Ahad, 27 November 2011

Opick Feat. Amanda - Maha Melihat (Official Video Clip)

Lirik Lagu Opick feat. Amanda Maha Melihat

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Jumaat, 25 November 2011

Tahniah dan Selamat Bercuti

Selamat Bercuti pada semua murid sekolah dan yg tgh SPM tu selesaikan la dulu ye. Cikgu cikgi pulak siapkan la mana yg patut. yg nk kna datang meeting pn jgn ponteng g la tapi kalo dah mula bercuti cam i leh la enjoy. Nama ye i dah cuti tapi i dtg sek juga key utk tugas2 lain tapi leh ler dtg sesuka ati sesedap rasa bila nk dtg bila nk balik (asal x terkunci udah lerrr). Tak tau knp i mmg suke g sek kalo x dipakse but kalo dipakse mmg i benci nk tgok pintu pgr pn lalala (dah mcm bebudak lak kan lagi dimarah lg keras) so moral of the story jgn ler dok plan nk suh cikgu keje 9 jam sbb nnt i mmg keje betul2 ikut 9 jam. no more dtg awal no more balik lewat mcm la ni (TQ TPM sbb dah mansuhkan idea giler tu sbb saya mmg bt keje lbh 9 jam).

Hentikan cerita berkira tu pasal sgt membosankan. Anyway tahniah nak ucapkan
  1. Pada yg dpt keputusan cemerlang dlm UPSR 2011
  2. Pada a few friends yg dpt pindah ke tempat yg baru
  3. Pada yg akan melangkah ke alam baru
  4. Pada yg dapat ahli keluarga baru
  5. Pada yg dpt keje baru
  6. dll la yg menggembirakan korg

Selasa, 13 September 2011

Sekitar UPSR 2011

Sebenarnya turutan gambar ni terbalik. Ehmmm xpe la kira ok jugak la. Tahniah buat mak ayah yang turut sama memberikan sokongan moral sepanjang exam UPSR hari yang pertama.
Dah namanye bdk, lepas exam 'mak tiri' dia jugak yg dicari hehehe. Masa ni la bnyk nk tny, dalam kelas x pulak dia menggelupur.


Beratur di luar dewan menunggu arahan seterusnya
Bacaan doa dan ikrar murid
Sarapan pagi sambil xtvt serapan ilmu kali terakhir. hope semua dpt masuk ;p

Isnin, 12 September 2011

Selamat Menduduki UPSR 2011


Gambar masa jamuan akhir tahun 2010 (tahun 5 Aktif)

Diam x diam hari yang dinanti tiba juga. Tahun ni produk pertamaku di SK Taman Molek akan menduduki UPSR. Dari tahun 4 la aku ngaja dia org ni. Sayangnye ketika mereka di tahun 6 aku pun berhijrah ke SK Sungai Abong Muar. Tapi alhamdulillah hubungan kami masih ON. Yer la zaman laaaa ni bebudak ni dah ada hp (upppps tax line tepon dah naik anak2) gasak la dia org keep call. Masa mula2 dulu asyik nangis jer bila tepon, suara x kua now dah ok (cam aku lak mak dia). Terima Kasih Ya Rahman mengurniakan aku mereka yg suci hatinye, tidak pandai berdendam dengan gurunya. Terima kasih anak muridku menerima aku seadanya.

Tahun ni ingt kan free exam class tapi tidak rupanya. Final touch kena juga. Gantikan kawan yang bercuti sakit( moga cpt sembuh). Mengelupur la aku x tau nak mula dari mana. dah minggu2 terakhir tipsssssssssss jer la leh bg. hope penuh la ilmu didada dia org. aku pn ngaja xde la extrem cam kat SKTM dulu. Boleh la gamaknye dia org menjawab esok.

Akhir kalam all the best dear. Mmg saya x pandai show my love to u but i really do. Apa pn yg berlaku, siapa pn kamu saya telah redhakan dan maafkan, saya halalkan segala ilmu yg kamu terima dari saya sebagai perantara, saya halalkan juga ape yang saya berikan kepada kamu secara nyata mahupun tidak. Dengan ini tiadalah ape yang menghalang antara kamu dan saya untuk kamu mudah menjawab soalan peperiksaan. Ya Rahman Ya Rahim kau kasihanilah mereka ini dan kau bukakanlah hati mereka pada pilihan jawapan yg tepat. berikanlah mereka idea yg bernas untuk menjawab UPSR seterusnya memperoleh keputusan yg cemerlang. Ya Latif kau tambahkanlah keimanan mereka dan jadikan mereka hambamu ya taat pada penciptanya, kedua ibubapanya dan keluarganya.

Ahad, 21 Ogos 2011

Coretan, catatan sepanjang puasa


Sehari sebelum pose abis bebudak tahun 4 aku kerah gi tanam anak pokok cili padi yang dia org semai. Kebetulan pula masa tu pak cik tukang kebun tgh dok menarah semua pokok pulasan yg sedang masak ranum kat sekeliling sekolah...(masak ke separa masak ke tak masak ke semua kena tarah kalo x ada pulak yg ponteng pose mkn pulasan). Apa lagi tumpang sekaki la bebudak tu merasa buah pulasan.
Minggu pertama pose biasa la kena melayan kerenah si kecil yg mula belajar puasa. mcm2 ragam. tapi sempat juga aku menyakat suh dia org amik air paip then aku campur dengan water colour merah (nk ajar volume of liquid). Hahaha... gamat kelas masa last tu yg pada mulanye terlepek lembek je bebudaknye. Bising marahkan cikgu dia bawa air pastu dia org sendri terbayangkan air tembikai, sirap limau ais bla..bla..bla..
Nabila merengek sakit perut. tapi cikgu dia ajak masuk kelas blaja math.

Minggu kedua pose kena attn majlis buka pose. ada 2 jemputan so g satu je la. Sabtu pagi balik Bukit Batu. yeyeye. Ups.. chacha pun ikut sekali. Gumbiranya dia ramai kakak melayan plus ada2 ekor burung dalam sangkar kak ecah. Adooi susah la pulak dia nk tdo mlm. nk cari tok mama dia. So sepanjang mlm aku la kna jd mak angkat dia huhuhu lastly sama2 tertidur.

xtvt chacha dengan kak ecah sementara tunggu masa buka puasa. kak ecah yg dah tak larat tu melayan la jugak si kecik ni pasal dia mmg penyayang.

Minggu ketiga puasa (huh dah minggu 3?? cepatnye) dah masuk mlm2 terakhir. masa entry ni ditulis dah hari ke21 puasa pun. Biasa la masa ni mesti la sibuk sesi pra mengemas atau pada sape yg rajin buat kuih mula buat kuih(aku?? belum lagi. x plan nk buat kuih ke tak tahun ni..kuih tunjuk ada la juga buat geli2 tekak). Sekolah pun sibuk dengan aktiviti dan persiapan penutup ihya ramadhan dan sambutan bulan kemerdekaan minggu ni dan minggu depan.

bulan pada malam ke-15

Tahun ni giliran kami jadi tuan rumah. Nampaknye Anak cucu tok Majid bakal berkampung kat Muar la tahun ni. Selamat Datang. Kita bakar lemang sama2 k. Cite pasal raya nnt aku kongsikan di lain entry. pasal puasa rasanya setakat ni dulu. Chaw cincau...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Duit Raya

Sekadar hiasan semata-mata ;p

Yaaabedabedooo... dah tinggal beberapa hari lagi nak raya.(Mood raya sudah datang). Dengan rajinnya sibuk la rumah dikemas dan dicat. Adoiii bila masa la pulak bersawang ni. Hampeh tul. Kuih raya pun buat la sikit buat cukup syarat...yang lain beli jer. Baju raya...ehmmm tahun ni x dapat shooping sakan macam last year puasa kejap sangat dah nak raya. (ingt ex-housemate sorg ni, kami yg muslim yg nk beraya dia pulak over beli baju kurung bnyk kat kota tinggi...sowry jane saje mention u) Dulu sempat la jugak ke kota shooping giler2 dr pagi sampai ke asar. Penat... toksah tanya la kompem penat balik singgah berbuka kat kedai je. xde sapa nk masak.

Last year abis semua bank kat taman molek saya ngan kak salmi dok menjelajah pasal nak tukar duit raya n nak kumpul sampul duit.(duit utk murid miskin n anak yatim sempena penutup ihya ramadhan kat sek). Dah la ada masalah sikit ngan duit tu...giler lama dlm bank sampai jd runner. But part paling kelakar masa buat muka seposen nak mintak sampul duit...bila ingt balik malunyee. kak salmi sekarang saya x yah susah payah mintak sampul lagi. kat sek baru ramai cikgu husb dia keje bank plus anak murid saya pn ada bagi. bank pun x mintak dia hulur. x kedekut cuma isinye jer ni mcm mna nk masuk..

Tahun ni juga saya x yah susah2 g bank utk tukar duit. mintak tolong kwn tukarkan. xyah susah2 bt muka kesian. saya pn dapat juga duit raya dari sepupu2 n sedara mara, xde la banyak RM1 RM2 jer pun. tapi yelah bak kata orang sikit sama sikit banyak sama banyak. LEbih kepada satu konsep perkongsian kegembiraan buat geli2 tangan. yang tua bagi yang muda, yang muda pun bagi yang tua (yang dah koje ler...bebudak sek dok dapat lagi).

Apa pun semua yang berkaitan dengan duit mmg best kecuali hutang piutang. Dan sebagai yang kena menguruskan kewangan sendiri pepandai la buat budjet so nnt lps raya xde la kayap.