Jumaat, 31 Januari 2014

Kisah Cinta

Bila orang lain bercerita tentang cinta...=) pastinya akan menarik diri dari terlibat (takut kena tanya). Susah rasanya menjawab sesuatu yang kita sendiri tidak pasti arahnya. Sungguh, salahkah kebergantunganku hanya diserahkan pada ketentuanNya? Maaf bukan sombong atau memilih, tetapi tiada jawapan yang jelas pada pertanyaan itu.

Diakui, memang pandangan saya mengenai cinta sangat kolot...(kalau boleh biarlah pilihan dan restu keluarga). Yang benar-benar pasti dan yakin untuk menghalalkan satu perhubungan. Menjadikan dia yang pertama menakluki hati adalah impian saya (hahahaha jiwangnyeee). Bukan apa...kalau dah ramai sangat pakwe mesti akan ada sifat membanding-banding. Bukankah itu suatu perkara yang kurang elok dalam sesebuah perhubungan. =)

Saya yakin keserasian dan keselesaan dalam sesebuah perhubungan akan mudah dicapai dengan redha ilahi bersama restu keluarga kedua belah pihak. Tak salah berkenalan selepas dirisik kot. Apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. Istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. Mohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. Jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. insyaAllah, dia maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang tersirat pada hati-hati hambaNya.

Dalam Islam sendiri, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kita minta wali samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu.  Boleh melawat facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang.

Bagi saya apabila seseorang wanita itu telah berkahwin, suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. Tidak mahu saya bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal  bersusah senang dengan saya adalah suami saya. Perlukah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya?

Jangan bimbang dengan janji Allah. Berbaik sangkalah selalu, nikmatnya pasti ada bagi mereka yang sabar. Sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Sepertimana diciptakan malam dan siang tidak pernah bertembung antara satu sama lain namun saling bergantungan memenuhi keperluan manusia.