Jumaat, 19 Jun 2009

setengah tahun mengajar


Satu pengalaman yang sangat menarik dan hebat. Dengan dikurniakan anak didik yang baik dan mudah mendengar kata menjadikan proses P&P berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun kadang-kadang perangai dan kerenah mereka boleh menguji kesabaran, tetapi itulah pahit manis, asam garam serta sepak terajang menjadi cikgu yang pastinya akan menjadi kenangan terindah suatu masa nanti. Buat anak didikku di SK Taman Molek Johor semoga menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti.

Selasa, 30 Disember 2008

SELAMAT MENGAJAR


Buat semua sahabat seangkatan yang akan mula melaporkan diri dan mengajar pada sesi persekolahan tahun depan. Selamat berangkat juga buat yang akan mengajar di Sabah dan Sarawak. Bersama kita memartabatkan profesion keguruan.

Isnin, 6 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




selamat hari raya semua...



tahun ni pertama kali kami beraya tanpa atuk atau embah. kali ni turn balik kulai. bak kata suraya macam tak ada persiapan jer walau pun kami ni dah tak menang tangan handle ketupat dengan lemang.

Sabtu, 9 Ogos 2008

semangat bertani


minggu ni masuklah P&P tanaman hiasan. bukan main bersemangat lagi mereka menjalankan p&p. kadang2 semangat yang keterlaluan ni memeningkan kepala cikgu yang sorang ni. bawa cangkul sambil berlari...ngeri ngeri

Rabu, 9 Julai 2008

Bermulanya Era Praktikum

Bermula 30 Jun 2008 sehingga 26 Sept ini, kami telah diarahkan untuk menjalani latihan praktikal. SK Taman Desa Jaya telah menjadi sekolah latihan saya. banyak pengalaman baru yang dapat ditimba. Keadaan keperluan bengkel yang terhad menyebabkan murid tidak dapat menjalankan latihan amali/projek.

Selasa, 24 Jun 2008

Perkhemahan Luar Puteri Islam











18-21 jun yang lalu, semua unit beruniform KPLI zon selatan berkumpul mengikut unit masing-masing. IPG yang terlibat adalah IP Temenggong Ibrahim, IP Tun Husseion Onn, IP Perempuan Melayu dan IP Raja Melewar.




Puteri Islam- Sg. Udang Melaka




PBSM - Ayer Keroh Melaka






KRS dan Pengakap - Sedeli






Pandu Puteri - Kem Kaizen






Selasa, 3 Jun 2008

Selamat Bertunang dan Pengantin Baru




Sepanjang cuti sekolah kali ini, maka banyaklah jemputan @ undangan perkahwinan dan pertunangan dari saudara mara dan sahabat handai.(Wah kawanku sudah kawin kau).Pada yang tak sempat nak datang tu harap maaf la. lain kali kita jumpa eh eh. Antara majlis yang sempat di hadiri adalah sahabat lama di matrik penang Haslina Md Radzi dan di pertemuan ini juga dapatlah berjumpa dengan sahabat lama di KMPP seperti mazni, apek, shida dll. Di kesempatan ke penang juga kami menghadiri jemputan dari mak We (sahabat semasa menunaikan ibadah haji). Segala layanan yang baik hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Terima Kasih.




Tak lupa juga buat kak ina sekeluarga yang banyak membantu perjalanan kami ini. TQ. Terubat la rindu Tok Bik korang dengan Pak Uda pada Amzar dan Aisar. Kesian juga bila mereka menangis nak ikut kami balik...Tak pe la sayang jumpa lagi nanti ye...