Ahad, 16 Mei 2010

Harapan Seorang Guru


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia.

Tarikh keramat 16 Mei memang merupakan satu tarikh yang sangat ditunggu-tunggu oleh insan yang bergelar pendidik kerana pada hari itu mereka akan diraikan dengan gembira oleh murid. Pastinya pelbagai aktiviti dirangka bagi menyemarakkan aktiviti sambutan hari guru. Walau bagaimanapun acara yang paling mendapat perhatian adalah guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.Memang mengharukan dan menaikan semangat. Rasa macam recharge balik energy dan tujuan menjadi cikgu.

Kebiasaannya pada hari guru, guru-guru akan menerima pelbagai jenis dan bentuk hadiah tanda ingatan anak muridnya. Tapi sebenarnya seorang guru tidak mengharapkan hadiah hebat yang dibungkus kemas dengan pembalut mahal. Cukup sebenarnya sekiranya anak didiknya itu berjaya dalam kehidupan dan akhlaknya.Menjadi manusia yang berguna dan mampu memberikan sumbangan pada diri,keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Menggunakan ilmu yang diajarkan adalah suatu kebanggan buatnya. Inilah sebenarnya hadiah yang paling diidamkan oleh semua guru yang menuntut k

Sekiranya anak didiknya itu lulus dalam matapelajaran yang diajar ia adalah satu kejayaan buat guru dan dia tahu bahawa dia tidaklah syok sendiri di dalam kelas dan sekiranya mendapat 'A' dalam keputusan peperiksaannya, ia umpama bonus pada hasil kerja yang dilakukan.

Hari ini genap 1 tahun 4 bulan dan 14 hari menjadi seorang guru.Memang masih mentah lagi dengan sepak terajang dunia pendidikan namun seperti yang sering diterapkan dalam diri murid sebelum memulakan P&P, perbaiki dan perbaharui niat datang ke sekolah. Mulakan dengan redha ibubapa dan langkah la dengan kaki kanan agar setiap langkah kakimu mendapat keberkatan dan doa dari semua makhluk yang ada dimuka bumi ini yang kau dapat lihat dengan nyata ataupun tidak. Ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu dan pohonlah agar dapat kau gunakan ilmu yang bakal diperoleh sehingga ke hujung nyawa. InsyaAllah kau pasti akan berjaya dengan cara yang kau nampak nyata atau kejayaan yang tersembunyi yang kau sendiri perlu cari tahu bahawa sebenarnya kau telah berjaya. Jangan risau semua salahmu telahku ampunkan. Ilmu yang diberikan telah dihalalkan. Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu. Cuma aku mengharapkan usaha yang lebih gigih darimu sebagai hadiah sempena hari guru ini. Ia sebenarnya bukan untukku tapi lebih untukmu.
Dikesempatan ini ingin sekali mengucapkan selamat hari guru buat guru pertama mak dan ayah, buat cikgu2 Sek Keb Bakri Batu 2 Muar, SAB(G)S, SM Teknik Bkt Piatu, Pensy KMPP, UTHM, IPTI dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan dari IPTI 2008 serta rakan setugas di seluruh Malaysia terutama guru-guru SKTM. Guru Pembina Negara Bangsa

Ahad, 9 Mei 2010

With Thanks, Mak on Mother's Day


Thank you mak
for always being there
to help no metter
what life brings and
for all the secrifices
you've made for me

When you lonely
I wish you love,
When you down
I wish you joy,
When things get complicated
I wish you faith,
When things look empty
I wish you hope


I love you mak, Pn Faridah binti Sham.
No word can I describe how deep my love for you

Jumaat, 7 Mei 2010

Pemantauan Berkelompok PPD Pasir Gudang & Lestari Alam Sekitar

Minggu ini memang satu minggu yang sangat mendebarkan. Bukan kerana menghadiri temuduga atau menunggu keputusan peperiksaan diumumkan tetapi pemantauan berkelompok PPD Pasir Gudang ke sekolah-sekolah terpilih. Pastinya kumpulan sasaran utama adalah pentadbir dan kumpulan guru tahun 6. memandangkan ini adalah pengalaman pertama, ianya memang sesuatu yang sangat mendebarkan. Kiranya sampai tak boleh tidur dibuatnya. Mana kerja nak mula dulu pun tak tahu. Nak siapkan diri dengan maklumat murid tahun6, fail panitia dan yang paling mengharukan bilik khas.

Menanti dalam debaran akhirnya rombongan yang ditunggu akhirnya tiba pada pukul 2.30 ptg. Hasil perbincangan dan maklum balas kami guru-guru tahun 6 yang menghantar buku rekod mengajar untuk disemak PPD menerima ucapan tahniah kerana telah menyelenggara buku dengan baik. Alhamdulillah. Rupanya tiada apa yang perlu didebarkan kalau kita telah menjalankan segala tugas dengan ikhlas dan berkesan.

Jumaat, 16 April 2010

Suatu Pengalaman Baru



Fuhh lama betul rasanya x update blog ni. Banyak kenangan dan pengalaman yang dibiarkan berlalu tanpa catatan untuk bekalan hari depan. Diam tak diam hari ini adalah hari terakhir bergelar guru pembimbing kepada 2 orang guru pelatih IPGM kampus Temenggong Ibrahim JB. Satu pengalaman baru yang tak mungkin dilupakan.Yelah sebelum ni mmg terkenal dgn cikgu yang tegas.bila berhadapan dgn dia org terkenang zmn jd guru pelatih.kelakarnya. Apa taknya masa diminta jadi guru pembimbing baru sehari jadi ketua panitia.

Untuk fasa 1 katanya sebulan je praktikal.semoga jadi bekalan untuk sesi seterusnya.biasa la baru mengajar bnyk kna belajar. Diri sendiri pun masih belajar lagi terutama dalam mengawal emosi dengan murid yang pelbagai kerenah. InsyaAllah pengalaman ni pasti jadi kenangan yang terindah untuk dikenang dan dirindui.

sayangnya entah kenapa boleh pulak kita org lupa nak amik gmbr bersama. Untuk kenangan sempat pulak dia org menitipkan hadiah. Terima Kasih daun keladi. Buat susah2 korang je. Tak pernah nak mengharapkan apa2 pun asalkan dapat membantu korang dah kira ok buat akak.Akhir kalam selamat maju jaya dan usaha lagi mendalami arena perguruan. Sesungguhnya pengalaman adalah guru terbaik buat kita.

Rabu, 24 Mac 2010

Selamat Semuanya

Semalam 23.3.2010 tepat 3.23 petang genaplah usiaku 26 tahun. Masa yang berlalu secepat mata berkelip setiap masa. Sedar tak sedar kini diri bukan lagi kanak-kanak yang bebas bersuka ria. Segala keputusan kini perlu diambil dan ditanggung sendiri.

Syukur diusia 26 ini masih lagi diberi peluang mengecap nikmat bergelar seorang insan, anak, kakak, kawan dan guru. Tersangat bertuah rasanya menjadi Fadhlun Binti Mohamad. Perjalanan hidup yang diwarnai pelbagai warna yang menceriakan suasana. Dikurniakan keluarga besar yang sangat memahami dan membantu kala susah dan senang, kawan,jiran dan insan yang berada di persekitaran yang tidak menjuruskan diri ke cara hidup yang boleh merosakkan diri.

Sekiranya ada yang bertanya apa rahsia di sebalik semuanya jawapannya pasti tetap sama. Kejayaan dan keselamatan yang dimiliki hingga kini adalah berkat dariNya serta sokongan doa dari insan sekeliling terutama mak ayah dan cikgu2. Tanpa mereka pasti rebah rasanya diri ini. Terima Kasih semua.

Rabu, 10 Februari 2010

Salam Takziah Mangsa Denggi

Berita awal minggu lalu ada melaporkan peningkatan kes demam denggi di negara kita. Kebetulan semasa membaca akhbar Harian Metro sebentar tadi juga dua beradik yang akrab maut akibat demam denggi hanya berselang sehari. Kejadian memilukan ini berlaku pada ketika mereka baru 25 hari menerima kedatangan adik baru dalam keluarga.

Minggu lapas pula seorang nenek kepada anak murid yang berusia 56 tahun meninggal akibat demam denggi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kejadian menggerunkan ini tidak menimpaku. Memang ada juga perasaan nak matikah aku sampai teruk bergini sakit semasa diserang demam denggi, tapi sempat teringat kata2 lawak nenek masa kami bersembang di kampung. kalau kita rasa macam dah nak mati tandanya panjang lagi ler umur tu.

Setakat hari ini masih lagi serius menjaga pemakanan dan kesihatan. Selera makan dah makin bertambah-tambah. Lepas ni nak kena control pulak..isk..isk..isk...

Di harap semua menjaga kesihatan dan kebersihan di persekitaran kerana jentik2 mampu hidup lama dan boleh membiak dengan aktif dalam air yang bertakung.

Sabtu, 16 Januari 2010

Aku dan Demam denggi

Ingatkan tahun baru 1 Januari nak mulakan cerita dengan pengalaman mengutip yuran dan berhadapan dengan ibubapa untuk sesi persekolahan 2010. Namun kita hanya merancang tapi takdir Allah adalah segalanya. Pada saat semua guru sibuk dengan suasana pembukaan sekolah, takdir menetapkan untuk pergi berehat di Hospital Sultan Ismail JB kerana demam denggi. Dapatlah berehat 3 hari 2 malam di sana. Pelik sebenarnya bila doktor benarkan balik dalam keadaan platlet darah yang semakin menurun. What ever memang dah tak tahan bila doktor asyik amik darah jer, air pun berbotol-botol masuk sampai naik bengkak badan(masuk kiri kanan tangan)...nasib baik bila balik makin sihat. Mana taknya mak ayah sibuk masak pelbagai jenis makanan untuk si anak dapat menambah darah dalam badan. Memang lepak. Tapi dalam kepala banyak betul kerja nak cover...huhuhu. Untuk info semua di sini ada maklumat tentang demam denggi.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh
nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel
darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.


Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
rasa pahit pada lidah