Rabu, 21 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU







16 Mei baru sahaja berlalu. namun bahang perayaan sambutan hari guru masih lagi dirasai terutama bagi warga pendidik. Buat yang bergelar 'cikgu' dan bakal 'cikgu' selamat hari guru






Guru Oh! Guru (Usman Awang - 1979)
Berburu ke padang datar



Dapat rusa belang kaki



Berguru kepala ajar



Ibarat bunga kembang tak jadi






Dialah pemberi paling setia



Tiap akar ilmu miliknya



Pelita dan lampu segala



Untuk manusia sebelum jadi dewasa.






Dialah ibu dialah bapa juga sahabat



Alur kesetiaan mengalirkan nasihat



Pemimpin yang ditauliahkan segala umat



Seribu tahun katanya menjadi hikmat.






Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa



Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta



Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara



Jika hari ini seorang ulama yang mulia



Jika hari ini seorang peguam menang bicara



Jika hari ini seorang penulis terkemuka



Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;



Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa



Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.






Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya



Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota



Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu



Dia adalah guru mewakili seribu buku;



Semakin terpencil duduknya di ceruk desa



Semakin bererti tugasnya kepada negara.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku



Budi yang diapungkan di dulangi ilmu



Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat



Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selasa, 20 Mei 2008

Hari Terbuka Unit Pertanian


Unit Hortikultur IPTI dengan kerjasama KPLI-KH telah menganjurkan Hari Terbuka. pada masa ini murid sekolah rendah dijemput untuk menyaksikan sendiri proses dan teknik penanaman yang pelbagai dijalankan ke atas pokok2. selain itu mereka juga berpeluang untuk beramah mesra dengan haiwan peliharaan. bahan yang digunakan sebagai pameran dan demonstrasi amat bersesuaian dengan kurikulum KH sekolah rendah. Hasil maklum balas yang diperolehi, mereka berharap program seumpama ini dapat dijalankan dalam tempoh yang lebih panjang selain dijalankan pada setiap tahun. kami warga KPLI-KH1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbangkan bakti terutama sekali buat pensyarah paling best En Agos Atan dan KO merangkap pengarah program jek..


we are the best....!!!

Aja-Aja fighting

Selasa, 6 Mei 2008

Minggu Micro Teaching


Minggu ni start micro teaching. fuh..!!gementar mengajar anak murid lagi tua.banyak main.kelakar pun ada. hari ni turn guru pelatih lelaki. tetiba lak tadi ada Pn Khadijah dr jabatan PS jemput jadi MC. entah mana dapat la no phone. aik abis la majlis orang aku buat haru lagi....gementar. pening2. lepas dr bala UH kena take over pulak malam keroncong. (boleh ker...??)


nak dekat hari terbuka KH ni makin banyak pulak rasanya x ready...hope everythings will be okey. paling penting harap en agos dapat datang masa tu.

Ahad, 4 Mei 2008

Bina Insan Guru




Bertempat di Mutiara Motor Resort, Kg.Sedili 27-30 April 2008, kami guru pelatih KPLI KH1,2 dan PSV telah melengkapkan kursus BIna Insan Guru (BIG). memang happening abis gelagat semua. Kem komanden DR Lim, Penghulu-bob, penghuluwati-kimi. kumpulan happening kumpulan 3. best...best...

paling best dalam BIG selain acara makan adalah slot air. kak ya dgn kak miza terbuka life jacket di tengah laut, kak lia balik bawa ketam dan paling mencabar bila ramai perenang terdampar di sangkar ikan siakap...
bagi kumpulan 4,5 dan 6 mereka dapat kawan baru (obor2). sayangnya mereka kurang pandai sikit masak macam kami hehehe...ada ke camping yang dibekalkan sardin tapi tak gunakan semaximum bahan yang diberi. just masak untuk lecturer berbeza kami yang masak dalam hujan lebat. sardin campur air hujan dengan telur cair...diserikan lagi sayur campur dan ice lemon tea...wahhh best..best... ada boleh lawan ke masak telur dadar bukan telur hancur...