Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Assalamualaikum...
Hari ini kita berada di hari terakhir 1430H. Petang dan malam ni jangan pula ada yang lupa membaca doa akhir dan awal tahun. Semoga tahun yang baru pergi dan yang akan datang adalah tahun yang memberi rahmat buat kita.

Macam mana dengan azam tahun 1430H? dah berjaya melaksanakannya? InsyaAllah rasanya memang banyak azam yang muncul setiap tahun opsss for me rasanya setiap bulan ada kot tapi banyak juga yang terkandas. Alhamdulillah pada azam2 yang telah terlaksana(syabas buat diri sendiri hahahaha). Tahun 1431H dan 2010M ni berazam nak jadi insan yang paling rajin wahahahha mampu ker? Dah tengahari ni masak pun belum start...(ada 7 jam lagi sebelum nak masuk 7ptg k).

Tahun depan dah tak noleh nak tangguh kerja coz kena mengajar tahun 6.(Aduh... mampu ke?) Yakin boleh!! bukan ke cikgu lagi pandai dari murid sebab tu dipanggil cikgu....(ayat penyedap hati). Bukan la bermakna tahun ni buat kerja bertangguh tapi kena la cari formula yang lebih efisyen lagi nak menarik minat murid belajar...

Setiap kali datangnya tahun baru pasti orang bercerita pasal azam. Sejauh mana azam dapat mempengaruhi minda dan tingkah kita ke arah gerak kerja yang lebih cekap. Seharusnya azam memangkin semangat untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Ia juga sebagai satu matlamat yang perlu dicapai dalam satu jangka msa yang kita sasarkah. Jika hanya berazam tanpa ada sasaran masa untuk mencapainya percayalah azam itu pasti akan di bawa ke tahun hadapan. Fikir fikirkan dan renung-renungkan. Itu saja untuk kali ini time untuk masak pulak....jumpa lagi di tahun hadapan.

Tahniah buat ekin atas kurniaan baby boy pada 14 Dis 2009. Selamat bercuti. Bertambah anak saudara i.

Rabu, 9 Disember 2009

Selamat Menempuh Fasa Baru Kehidupan


Diam tak diam dah hampir ke penghujungnya tahun 2009. Rasa macam baru je sambut 2009. dah tua rupanya. Masa yang berlalu memang tak akan kembali. Firman Allah demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang sentiasa berpesan-pesan.


Sempena dengan cuti sekolah yang panjang ini pun ramai yang mengambil kesempatan untuk memulakan fasa baru kehidupan.Tahniah diucapkan buat yang bergelar pengantin baru dan ibu bapa. Maaflah pada jemputan yang tidak dapat dihadiri. Doa selamat sejahtera dan aman bahagia hingga ke akhirnya sentiasa mengiringi kalian. Semoga rukun damai dalam melayari bahtera yang dibina.


Selamat Pengantin Baru didedikasikan buat:


  1. Rafidah Rafat & Nor Hazizi (13 Dis)
  2. Nuril Akmal (mike) & Fauzan (28 Nov)
  3. Muhd Danial (26 Dis)
  4. Abd Rahman (13 Dis)
  5. Nadya Shafii & Muhd Zuriman (13 Dis)
  6. Adzizah (26 Dis)
  7. Shah & Nabilah (My roomate & Classmate) 12 Dis
  8. Nur Ilyani
  9. Azril Al-hafiz ( 28 Nov)
  10. Rozunayanti & Mohd Musa (13 Dis)

Dan mana2 jemputan yang tidak disebutkan maaf ye kawan. Ni yang teringat. Kat senarai jemputan dah penuh dengan jemputan my parents.


Selamat bergelar ibu/bapa baru dan yang bertambah anak

  1. Kak Mas (Anak sulung) Boy
  2. Junainah my bestfriend (Anak sulung) Boy
  3. Kak Ad (Anak sulung) Boy
  4. Hanem (Anak sulung) Boy
  5. Kak Ja (Anak ke-2) Boy
  6. Kak Zakiah (Anak ke-2) Girl
  7. Kak Aisyah (Anak ke-2) Boy
  8. Kak Na (Anak ke-2) Boy
  9. Kak Mas (Anak ke-2) Boy
  10. Kak Ngah (Anak ke-2) Girl
  11. Abg Mizan (Anak ke-2)Boy

Dan buat mak saudara yang menerima menantu

  1. Mak Cha (29 Dis)

  2. Mak Yah (Kakak Datuk Moy Ujang jom kita meraikan mereka di serkat pontian minggu depan)

Buat semua selamat menempuh fasa baru....

Jumaat, 27 November 2009

Semangat Aidiladha



Alhamdulillah setahun lagi diberi peluang untuk meraikan sambutan Aidiladha. tahun depan tak pasti lagi kita berpeluang merasai nikmatnya lagi atau tidak. Pada 9 Zulhijah semua umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji berada di Padang Arafah untuk berwukuf. Dibukakan padanya pintu langit untuk dimakbulkan doa. Hari ini ketika kita sedang enak menikmati pelbagai jenis juadah seperti rendang, ketupat,ayam dll sebenarnya ketika ini jemaah haji sedang bermabit di Mina. Suasana di sana hanya Allah yang maha mengetahui. Berita yang kita dengar suasana musim haji pada kali ini berlainan dari musim2 sebelum ini. Mereka diuji dengan wabak penyakit dan juga musim hujan serta banjir (Mekah dah banjir). Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mereka memperoleh haji yang Mabrur.Insya Allah.

Bila disebut Aidiladha ia tidak dapat lari daripada ibadah haji yang dilaksanakan bagi umat Islam yang berkemampuan dalam hal rukun Islam yang kelima ini. Pada hari tersebut juga manusia yang menunaikan ibadah haji mengenepikan soal keduniaan dengan memakai pakaian seragam ihram yang disyariatkan Islam. Ini jelas membuktikan bahawa umat Islam diakhirat nanti mempunyai darjat yang sama dan Allah mengangkat manusia yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Allah telah menjelaskan bahawa semua manusia adalah sama dan yang paling mulia adalah yang bertaqwa kepada Allah.

Dalam ibadat ihram ini juga tidak kira kaya dan miskin sama-sama mengalami nasib yang serupa iaitu berpanas terik bersama dengan pakaian yang serupa dan ia seakan-akan perhimpunan di padang mahsyar. Bagi mengimplimentasikan dalam kehidupan seharian manusia kita harus sedar bahawa kejadian manusia adalah sama dan kita haruslah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika kita mengkoreksi hal kehidupan kini khusunya di Malaysia, masyarakat seakan tidak mempunyai nilai kemanusiaan apabila yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya, bukan sekadar itu sahaja tetapi yang kaya dan kuat ini terus menindas yang miskin dan lemah dan perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Seharusnya saling tolong menolong dan saling bantu membantu merupakan amalan asas kehidupan kita yang mana dengan cara ini sahajalah Islam akan terus dipandang tinggi.

Hari Raya Aidiladha suram jika hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri sedangkan Aidilfitri dipanggil hari raya asghar (kecil) manakala Aidiladha adalah hari raya Akhbar (besar). Di Malaysia sebegitu keadaannya jika dibandingkan dengan keadaan di Negara-negara Islam yang lain.

Dari peristiwa korban ini selaku masyarakat yang dinaungi oleh institusi keluarga yang di kemudi oleh bapa dan ibu dan dianggotai oleh anak-anak harus melihat nilai-nilai kekeluargaan dari kisah Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar. Siti Hajar ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s dengan perintah Allah di padang pasir yang kering kontang dan diterima oleh Siti Hajar dengan redha. Jika dilihat dari kisah ini jelas kesetiaan seorang isteri kepada suami tidak berbelah bagi dan haruslah setiap isteri di dunia ini mengadaptasikan nilai kisah ini dalam kehidupan seharian. Selain itu pendidikan yang diberikan oleh Nabi Ibrahim a.s ke atas Nabi Ismail a.s dengan kerja keras mendirikan kaabah yang tersergam indah harus diikuti oleh bapa dan anak. Pada masa kini si bapa menghidangkan hamburan material kepada anak-anak sehinggakan anak-anak tidak menghargai jasa bapa yang mencari nafkah kepada mereka dengan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Kisah korban ini tidak terhenti sekadar itu sahaja tetapi nilai pengorbanan haruslah di hayati agar kehidupan selaku khalifah Allah lebih berharga. Kita juga harus mengkoreksi khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dalam khutbah terakhir Baginda pada Hajjah Al-Wida’ ( haji terakhir ). Rasulullah s.a.w telah menyuruh umat Islam berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah agar tidak tersesat jauh dari landasan yang benar. Dalam Kitab Al-Raheeq Al-Makhtum karangan Ahaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri ada menjelaskan tentang Hajjah Al-Wida’ ( haji terakhir ) Raulullah s.a.w.

Akhir kata selamat menghayati ibadah pada bulan Zulhijah ini dan selamat berkorban. Mulakan dengan berkorban melawan nafsu kita. Salam 10 Zulhijah dari Fadhlun dan keluarga.

Selasa, 10 November 2009

Jodohku dimanakah dikau

My Family (choop 2 lagi mana?)


Ha bila tegok tajuk macam ni mesti ada yang excited nak baca kan? Hahahaha. Sekadar perkongsian motivasi daripada satu artikel yang sempat dibaca semasa mencari bahan P&P. Saja nak keluar sikit dari kepompong artikel dunia pendidikan sempena bulan orang kawen.

Ramai yang pernah dengar lagu ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga. Tapi sedarkah kita mana mungkin ikan dan asam datang sendiri ke periuk untuk bersatu. Ada penyebabnya.Mungkin Mak Bedah yang memasukkannya atau Cik Ani yang mencampurkannya. Pasti ada penyebab yang memungkinkan keduanya bertemu, kalau tidak dengan peranan sendiri mungkin juga ada pihak lain yang menjalankannya.

Jadi persoalan jodoh ini memerlukan penyebabnya. Seseorang perlu mencari penyebab pada sebuah perkenalan dan hubungan seterusnya. Tanpa sebab, semuanya mustahil berlaku.Mana mungkin seorang yang tinggal di sebuah desa terpencil tiba-tiba dipinang oleh seseorang yang langsung tidak mengetahui kewujudannya.

Seorang rakyat Amerika Syarikat, Whitney mengahwini seorang penarik beca India selepas menaiki becanya. Wanita berusia 26 tahun itu berasal dari Chicago bertemu dengan Harish Hotala di Jaipur semasa wanita tersebut mengupah pemandu becabermotor itu membawanya melihat pemandangan ibu negeri di barat India. Pada hari ketiga perkenalan mereka Whitney mengejutkan Harisha dengan lamarannya sehingga membuatkan Harisha jatuh cinta.

Lihat. Itu membuktikan persoalan jodoh memerlukan penyebabnya. Mustahil Whitney mengahwini Harisha jika dia tidak ke India. Kalau dia datang ke India pun tanpa menyewa beca Harish tidak mungkin jodohnya akan bermula.

Contoh yang paling hampir dengan diri. Sekiranya mak saya dari sebuah kampung di Pontian tidak membantu abangnya mengasuh anak saudara dan bersekolah di Muar, dan ayah tidak berkeras untuk menjadi cikgu di Muar, mana mungkin hari ini saya ada untuk mencoretkan sesuatu diblog.

Sekiranya En Faizal, En Azlis dan En Sia tidak bertegas untuk merealisasikan MMR2, Mana mungkin begitu mudah Jun bertemu jodohnya dengan senior sendiri Faizul.

Sekiranya ada di antara kita belum bertemu jodoh, ia hanya belum bersebab untuk bertemu. Sebab itu mungkin ada, tetapi belum sampai sebab perjalanannya masih jauh atau berliku. Jadi jangan risau. Jodoh sama ada cepat atau lambat tetap ada, baik dan buruknya. Kalau tidak di sini mungkin 'disana'.

Berkahwin kadang-kadang berisiko sebagaimana kita memandu juga. Dengan pemanduan yang berhati-hati pun kita masih berpeluang ditimpa kecelakaan sedangkan sekiranya kita tidak memandu kita tidak akan terlibat dengan kemalangan.

Hidup perlu dilihat dengan mata hati supaya kita tidak terlalu menilai apa yang kita lihat sebagaimana tuah atau petaka buat kita. Dalam perjalanan yang kita sendiri tidak tahu panjang pendeknya perlulah kita lalui dengan hati yang ikhlas dan usaha yang berterusan untuk mendapat apa yang terbaik buat kita dengan mengharapkan bantuan dari Yang Mengaturkannya buat kita.

Isnin, 9 November 2009

Fitrah manusia suka benda baru

Sudah menjadi fitrah manusia suka pada benda dan suasana yang baru.Tidak hairanlah bila murid lebih teruja pada suasana yang berbeza dari kelaziman. Menjadi tanggungjawab kita pendidik mewujudkan satu suasana yang bukan saja kondusif untuk belajar tetapi berbeza dari biasa contohnya menggunakan kaedah simulasi lebih banyak berbanding bercakap sepanjang masa misalnya tajuk hari ini makanan tradisional masyarakat M'sia (sivik tahun 4), cuba kita minta murid yang pelbagai kaum yang ada di kelas kita membawa makanan tradisional masyarakat Malaysia. Ransang otak murid makanan tradisional bukan sahaja kuih bahulu, kuih bulan atau maruku tetapi makanan lain seperti rendang, capati, nasi ayam dll. Suasana P&P pasti lebih mengujakan. Cubalah!

Fitrah azali manusia suka kepada benda yang baru ini juga mendorong mereka melakukan sesuatu yang lebih drastik dan mencabar. Jika kita tidak dapat memancing minat mereka tidak mustahil mereka akan terdedah dengan aktiviti tidak sihat dan mula mencari jalan untuk memuaskan kehendak mereka dengan berbohong, ponteng, mencuri, merokok, berjudi dan akhirnya aktiviti yang lebih menyedihkan.

Apabila aktiviti ini berlarutan dan menyeronokkan, mereka akan beralih pula kepada aktiviti yang lebih mencabar seperti merompak,menyamun dan memeras ugut. Demikianlah kronologi peristiwa yang membawa kepada kebejatan moral murid masa kini.

Siapa yang harus kita persalahkan? Merekakah yang minta dijadikan begitu? keluarga yang tidak punya masa bersamakah? guru yang tidak boleh menegurkan punya angkara? Jiran yang sudah tidak mahu masuk campurkah?Atau Menteri Pendidikan yang salah?

Setiap orang punya tanggungjawab masing-masing. Menteri, Ibu bapa penjaga,guru, masyarakat, jiran tetangga,rakan wajib melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing.Elakkan daripada berlepas tangan serta beranggapan bahawa tugas kita itu talah selesai dan membiarkan guru semasa yang menggalas semuanya. Bekas guru juga perlu membimbing dan memberi peransang untuk menghadapi cabaran murid masa kini. Ibu bapa dan penjaga juga perlu sama berbincang dengan guru mencari jalan penyelesaian pada masalah ini.

Kadang- kadang rasa kecewa juga bila anak dah tidak mampu dikawal di rumah baru mereka memberikan keizinan untuk guru menegur atau merotan. Bukan menjadi guru ini kepingin sangat untuk merotan anak orang. Buat sakit badan sendiri je. Tapi bila murid berani bersuara cikgu boleh buat ape kalau saya tak hafal sifir? Cikgu, kalau tak buat / siap kerja rumah? Terfikir juga bolehkah para pendidik merealisasikan harapan dan impian pendidikan masa kini? Didikan pada kanak-kanak dan awal remaja sangat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan kecemerlangan akademik tetapi juga kecemerlangan sahsiah. Alangkah sayangnya bila murid yang pandai tapi tidak punya sahsiah yang boleh dibanggakan.

Khamis, 29 Oktober 2009

Takziah

Seperti yang semua sedia maklum baru-baru ini berlak kejadian yang tidak diingini dalam arena pendidikan. Seorang murid dilaporkan mati manakala 2 lagi masih hilang dalam kejadian jambatan runtuh di pusat koko kampar perak ketika menyertai program perkemahan gagasan 1 Malaysia anjuran kementerian (10.30 p.m. 26 Okt 2009). Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dan tahniah buat guru-guru dan petugas yang datang memberikan bantuan awal kepada semua mangsa.

Isu jambatan runtuh ini telah menarik perhatian pinah SPRM. Mungkinkah terdapat isu rasuah dalam kes ini? sama - sama kita renungkan. bagaimanakah jurutera yang terlibat boleh meluluskan projek ini? Yang menjadi mangsa sekarang adalah pengguna. Sama seperti isu MRR2, jambatan retak, jejantas runtuh dan sebagainya. Terjaminkah keselamatan kita hari ini?

Rasanya lepas ini kerajaan perlu meneliti dan melakukan penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti koko bagi mengelakkan kejadian seumpama ini dari berulang kembali.langkah keselamatan perlu ditingkatkan dan kaedah menyalurkan maklumat kepada ibu bapa perlu diperbaiki sekiranya berlaku kecemasan. Hal ini dapat membantu ibu bapa mendapat berita dengan lebih telus dan cepat. Bukan nak membela guru tapi dalam jumlah guru pengiring yang terhad kadang-kadang cikgu juga panik nak mendapatkan no telefon penjaga dalam masa-masa kecemasan. Tambahan pula terpaksa menguruskan murid terlebih dahulu dan menenagkan keadaan yang kelam-kabut.

Ahad, 25 Oktober 2009

Pendidikan

Perasan juga blog ni tak banyak ilmu atau madah pujanggan yang best untuk dikongsi bersama. Terlanjur dah berkecimpun dalam arena pendidikan ni nak juga berkongsi idea dengan yang lain. Benarlah ada pendapat mengatakan pendidikan sebenarnya bermula dari rumah. Asas pendidikan tidak formal yang kukuh membantu perkembangan diri murid. Mengapa di kata begitu? Sekiranya ibu bapa berjaya mengawal tingkah laku anak di rumah, guru lebih mudah mengawal tingkah laku murid di sekolah dan proses P&P dapat dijalankan dengan lancar dan dalam keadaan yang lebih kondusif.

Cuba kita renung kembali sejarah pembesaran kita dahulu, pasti ramai yang menyebut ayahku seorang yang garang. Tak berani mengadu jika dipukul guru kerana balik nanti kena 2 x ganda. Fenomena ini sebenarnya membantu mendisiplinkan murid. Secara tidak langsung kita tampil hebat sekarang. Agaknya apa akan jadi sekiranya ayah kita tidak bertindak sedemikian malah memanjakan kita? Ayah alaf baru lebih cool apa yang anak minta pasti dapat sampaikan anak bersikap tidak berterima kasih (sesetengah la). Rasa terlalu mudah mendapat sesuatu dan tidak menghargainya.

kes 1 :Ada satu peristiwa yang benar-benar berlaku didepan mata apabila anak seusia 4-5 tahun dengan selamba menjerit kepada si ibu meminta sesuatu dan apabila permintaannya tidak dipenuhi, dia memberontak dengan menjerit sekuat hati sambil melemparkan barang yang sempat dicapainya tidak kira dia berada di mana ketika itu.

Kes 2 : Seorang anak angkat dari keluarga kaya yang masih belum memaklumkan kepada anak itu statusnya begitu rasa bangga dengan sumbangan yang diberikan keluarganya kepada pembangunan sekolah sehinggakan dia merasa yakin bahawa guru tidak berani untuk 'mengusiknya' sekiranya melakukan kesalahan. (memangpun cikgu tidak boleh menghukum mana-mana murid natijahnya ok tak buat kerja sekolah x ape tak bawa buku x kesah. kesalahan kecil la katakan)

Kesimpulannya pendidikan bermula dari dalam kandungan seorang ibu. Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak2. Guru, pensyarah, ustz,ustzh, mualim.... hanya pengganti yang dipertanggungjawabkan oleh ibubapa untuk membantu mereka mendidik. Janganlah dituding jari hanya pada guru sekiranya anak gagal tetapi mendabik dada bila anak berjaya. Janganlah membela anak membuta tuli sehingga tak mahu mengakui kesalahan sendiri. Ibubapalah yang mencorakkan anak mereka menjadi yahudi atau nasrani. Mereka adalah apa yang anda bentuk. Mereka juga belajar dari apa yang anda lakukan kerana pendidikan juga boleh berlaku dengan pemerhatian.

InsyaAllah nanti akan diulas pula bagaimana seseorang suka pada yang menyeronokkan.

Isnin, 12 Oktober 2009

Bila Kenangan Lalu datang Mengusik

baik punya set up mesin

mesin berjalan, ape dah jadi pada projek ...berlubang??? ups bergaduh ke dalam bengkel en omar?? (nak tau ape terjadi dalam bengkel?... kami sibuk bergambar) Projek berlubang sebab kami punya ketebalan bahan sebanar tak sama dengan bahan dalam program

Entah kenapa hari ni bila tengok murid belajar terus teringat zaman berada ditempat mereka. Sesekali ada guru merungut mulut kami yang bagaikan mempunyai emas sehingga begitu sukar menutur kata. Sejak di zaman sekolah rendah sehinggalah tamat pengajian memerhati dan mendiamkan diri bagaikan satu tabiat (tapi kalo dah bercakap mula lupa diri hehehe). Kesian pulak bila tengok murid kena marah. Tapi ape nak buat murid sekarang berani sampai ada yang tak hormat pada cikgu.Kalau kita cakap secara baik dia macam tak boleh terima sebab di rumah dah biasa guna bahasa kesat. Bila cikgu mula berbicara anak murid macam nak ternganga. Terpesona pada patah bicara seorang guru indah bersusun kata sampai tak dengar apa maklumat yang diberikan. Mulalah cingu nak naik angin tak dengar rupanya anak murid yang tadi macam khusyuk mendengar. Terkeluarlah nada tinggi dengarnya.Kesian...kesian.

Hari ni bukan nak cerita pasal murid just nak share gambar dengan kenalan yang banyak bersama ketika kuliah di KUiTTHO @ UTHM. Suasana yang seronok belajar di sana. Rasa ingin kembali menyusuri keindahan semasa belajar. Benarlah kata orang semasa belajarlah zaman yang paling menyeronokkan..

me and kak Hemizah

me, jagan rao, nina, kak hem and jun

Bila time susah hati atau bosan selalunya bilik kak Hemizah @ kak poli menjadi mangsa. Dialah tempat mencurah rasa bagi menghilangkan tension. TQ kak. Jasamu dikenang. Bila nak hang out sama ni.Lama dah tak jumpa. Nina and kak poli meneruskan perjuangan di lapangan sebenar di kilang. Jun last berita housewife kepada senior kami pejo dan sedang berbadan dua. Tahniah.. dan aku adalah seorang guru yang bercita-cita melahirkan lebih ramai murid berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.Amin. Rakan yang lain2 akan dikongsikan di lain perjumpaan.

Khamis, 8 Oktober 2009

Johan Nasyid Lelaki Tahun 4

Cikgu Sharimah tengah siapkan banner solat hajat UPSR

Johan Nasyid Lelaki 4 Aktif

Minggu terakhir berpuasa kebanyakkan sekolah mengadakan majlis penyampaian bantuan hari raya dan penutup program ihya ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan selain tadarus al-quran adalah pertandingan tulisan jawi dan nyanyian nasyid.

Tapi ape yang nak dikongsikan di sini hanyalah disebalik tabir pertandingan tersebut. Kebetulan pertandingan yang dijalankan bertembung dengan UPSR dan PKSR 3. Kebanyakkan hari mereka telah dicutikan dan secara kasarnya mereka mempunyai masa sehari sahaja untuk berlatih. Memang mencabar bagi guru kelas. Mana nak senyap budak UPSR dan mana nak berlatih dengan kawasan sekolah yang terhad.

Walau bagaimanapun tahniah buat kumpulan lelaki 4 Aktif kerana dinobatkan sebagai johan. Sekiranya kita punya usaha ianya pasti akan memberikan kepuasan.


Ini aje yang tinggal hari terakhir sebelum cuti raya........
Antara 6 Jenis Sampul Duit Raya Yang Mempunyai nilai berbeza.....hehehe




Sabtu, 3 Oktober 2009

Raya 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin semua. Tahun ini pertama kali beraya sebagai cikgu. Macam tak caya je dah keje sebab rasa mcm x puas je kutip duit raya dari cousin2 dan pakcik makcik. Seronok betul beraya semua mak sediakan. Alangkah bertuahnya mempunyai besar keluarga yang bahagia. Gambaran yang paling menarik ialah anak2 buah beratur panjang mendapatkan duit raya dari yang dah bekerja. Dah macam keretapi rupa barisan.

Tahun ni sekali lagi beraya di Kulai (kg sebelah mak) sebab lepas tu nak ke JB merayakannya bersama keluarga sebelah ayah dan kebetulan ada majlis pertunangan dan perkahwinan di sana sebelum ke Melaka berkampung.

Ingin sekali berkongsi kemeriahan membakar lemang, membuat ketupat dan beraya bersama keluarga besar malangnya kamera tertinggal di kampung tanpa sempat download semua gambar2 tersebut. Insya Allah di lain kesempatan akan fadhlun kongsikan juga gambar2 tersebut.

Semalam telah berlangsung sambutan hari raya peringkat sekolah. Ehmm dah macam open house besar2an pulak. Setiap kelas menyediakan pelbagai jenis kuih-muih yang enak untuk dirasa. Bagi kelas Fadhlun pulak tak ada la makanan yang istimewa cuma kami buat 'port luck'. Macam-macam makanan seperti lontong gorg, nasi impit, mee gorg, nasi gorg dsb disumbangkan ibu bapa murid. Manakala yang tidak bawa tumpang la sekaki.

Rabu, 9 September 2009

UPSR oh UPSR

Nampaknya dah 2 hari UPSR dijalankan. Hari yang pertama nampak sedikit gusar di wajah murid tapi masuk hari kedua langsung xde rasa takut (dulu aku nak exam rasa nak g perang je. Kupu-kupu penuh seperut....nak bercakap pn xde mood, ni dia orang bising betul mcm pasar lps exam.). Semalam dan hari ini murid menunjukkan ibu jari tanda mudah.(ye ke...bukan boleh caya bdk ni tapi kalau betul alhamdulillah). Bila tengok budak exam, orang yang paling kalut mestilah cikgu. Mana nak kawal budak lain yg sek, dgn bdk exam lagi...
memang nampak ketara cara budak kelas pandai dan sebaliknya belajar dan mengurus diri semasa exam. Semangat dia orang pun lain..(masih mencari-cari lagi cara nak tarik minat budak kelas hujung belajar...Ya Allah sabarkanlah guru-guru ini)

Pada cikgu yang kna uruskan bdk exam kna bersedia seawal pagi untuk periksa suhu setiap murid (yang lawaknya sek besar mcm kami dpt penyukat suhu satu jer....terbongkok-bongkok cikgu kesihatan check budak).

Buat sepupuku Ridhuan Arif yang akan mengambil kertas MT1 dan bahasa Cina. Good Luck. Jangan lupa baca soalan sampai habis. You can do it!

Isnin, 7 September 2009

Nuzul Al-Quran

Hari ini genap 17 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar dah masuk nuzul al-quran. Tak lama lagi insyaAllah berjumpa pula dengan 10 malam yang terakhir dan malam lailatul qadar. Indahnya rasa bila tiba bulan Ramadhan. paling best bila terawikh terasa terpanggil-panggil je namaku...hehehehe (jangan jelous).

10 malam terakhir ramadan

Rasulullah s.a.w. mengkhususkan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang tidak beliau lakukan pada bulan-bulan yang lain, di antaranya:

1. Menghidupkan malam: Ini mengandungi kemungkinan bahawa beliau menghidupkan seluruh malamnya, dan kemungkinan pula beliau menghidupkan sebahagian besar daripadanya. Dalam Shahih Muslim dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata: "Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah shallallahu alaihi wasallam shalat malam hingga pagi." Diriwayatkan dalam hadits marfu' dari Abu Ja'far Muhammad bin Ali: "Barangsiapa mendapati Ramadhan dalam keadaan sihat dan sebagai orang muslim, lalu puasa pada siang harinya dan melakukan shalat pada sebahagian malamnya, juga menundukkan pandangannya, menjaga kemaluan, lisan dan tangannya, serta menjaga shalatnya secara berjemaah dan bersegera berangkat untuk shakat Jum'at; sungguh ia telah puasa sebulan (penuh), menerima pahala yang sempurna, mendapatkan Lailatul Qadar serta beruntung dengan hadiah dari Tuhan Yang Mahasuci dan Maha tinggi." Abu Ja 'far berkata: Hadiah yang tidak serupa dengan hadiah-hadiah para penguasa. (HR. Ibnu Abid-Dunya).

2. Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya untuk shalat pada malam-malam sepuluh hari terakhir, sedang pada malam-malam yang lain tidak. Dalam hadits Abu Dzar r.a. disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam melakukan shalat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya beliau mengajak (shalat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja." Ini menunjukkan bahawa beliau sangat menekankan dalam membangunkan mereka pada malam-malam yang diharapkan turun Lailatul Qadar di dalamnya. At-Thabarani meriwayatkan dari Ali r.a.: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan, dan setiap anak kecil mahupun orangtua yang mampu melakukan shalat." Dan dalam hadits shahih diriwayatkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w . mengetuk (pintu) Fathimah dan Ali r.a.ma pada suatu malam seraya berkata: Tidakkah kamu bangun lalu mendirikan shalat?" (HR. Al-Bukhari dan Muslim) Beliau juga membangunkan Aisyah radhiallahu 'anha pada malam hari, bila telah selesai dari tahajudnya dan ingin melakukan (shalat) witir. Dan diriwayatkan adanya targhib (dorongan) agar salah seorang suami-isteri membangunkan yang lain untuk melakukan shalat, serta memercikkan air di wajahnya bila tidak bangun). (Hadits riwayat Abu Daud dan lainnya, dengan sanad shahih.) Dalam kitab Al-Muwaththa' disebutkan dengan sanad shahih, bahawasanya Umar r.a. melakukan shalat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila sampai pada pertengahan malam, ia membangunkan keluarganya untuk shalat dan mengatakan kepada mereka: "Shalat! shalat!" Kemudian membaca ayat ini: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. " (Thaha: 132).

3. Bahawasanya s.a.w. mengencangkan kainnya. Maksudnya beliau menjauhkan diri dari menggauli isteri-isterinya. Diriwayatkan bahawasanya beliau tidak kembali ke tempat tidurnya sehingga bulan Ramadhan berlalu. Dalam hadits Anas r.a. disebutkan: "Dan beliau melipat tempat tidurnya dan menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka). Rasulullah s.a.w. beri'tikaf pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Orang yang beri'tikaf tidak diperkenankan mendekati (menggauli) isterinya berdasarkan dalil dari nash serta ijma'. Dan "mengencangkan kain" ditafsirkan dengan bersungguh-sungguh dalam beribadah.

4. Mengakhirkan berbuka hingga waktu sahur. Diriwayatkan dari Aisyah dan Anas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam-malam sepuluh (akhir bulan Ramadhan) menjadikan makan malam (berbuka)nya pada waktu sahur. Dalam hadits marfu' dari Abu Sa'id r.a., ia berkata: "Janganlah kamu menyambung (puasa). Jika salah seorang dari kamu ingin menyambung (puasanya) maka hendaknya ia menyambung hingga waktu sahur (saja)." Mereka bertanya: "Sesungguhnya engkau menyambungnya wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku tidak seperti kamu. Sesungguhnya pada malam hari ada yang memberiku makan dan minum." (HR. Al-Bukhari) Ini menunjukkan apa yang dibukakan Allah atas beliau dalam puasanya dan kesendiriannya dengan Tuhannya, oleh sebab munajat dan zikirnya yang lahir dari kelembutan dan kesucian beliau. Kerana itulah sehingga hatinya dipenuhi Al-Ma'ariful Ilahiyah (pengetahuan tentang Tuhan) dan Al-Minnatur Rabbaniyah (anugerah dari Tuhan) sehingga mengenyangkannya dan tak lagi memerlukan makan dan minum.

5. Mandi antara Maghrib dan Isya'. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Rasulullah s.a.w. jika bulan Ramadhan (seperti biasa) tidur dan bangun. Dan manakala memasuki sepuluh hari terakhir beliau mengencangkan kainnya dan menjauhkan diri dari (menggauli) isteri-isterinya, serta mandi antara Maghrib dan Isya." Ibnu Jarir rahimahullah berkata, mereka menyukai mandi pada setiap malam dari malam-malam sepuluh hari terakhir. Di antara mereka ada yang mandi dan menggunakan wewangian pada malam-malam yang paling diharapkan turun Lailatul Qadar. Kerana itu, dianjurkan pada malam-malam yang diharapkan di dalamnya turun Lailatul Qadar untuk membersihkan diri, menggunakan wewangian dan berhias dengan mandi (sebelumnya) , dan berpakaian bagus, seperti dianjurkannya hal tersebut pada waktu shalat Jum'at dan hari-hari raya. Dan tidaklah sempurna berhias secara lahir tanpa dibarengi dengan berhias secara batin. Yakni dengan kembali (kepada Allah), taubat dan mensucikan diri dari dosa-dosa. Sungguh, berhias secara lahir sama sekali tidak berguna, jika ternyata batinnya rosak. Allah tidak melihat kepada rupa dan tubuhmu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalmu. Kerana itu, barangsiapa menghadap kepada Allah, hendaknya ia berhias secara lahiriah dengan pakaian, sedang batinnya dengan taqwa. Allah Ta'ala berfirman: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik." (Al-A'raaf: 26).

6. I'tikaf. Dalam Shahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. senantiasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau." Rasulullah s.a.w. melakukan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir yang di dalamnya dicari Lailatul Qadar untuk menghentikan berbagai kesibukannya, mengosongkan fikirannya dan untuk mengasingkan diri demi bermunajat kepada Tuhannya, berzikir dan berdo'a kepada-Nya. Adapun makna dan hakikat i'tikaf adalah: Memutuskan hubungan dengan segenap makhluk untuk menyambung penghambaan kepada AI-Khaliq. Mengasingkan diri yang disyari'atkan kepada umat ini iaitu dengan i'tikaf di dalam masjid-masjid, khususnya pada bulan Ramadhan, dan lebih khusus lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w. Orang yang beri'tikaf telah mengikat dirinya untuk taat kepada Allah, berzikir dan berdo'a kepada-Nya, serta memutuskan dirinya dari segala hal yang menyibukkan diri daripada-Nya. Ia beri'tikaf dengan hatinya kepada Tuhannya, dan dengan sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada-Nya. Ia tidak memiliki keinginanlain kecuali Allah dan ridha-Nya. Sembga Alllah memberikan taufik dan inayah-Nya kepada kita. (Lihat kitab Larhaa'iful Ma'aarif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 196-203).

Ahad, 16 Ogos 2009

Cara nak cover maluuu


Cara-cara nak cover malooooo...

Message: 1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-gulinghingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu barubgn bila takde orang nampak..


2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskalanda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kalisupaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...


3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olahanda dirasuk atau sedang berlawan denganmakhluk halus...


4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlahsampah yang ada sambil marah-marah dengansuara yang kuat, pasti orang menyangka andaseorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....


5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....


6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buatpengsan sehingga ada orang membantuanda..kalo takde..baring terus sampai malam dantakde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lahmasa sesuai untuk bangun semula....


7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik lakawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah andasorang je yang dapat malu...ye tak?....

Sabtu, 15 Ogos 2009

Tugas kita bukan mudah

Menjadi seorang guru memang telah dicita-citakan sejak dibangku sekolah rendah lagi. Namun perjalanan hidup kita bukan kita yang mengawalnya. Namun benarlah kita merancang, Allah menentukan dan penetapan Allah terbaik buat hambanya.

Sekarang memang orang akhirnya menjadi guru sekolah rendah seperti yang diimpikan. Sering kali menjadi tanda tanya orang lain kenapa mesti sekolah rendah? tak standard dan sebagainya. Sebenarnya mendidik murid sekolah rendah juga tidak semudah yang dijangka. Emosi mereka mudah berubah namun yang seronoknya mereka tidak pernah berdendam dengan seorang insan yang bergelar guru. Apa yang dituturkan kebanyakkannya akan diingati sehingga ke akhirnya. Kalau tak percaya mesti korang teringat beberapa ajaran yang cikgu korang pernah cakap. Sampaikan kalau dia melawak pun korang ingat betul.

Balik sekolah ganti tengahari tadi sempat baca akhbar metro. Seorang guru sekolah rendah didakwa menumbuk murid. Kalau nak cerita pasal pukul murid ni.. kebanyakan guru sebenarnya sama. Bukan suka pun nak pukul atau denda murid ni. Buat tambah sakit kepala + sakit hati + sakit tangan jer. Tapi...kami kesian pada mereka sudah la ibu bapa tak berapa nak kisah life dia orang,tinggal dengan org gaji, kurang perhatian sampai tak menang tangan cikgu nak melayannya.Bila cikgu buat tak kisah pada dia lyn kwn yang lain je mulalah tak buat kerja sekolah, curi barang kwn,usik kwn, tak bw buku dan pelbagai lagi alasan yang remeh tapi bila selalu dan dihimpunkan segala perbuatannya mampu menguji kesabaran seorang guru. Ibu bapa pula melenting je bila tahu anak kena marah. Cuba bawa berbincang dari awal dengan cikgu. At least bolehlah kita cari penyelesaian bersama.

Saja nak share beberapa dialog perbualan dengan parents masa open day:

CF: OO bapa Axxxxx sila duduk. Baiklah secara keseluruhan pencapaian dia agak lemah bagi murid kelas atas. Kerja rumah biasanya tak buat lengkap. Dia hanya buat di sekolah sahaja. jarang sekali siap. Saya dah semak dengan guru2 lain, dia mempunyai masalah yang sama. Bagi subjek agama dan arab dia tak lulus dan masih tidak kenal huruf.
Bapa: Ehmmm....Axxxx you said dengan daddy you buat kerja rumah. Ni cikgu dah mengadu you tak buat homework. Apasal?Tengok you dapat no XXXX.Ishk..
Murid : Diam jer....

CF:Sxxxx mempunyai pencapaian yang sederhana. Dia cuma mendapat 1A sahaja. Perlukan kerja keras untuk naikkan markah B kepada A dan bagi math banyakkan latihan. Penulisan galakkan dia membaca buku contoh karangan kerana dia masih lemah dalam pembinaan ayat serta mempunyai kosa kata yang sangat terhad.
Ayah: Haaa... tengok ni! Ayah tak boleh terima ni.nak jadi pengembala macam ayah ke? tak payah sekolah. Lepas ni ayah tarik balik semua elaun. NO PS2, No bercuti
CF: Jangan macam tu. Kepandaian anak tak sama. Dia baru nak berkembang. Mungkin masih terkejut dengan cara berbeza tahun 4 dari tahun3. Banyakkan latihan dan membaca. InsyaAllah ok.
Ayah: Tak cikgu kakak dengan adik dia keputusan baik.
CF: ......???(Sudah.....ada ke disamakan anak tu)
Murid: relex jer...

CF: Sa... ni pandai. Saya tak nafikan dia mampu mendapat keputusan yang baik tapi masalahnya Buku tak pernah bawa. Kalau saya bagi or belikan pun belum tentu buku tu ada lagi bila saya tanya. Dia ada masalah ke?Alasan dia sama buat semua guru.Hari pertama dah siap cikgu tertinggal, esok ada cikgu tapi lupa letak mana,lusa hilang cikgu kemudian tulat entah(siap angkat bahu + muka tak bersalah). Saya dapat aduan dari semua guru.Lembaga disip dah banyak kali panggil nasihat siap menyerah diri sendiri pada cikgu disiap tanpa disuruh(berani betul + degil bdk ni)
Mak: Anak saya memang degil cikgu. Saya pun dah tak tau nak buat ape. Saya rasa ini semua pasal komputer. Dia main game. Saya ingat lepas ni nak buang je komputer kat umah. Anak saya yang ni memang susah sikit la cikgu. cikgu buatlah ape yang patut. Pukullah dia cikgu. Saya dah tak tau nak cakap ape.
CF: janganlah dibuang komp tu.Nanti nak guna juga. Cabut je wayar belakang tu and simpan tempat dia sukar capai.
Murid : buat dekkkk je

Ayah: cikgu macam mna bi anak saya ni C.Dulu tadika saya hantar tadika BI. Dia ok dulu cuma sekarang ni makin teruk..
CF:....???( Tadika memang la...)

Merotan bagi seorang guru bukanlah untuk mendera atau berdendam tapi hanyalah untuk mendidik sebagai ingatan dan pengajaran. Kamilah pengganti ibu ayahmu di sekolah.Ingin sekali melihat kau berjaya menjadi insan berguna.Orang sebenarnya kalau time cuti panjang mulalah teringat kat anak2 murid.

Banyak lagi kenangan yang masih cetek dikutip.Ada pahit tapi lebih manis.. Yang penting kita enjoy baru happy mengajar..

Khamis, 13 Ogos 2009

Hospital bukan tempat paling selamat H1N1


Hospital sebenarnya bukanlah tempat paling baik untuk orang sakit. Tapi ia tidak bermakna kita tidak perlu ke sana sekiranya sakit. Hospital sebenarnya adalah tempat yang paling berisiko untuk dijangkiti penyakit kerana semua pesakit tertumpu di hospital untuk mendapatkan rawatan. Dari sakit demam dan batuk sehinggalah ke kanser semuanya ada di hospital. Tabik spring dan sekalung tahniah buat petugas hospital kerana sanggup berkorban nyawa berkhidmat untuk negara.


Negara kita kini terancam dengan wabak influenza H1N1 yang mampu meragut nyawa tanpa kita sedari yang kita sebenarnya kita mempunyai potensi untuk dijangkitinya. Baru-baru ini ada seorang murid tahun 6 di sekolah yang menghidap sakit buah pinggang telah didapati positif H1N1. Kasihan anak murid yang seorang ini. UPSR semakin hampir, kehadiran dia tak sampai pun 5 hari. Kebetulah baru-baru ini dia ada ke sekolah tetapi sehari kemudian mengalami demam dan kekejangan. Apabila disahkan +ve H1N1, kami di sekolah khuatir murid ini terjangkit di sekolah. Yelah sekarang ini ramai murid demam. Suhu badan kadang kala ada yang mencecah 40c.Namun menurut ibunya, anak ini disyaki mengalami jangkitan ketika mendapatkan rawatan di hospital.Hospital adalah rumah kedua buat dia. Cikgu doakan semoga Kimi semakin sihat dan dapat bersama teman yang lain menikmati zaman akhir kanak-kanak yang indah ini.

Rabu, 12 Ogos 2009

Miss all my friends




Last two days semasa baca paper Utusan yang dibekalkan kepada sekolah, tetiba terjumpa page yang ada senarai nama semua penerima anugerah semasa konvokesyen. Time kami dulu UTHM xde pun nak buat camtu. Rasanya konvo time tu memeng x best langsung. Bosan giler + kecewa abis. Stop it! tak nak la cite benda tak best. Masa majlis konvo mesti perasaan penerima anugerah sama mcm kami dulu kan. Nak jump kwn2 + lectr yang dah beberapa bulan x jump, nak enjoy di tempat belajar sendiri coz selalu kat tmpt2 mcm tu mestilah stress dengan tugasan dan kuliah. Tapi kali ini datang, dah free.seronoknyee






Tengok gambar2 mereka terus teringat all my friends dan segala kenangan yang ada di sana. Kwn2 JDS (mcm skema tapi belakang....hehehe) kak gie, wan, paie,afzan..., kwn merempit pidah, Lisa (TQ sanggup amik i tengah2 mlm and masak bersama kat bilik...ampun Ustzh Syakila) tak lupa geng buat projek expacially my best friends nina, jun and kak poli (TQ 4 everythings...tertidur masa buat tugasan...tak lupa wk,cindy,ang). Dah kawin korang, tak lama lagi bertambah la ahli keluarga...

Selasa, 4 Ogos 2009

Surat tawaran perlantikan tetap

Alhamdulillah. rasa seronok sangat hari ini walaupun penat melayan kerenah anak didik yang excited menanam pokok bunga tetiba datang seorang guru menyerahkan sekeping surat dari SPP. Tawaran Perlantikan Tetap...yes..yes..

Malam ni insya Allah peti ais sampai.bestnye dah boleh buat ais krim..

Cikgu Fadhlun.. Khamis submit markah kelas 4 Aktif

Minggu depan pot luck. ehmmmm nak bw ape ek?

Isnin, 20 Julai 2009

9 Siti Menjadi Idaman



Antara 9 Siti yang patut dicontohi:


1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Isnin, 13 Julai 2009

Hari yang paling membahagiakan.

Pagi tadi ada pemantauan kali ke-2 guru bersama Guru Besar. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang. Anak2 pun tak banyak hal. Ikut jer kata cikgunya ni. Seronok bila mereka mula berani bertanya sendiri tajuk yang kurang dikuasai. Markah pemantauan pun tak la mengecewakan. Gb bagi green light marah jer budak yang xnk buat kerja rumah.

Petang tadi pula baru sempat nak online. Satu lagi berita yang membahagiakan diterima. Diperakukan Lantikan Tetap..Yes aku boleh jadi cikgu tak lama lagi...

Alhamdulillah berkat bulan Rejab buat diri ini. Terima Kasih Ya Allah.

Sabtu, 11 Julai 2009

Are you in love?

Are you in-love with someone

When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around, you might look around to find them.
At that moment, you are in love

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

Although that special someone was supposed to have called you long back, to
let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the
messages in your answering machine because of one message
from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend", but you
realize that you can not avoid that person's special attraction. At that
moment, you are in love.

While you are reading this page, if someone
appears in your mind,
then u are in love with that person.

Penangan H1N1 di SK Taman Molek

Pada Isnin yang lalu (6 julai 2009) sek kami telah dikejutkan dengan kes kesihatan yang heboh melanda negara kita H1N1. Beberapa orang murid telah disyaki terlibat dan ada yang +ve. Kira kes jangkitan luar. Jadi memang ribut la suasana sekolah sesi ptg tersebut apabila ada berita budak sesi pagi dilaporkan terlibat pada ptg tu. Keesokkannya ribut pula la suasana sesi pagi.

Dari pagi beberapa orang guru dan murid mula memakai topeng. Topeng memang habis dijual di kedai-kedai berhampiran. Dr Sabri merangkap YDP PIBG SK taman Molek dan GB, Pen. Kanan mula tak menang tangan mengesan murid yang mempunyai tanda2 awal wabak. Penuh la bilik rawatan sek yang sunyi dengan pesakit dan yang menambahkan kekalutannya ada pula murid yang tak sakit tetiba rasa sakit.

Pemantauan PLBS yang dijadualkan pada waktu pagi kecoh minta ditangguhkan. pemantau pun takut nak datang. nampaknya ketua2 la yang akan datang memantau apabila kes reda nnt. Suasana kecoh persiapan fail PLBS reda seketika. Sambung balik kekecohan H1N1. Guru2 dibekalkan topeng semasa berada di sekolah. Aduhh lemasnya mengajar begitu. 5 minit je tahan.

Guru-guru bertambah kalut nak masuk kelas bila murid di kelas tinggal 10 orang sahaja. Pegawai PPD dan pegawai kesihatan mula turun padang meninjau kes. Alhamdulillah tiada apa yang perlu dirisaukan cuma langkah berjaga-jaga perlu ditingkatkan. Murid yang sakit dinasihatkan mendapatkan rawatan segera. Pegawai kesihatan akan datang memantau selama 3 hari untuk meninjau kes.

Jumaat, 19 Jun 2009

setengah tahun mengajar


Satu pengalaman yang sangat menarik dan hebat. Dengan dikurniakan anak didik yang baik dan mudah mendengar kata menjadikan proses P&P berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun kadang-kadang perangai dan kerenah mereka boleh menguji kesabaran, tetapi itulah pahit manis, asam garam serta sepak terajang menjadi cikgu yang pastinya akan menjadi kenangan terindah suatu masa nanti. Buat anak didikku di SK Taman Molek Johor semoga menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti.