Ahad, 27 November 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Hijrah menurut kamus dewan edisi ke-4 ialah 1. perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; 2. = tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~; berhijrah berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yg lebih baik; menghijrahkan memindahkan (diri dll); penghijrahan perihal menghijrahkan (pe­min­­dah­an dr satu tempat ke tempat lain); perhijrahan perbuatan atau perihal berhij­rah, perpindahan; pehijrah orang yg berhijrah: bakal-bakal ~ yg hendak mendapatkan perlindungan di­plo­ma­tik membanjiri pekarangan kedutaan itu.

Hijrah membawa pelbagai pengertian dalam interpretasi seseorang. Ianya boleh merujuk kepada perpindahan cara hidup, penempatan, status diri, kerjaya mahupun pemikiran. Bagi masyarakat Islam, hijrah lebih sinonim kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah bagi menyebarkan ajaran Islam selain menyatukan umat Islam.

Memandangkan Maal Hijrah pada tahun ini serentak dengan musim cuti sekolah, maka ramailah di antara kita yang melakukan penghijrahan besar dalam diri dengan berubah status. 1 Muharam kali ini misalnya saya sendiri hanya sempat memenuhi 2 jemputan perkahwinan dari teman sekolah.Yang lain tu minta maaf mungkin kekangan masa dan jarak membuatkan saya tidak dapat hadir sama dalam majlis yg mulia itu. Apa pun didoakan agar semuanya dipermudahkan. Tidak kurang juga ada yang berubah status kepada ibu pada awal tahun kali ini. Alhamdulillah. Urusan penghijrahan mereka dipermudahkan.

Hijrah juga boleh kita lakukan dengan memperbaiki diri kepada sikap dan sifat yang lebih baik, Cara berfikir yang lebih kreatif, kritis serta lebih peka kepada keperluan dan kehendak diri juga persekitaran. Mungkin tiada lagi selfish. Prihatin kepada nilai kemanusiaan dan kasih sayang kepada semua makhluk.

Apa pun yang hendak dihijrahkan rasanya semuanya bermula dengan sekeping hati. Jika ianya benar-benar ikhlas ingin berubah pasti penghijrahan itu akan dipermudahkan. Berdoalah. Hanya dengan doa dan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang baik.InsyaAllah kerana senjata bagi orang mukmin adalah doa.

Akhir kalam, selamat tahun baru 1433H. Semoga kehadiran tahun baru ini akan lebih mematangkan kita ke arah yang lebih positif dan berjaya. Andaikata datang ujian, anggaplah ujian itu satu guru ke arah kematangan dan kejayaan di masa akan datang.

Opick Feat. Amanda - Maha Melihat (Official Video Clip)

Lirik Lagu Opick feat. Amanda Maha Melihat

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Jumaat, 25 November 2011

Tahniah dan Selamat Bercuti

Selamat Bercuti pada semua murid sekolah dan yg tgh SPM tu selesaikan la dulu ye. Cikgu cikgi pulak siapkan la mana yg patut. yg nk kna datang meeting pn jgn ponteng g la tapi kalo dah mula bercuti cam i leh la enjoy. Nama ye i dah cuti tapi i dtg sek juga key utk tugas2 lain tapi leh ler dtg sesuka ati sesedap rasa bila nk dtg bila nk balik (asal x terkunci udah lerrr). Tak tau knp i mmg suke g sek kalo x dipakse but kalo dipakse mmg i benci nk tgok pintu pgr pn lalala (dah mcm bebudak lak kan lagi dimarah lg keras) so moral of the story jgn ler dok plan nk suh cikgu keje 9 jam sbb nnt i mmg keje betul2 ikut 9 jam. no more dtg awal no more balik lewat mcm la ni (TQ TPM sbb dah mansuhkan idea giler tu sbb saya mmg bt keje lbh 9 jam).

Hentikan cerita berkira tu pasal sgt membosankan. Anyway tahniah nak ucapkan
  1. Pada yg dpt keputusan cemerlang dlm UPSR 2011
  2. Pada a few friends yg dpt pindah ke tempat yg baru
  3. Pada yg akan melangkah ke alam baru
  4. Pada yg dapat ahli keluarga baru
  5. Pada yg dpt keje baru
  6. dll la yg menggembirakan korg