Jumaat, 21 Disember 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

selamat hari raya aidiladha... seronok berada di tanah suci. Maha suci Allah mengurniakan sesuatu untuk umatnya..Alhamdulillah.

Pegangan selalu goyah terutama bila diusik oleh keadaan sekeliling.Moga diampunkan dosa2 lalu. Bersempena dengan bulan yang mulia ini satu lagi kurniaan ilahi buatku. Dalam masa beberapa hari sahaja aku ditawarkan dengan pekerjaan dan tawaran kpli (kursus perguruan lepasan ijazah). Mak minta aku untuk menjadi guru.. menyedari kekurangan diri, aku akan pergi. mungkin ini yang terbaik yang selalu aku pohon padaNya yang aku sendiri tidak tahu apa hikmahnya.....Berserahlah sesungguhnya aku percaya... aku merancang,Dia merancang namun perancanganNya lebih dari segalanya. Mengandungi kemanisan yang tersendiri...