kecil pun berjalan entah ke mana so tak dengar la suara acu marahkan suraya yang kacau aisya main dengan sofia...
(makin kuat sofia menangis kuat lagi acu bersembang..hehehe).

Acu dengan mak nab sampai jumaat malam. Alun, eli, mak dan mak nah sampai 1.30 pagi (tunggu eli balik kerja). Masa sampai alia, suraya, sofia dan aisya tak tidur lagi.. alahai kecik2 dah chat sampai ke pagi. yang lain dah tidur. Cikju mak long dan kak ami sampai tengahari. Best nangka cik bawa. Ada kerepek sukun lagi. Pak ngah dan abg Yo sampai petang. Pak lang, abg azri dan abg apis sampai malam. Om dengan Paman tak balik.

Menu kali ini
  • Nasi Putih
  • Ayam masak ala kurma
  • Ikan masak asam pedas
  • Sambal sotong
  • Sayur jawa
  • Kuih agar-agar santan mak usu
  • Buah tembikai susu dan nangka
  • Air chikong

Selasa, 31 Julai 2007

Hidup sihat seperti Rasulullah

1. BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg bnyk antaranya :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Menguatkan daya pemikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul sentiasa kemas & bersih, setiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan, ia tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. PENYABAR

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan - Segeralah berwudhu - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga ketenangan hati & kesihatan jiwa, mental maka jauhilah rasa iri hati.
::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat- sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Al-Fatehah

Al-Fatehah buat Nada Nasira binti Abdullah (14 tahun) atas kembalinya kepada pencipta yang maha kekal abadi..pada 5.40am 29 Julai 2007 di HSA,JB.