Jumaat, 30 Disember 2011

Tugasan Akhir Tahun






Setiap kali tibanya penghujung Disember dan awal Januari, orang sibuk dengan topik azam. Asyik buat azam jer azam tapi tak cuba untuk mencapainya pun tak guna. Tapi jangan pula kita lupa satu lagi topik yang sangat perlu diingatkan terutama kepada mereka yang mempunyai pendapatan. Zakat.

Bila sebut tentang zakat mesti orang ingat pasal raya kan. Choop ada banyak lagi zakat yang perlu diketahui contohnya zakat emas perak, zakat galian, zakat wang simpanan, zakat haiwan ternakan dan zakat pendapatan. Haa ni kan dah penghujung tahun soooo you all dah bayar zakat? Apa, tak tahu nak bayar kat mana? Senang jer bayar pada pusat zakat la. Tak tahu tanya kat pej agama (ni tak g pej agama bila you all nak kawen jer).

Apabila matinya anak adam maka terputuslah amalan baginya kecuali tiga perkara sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang bermunafaat dan doa anak yang soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

Zakat Pendapatan Satu Kewajipan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah memutuskan bahawa gaji dan Pendapatan wajib dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya.

Syarat Wajib Zakat.

  1. Beragama Islam
  2. Merdeka
  3. Harta yang sempurna milik
  4. Cukup Nisab
  5. Cukup Haul Bekerja

Takrif Pendapatan.

Bayaran yang dibuat sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan atau perkhidmatan profesional.

Hasil sewaan, hasil pendapatan daripada pertanian, elaun kerja lebih masa, komisyen juga termasuk dalam takrifan pendapatan.

Sandaran Kewajipan Zakat Pendapatan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 276, maksudnya:

‘Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau dijadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya, sesungguhnya Allah maha kaya lagi maha terpuji.’

Firman Allah dalam surah Az-Zaariyat ayat 19 maksudnya:

‘Dan daripada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).’

Hadith Rasulullah:

Sabda rasulullah SAW ketika mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman maksudnya

Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan. Diambil dari orang kaya dikalangan mereka untuk diberikan kepada yang fakir dikalangan mereka.’

Nisab.

Jumlah pendapatan tahunan yang diwajibkan zakat melebihi nilaian semasa 85 gram emas. (Ada ke yang bekerja terutama yg gomen atau swasta tapi gaji sekecil itu???).

Kadar Pengeluaran Zakat.

2.5% atau 1/40 daripada pendapatan yang sempurna syarat-syarat wajib zakat.

Zakat Dikecualikan Daripada Cukai Pendapatan.

Akta cukai pendapatan 1967 seksyen 6A(1) dan (3) menyatakan bahawa setiap mereka yang membayar zakat ditolak atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan. Untuk mendapatkan rebat perlu dibuktikan:

  1. zakat harta atau fitrah hendaklah dibayar dalam tahun semasa taksiran cukai.
  2. resit dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji (Skim INFAQ).

Pekerja yang berkewajipan Zakat Pendapatan dan berpendapatan kena cukai boleh membuat bayaran zakat dengan membuat pelarasan pada potongan cukai bulanan (PCB) pada setiap bulan.

Majikan boleh meremitkan potongan zakat kepada pihak berkuasa zakat selain daripada membayar PCB kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kaedah Pengiraan.

  1. Bayaran 2.5% daripada pendapatan kasar setahun(tanpa tolakan)

Contoh:

Gaji setahun : RM 30,000.00

Elaun : RM 4,000.00

Bonos : RM 3,000.00

Jumlah : RM 37,000.00

Pengiraan zakat : RM 37,000.00 x 2.5% =RM 925.00 setahun. Kalau nak sebulan bahagikan jer dengan 12 bulan J

  1. Kaedah Pendapatan bersih dengan tolakan

Iaitu penolakan dibuat daripada jumlah pendapatan kasar setahun berdasarkan kepada penolakan yang dibenarkan. Sekiranya selepas penolakan jumlah pendapatan masih mencukupi atau melebihi nisab maka bakinya didarabkan dengan 2.5% = jumlah zakat.

Penolakan yang dibenarkan:

· Saraan hidup – (sara diri RM9,000, bil isteri x RM 3,000, anak, ibu bapa)

· Perubatan

· Pendidikan (pulangan PTPTN ker yuran pengajian ker...)

Percayalah selagi tak bayar zakat kompem ianya akan menghantui anda hehehe. Sucikan harta dengan berzakat. Jangan risau x tipu info ni. Semua maklumat dari pamplet pusat zakat johor dan ape yg diajar cikgu 10-11 tahun lalu (tq cikgu) semuanya masih yang sama.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT

Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
...
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103
...

Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
...

Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W
, diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
" Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri.."

... KADAR NISAB ZAKAT SEMASA TERKINI : RM 14,962.89
* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.
* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan

zakat