Rabu, 25 Januari 2012

wajah-wajah hari pertama persekolahan

Sekitar Pendaftaran murid Tahun 1 2012


nape ibu tak masukkan adik sekolah macam kakak?






Hari Pertama Persekolahan 2012

si kembar 2B

saya nak jawabbb...cikgu nampak tak tangan saya angkat tinggi??

Isnin, 2 Januari 2012

Tugasan Baru 2012

Jadual waktu 2012 dah pun diedarkan pada mesyuarat pertama guru minggu lalu. Nampaknya setiap tahun akan ada benda baru yang harus dipelajari. Kalau dulu dicabar mengaja anak kecil tahap 1(yang masih manja2 gitu...). Paling x hingaaat bila kena bertarik dgn bdk yg melalak xnk g sek dah la saiz dia lg beso plus kita lak pakai kasut tomit tinggi (over dose main game...ngantuk). Cabaran untuk tahun ni ehmm kena mengaja kelas ujung 3 kelas pulak tu(huhuhu boleh ke...takutnye saya yg masih cetek ilmu ni). Wargggh. Positif...positif..harap paham ler hendaknye ape yg diajo ye. Ape lg method nk gna kali ni ek?? Ape lg jgn ajo laju2 la. susah nk pick up.

Dulu ada yg tny mcm mna ek ko kawal kelas?? Kalo aku masuk kelas tuuuut uish mcm pasor jer dia org ni. Aiceh mcm hebat jer bunyi. Pada hal dah kna mandrem bdk2 tu. keh..keh..keh..Guna ape? Saja la nk share tak tau menjadi x semua petua i gna key termasuk 'merasuah'.
  1. sblum mula keje sedekahkan dulu Al-Fatehah pada tmpt kita cari rzk, sedekahkan pada anak murid kita juga(doakan mereka lembut hati dan dimudahkan kefahaman). Tak lupa buat diri sendiri agar tenang berhadapan dgn ketua, parents serta kerenah bdk.
  2. Keluar dari kete dengan senyuman supaya dpt berfikir dgn rasional.
  3. Mulakan P&P dengan doa mula belajar.
  4. Pastikan persekitaran kelas bersih supaya semuanye tenang. kalo tmpt blaja kotor mna nk dtg idea.
  5. Jgn mula bersuara kalau kelas bising. tenung jer dengan serius muka sorang demi sorang. sape nk dgr kalo cikgu ngan anak murid bersuara dlm masa yg sama.
  6. Tegur dgn kata2 yg manis kalau murid buat salah. Kalau perlu hukum biarlah berpada2.
  7. Beri murid galakan untuk memberikan pandangan. Ransang minda mereka dengan kata2 semangat jika jwpn yg diberi kurang tepat. Contoh: PK lagi pk lagi jwpn awak dah nak betul la tu. cuba2. Ok juga jwpn tu cuba cari lagi ape yang paling tepat. Lagi best bagi la award sket. pensil sebatang ke, pemadam satu. Percaya la dia org akan lg bersemangat.
  8. Ajar bdk baca surah al-insyirah masa exam selain doa2 yg selalu dia org amalkan.
  9. Ops lupa. pada bdk kecik yg sukar nk dikawal cuba ambil dia pegang bahu, dudukkan kemudian usap ubun2 sedekahkan al-fatehah khusus buat dia sebut nama. doa cikgu kan makbul. Pada non-muslim pn buat benda yg sama tp x yah bc fatehah kang ada kena kuntau ngan parents dia. buat2 mcm tok bomoh jer..ckp la halau semua hantu dr kacau bdk tu. suh jadi bdk baik, dgr kata, pandai blaja ke bla..bla..bla..
  10. Akhir sekali buat la solat hajat nak2 kalo kena kelas yg ada exam besar. Ampunkan dosa semua bdk, halalkan ilmu yg diberi, ikhlaskan hati dan doakan mereka setiap lps solat. (yelah ramai dah bdk pandai yg exam x seperti yg diharapkan pasal ada 'sangkut' ngan cikgu begitu juga sebaliknya).
Saya ni xde la pandai pn nk bg petua2 guna pn bila sempat n ingt. bak kata org pengalaman pn x sampai setitis air di lautan. Tapi yg sikit tu perlu juga dikongsi. Supaya org yg bg tips2 ni dpt saham bila ianya dimanfaatkan. kalau ada yg nk share petua yg u all gna jgn segan leh PM key.

Jumaat, 30 Disember 2011

Tugasan Akhir Tahun






Setiap kali tibanya penghujung Disember dan awal Januari, orang sibuk dengan topik azam. Asyik buat azam jer azam tapi tak cuba untuk mencapainya pun tak guna. Tapi jangan pula kita lupa satu lagi topik yang sangat perlu diingatkan terutama kepada mereka yang mempunyai pendapatan. Zakat.

Bila sebut tentang zakat mesti orang ingat pasal raya kan. Choop ada banyak lagi zakat yang perlu diketahui contohnya zakat emas perak, zakat galian, zakat wang simpanan, zakat haiwan ternakan dan zakat pendapatan. Haa ni kan dah penghujung tahun soooo you all dah bayar zakat? Apa, tak tahu nak bayar kat mana? Senang jer bayar pada pusat zakat la. Tak tahu tanya kat pej agama (ni tak g pej agama bila you all nak kawen jer).

Apabila matinya anak adam maka terputuslah amalan baginya kecuali tiga perkara sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang bermunafaat dan doa anak yang soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

Zakat Pendapatan Satu Kewajipan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah memutuskan bahawa gaji dan Pendapatan wajib dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya.

Syarat Wajib Zakat.

  1. Beragama Islam
  2. Merdeka
  3. Harta yang sempurna milik
  4. Cukup Nisab
  5. Cukup Haul Bekerja

Takrif Pendapatan.

Bayaran yang dibuat sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan atau perkhidmatan profesional.

Hasil sewaan, hasil pendapatan daripada pertanian, elaun kerja lebih masa, komisyen juga termasuk dalam takrifan pendapatan.

Sandaran Kewajipan Zakat Pendapatan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 276, maksudnya:

‘Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau dijadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya, sesungguhnya Allah maha kaya lagi maha terpuji.’

Firman Allah dalam surah Az-Zaariyat ayat 19 maksudnya:

‘Dan daripada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).’

Hadith Rasulullah:

Sabda rasulullah SAW ketika mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman maksudnya

Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan. Diambil dari orang kaya dikalangan mereka untuk diberikan kepada yang fakir dikalangan mereka.’

Nisab.

Jumlah pendapatan tahunan yang diwajibkan zakat melebihi nilaian semasa 85 gram emas. (Ada ke yang bekerja terutama yg gomen atau swasta tapi gaji sekecil itu???).

Kadar Pengeluaran Zakat.

2.5% atau 1/40 daripada pendapatan yang sempurna syarat-syarat wajib zakat.

Zakat Dikecualikan Daripada Cukai Pendapatan.

Akta cukai pendapatan 1967 seksyen 6A(1) dan (3) menyatakan bahawa setiap mereka yang membayar zakat ditolak atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan. Untuk mendapatkan rebat perlu dibuktikan:

  1. zakat harta atau fitrah hendaklah dibayar dalam tahun semasa taksiran cukai.
  2. resit dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji (Skim INFAQ).

Pekerja yang berkewajipan Zakat Pendapatan dan berpendapatan kena cukai boleh membuat bayaran zakat dengan membuat pelarasan pada potongan cukai bulanan (PCB) pada setiap bulan.

Majikan boleh meremitkan potongan zakat kepada pihak berkuasa zakat selain daripada membayar PCB kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kaedah Pengiraan.

  1. Bayaran 2.5% daripada pendapatan kasar setahun(tanpa tolakan)

Contoh:

Gaji setahun : RM 30,000.00

Elaun : RM 4,000.00

Bonos : RM 3,000.00

Jumlah : RM 37,000.00

Pengiraan zakat : RM 37,000.00 x 2.5% =RM 925.00 setahun. Kalau nak sebulan bahagikan jer dengan 12 bulan J

  1. Kaedah Pendapatan bersih dengan tolakan

Iaitu penolakan dibuat daripada jumlah pendapatan kasar setahun berdasarkan kepada penolakan yang dibenarkan. Sekiranya selepas penolakan jumlah pendapatan masih mencukupi atau melebihi nisab maka bakinya didarabkan dengan 2.5% = jumlah zakat.

Penolakan yang dibenarkan:

· Saraan hidup – (sara diri RM9,000, bil isteri x RM 3,000, anak, ibu bapa)

· Perubatan

· Pendidikan (pulangan PTPTN ker yuran pengajian ker...)

Percayalah selagi tak bayar zakat kompem ianya akan menghantui anda hehehe. Sucikan harta dengan berzakat. Jangan risau x tipu info ni. Semua maklumat dari pamplet pusat zakat johor dan ape yg diajar cikgu 10-11 tahun lalu (tq cikgu) semuanya masih yang sama.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT

Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
...
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103
...

Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
...

Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W
, diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
" Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri.."

... KADAR NISAB ZAKAT SEMASA TERKINI : RM 14,962.89
* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.
* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan

zakat

Ahad, 27 November 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Hijrah menurut kamus dewan edisi ke-4 ialah 1. perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; 2. = tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~; berhijrah berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yg lebih baik; menghijrahkan memindahkan (diri dll); penghijrahan perihal menghijrahkan (pe­min­­dah­an dr satu tempat ke tempat lain); perhijrahan perbuatan atau perihal berhij­rah, perpindahan; pehijrah orang yg berhijrah: bakal-bakal ~ yg hendak mendapatkan perlindungan di­plo­ma­tik membanjiri pekarangan kedutaan itu.

Hijrah membawa pelbagai pengertian dalam interpretasi seseorang. Ianya boleh merujuk kepada perpindahan cara hidup, penempatan, status diri, kerjaya mahupun pemikiran. Bagi masyarakat Islam, hijrah lebih sinonim kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah bagi menyebarkan ajaran Islam selain menyatukan umat Islam.

Memandangkan Maal Hijrah pada tahun ini serentak dengan musim cuti sekolah, maka ramailah di antara kita yang melakukan penghijrahan besar dalam diri dengan berubah status. 1 Muharam kali ini misalnya saya sendiri hanya sempat memenuhi 2 jemputan perkahwinan dari teman sekolah.Yang lain tu minta maaf mungkin kekangan masa dan jarak membuatkan saya tidak dapat hadir sama dalam majlis yg mulia itu. Apa pun didoakan agar semuanya dipermudahkan. Tidak kurang juga ada yang berubah status kepada ibu pada awal tahun kali ini. Alhamdulillah. Urusan penghijrahan mereka dipermudahkan.

Hijrah juga boleh kita lakukan dengan memperbaiki diri kepada sikap dan sifat yang lebih baik, Cara berfikir yang lebih kreatif, kritis serta lebih peka kepada keperluan dan kehendak diri juga persekitaran. Mungkin tiada lagi selfish. Prihatin kepada nilai kemanusiaan dan kasih sayang kepada semua makhluk.

Apa pun yang hendak dihijrahkan rasanya semuanya bermula dengan sekeping hati. Jika ianya benar-benar ikhlas ingin berubah pasti penghijrahan itu akan dipermudahkan. Berdoalah. Hanya dengan doa dan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang baik.InsyaAllah kerana senjata bagi orang mukmin adalah doa.

Akhir kalam, selamat tahun baru 1433H. Semoga kehadiran tahun baru ini akan lebih mematangkan kita ke arah yang lebih positif dan berjaya. Andaikata datang ujian, anggaplah ujian itu satu guru ke arah kematangan dan kejayaan di masa akan datang.

Opick Feat. Amanda - Maha Melihat (Official Video Clip)

Lirik Lagu Opick feat. Amanda Maha Melihat

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Jumaat, 25 November 2011

Tahniah dan Selamat Bercuti

Selamat Bercuti pada semua murid sekolah dan yg tgh SPM tu selesaikan la dulu ye. Cikgu cikgi pulak siapkan la mana yg patut. yg nk kna datang meeting pn jgn ponteng g la tapi kalo dah mula bercuti cam i leh la enjoy. Nama ye i dah cuti tapi i dtg sek juga key utk tugas2 lain tapi leh ler dtg sesuka ati sesedap rasa bila nk dtg bila nk balik (asal x terkunci udah lerrr). Tak tau knp i mmg suke g sek kalo x dipakse but kalo dipakse mmg i benci nk tgok pintu pgr pn lalala (dah mcm bebudak lak kan lagi dimarah lg keras) so moral of the story jgn ler dok plan nk suh cikgu keje 9 jam sbb nnt i mmg keje betul2 ikut 9 jam. no more dtg awal no more balik lewat mcm la ni (TQ TPM sbb dah mansuhkan idea giler tu sbb saya mmg bt keje lbh 9 jam).

Hentikan cerita berkira tu pasal sgt membosankan. Anyway tahniah nak ucapkan
  1. Pada yg dpt keputusan cemerlang dlm UPSR 2011
  2. Pada a few friends yg dpt pindah ke tempat yg baru
  3. Pada yg akan melangkah ke alam baru
  4. Pada yg dapat ahli keluarga baru
  5. Pada yg dpt keje baru
  6. dll la yg menggembirakan korg