Jumaat, 16 November 2007

Bulan Haji

Bulan haji telah tiba lagi. Rasanya macam masih baru kami ke sana. Diam tak diam rupa-rupanya tiba giliran orang lain. Seronoknya ke sana. Moga - moga adalah rezeki untuk ke sana. InsyaAllah.amin.

Khamis, 27 September 2007

Embah dan agar - agar kering

Kedatangan bulan puasa pasti akan teringatkan embah. Nampaknya masuk ni dua kali syawal halwa embah tak dapat dirasai lagi. Kalau syawal lalu aku tak sempat nak tolong sebab sibuk dengan exam dan tesis tapi tahun ni dan seterusnya aku tidak lagi perlu membuatnya kerana embah pun dah tiada. Yang tinggal cuma kenangan....

Sejak embah tidak lagi kuat untuk mengangkat berat, aku dengan yinlah yang akan tolong take over aktiviti menjemur agar -agar embah untuk diagihkan kepade tetamu istimewa embah setiap kali raya(kebetulan biasanya time free packing biasanya x join sebab dah balik kolej balik). Rindunya pada embah.....

Ahad, 23 September 2007

Al-Fatehah Nurin Jazlin

Al- Fatehah buat arwah Nurin Jazlin yang telah kembali ke rahmatullah semasa menjadi mangsa penculikan dan penderaan seksual. semoga pembunuh kejam itu akan didakwa secapat mungkin dan roh arwah nurin ditempatkan bersama orang soleh.

Khamis, 20 September 2007

Tahniah nina

tahniah buat teman seperjuangan Azrina Johari yang akan memulakan tugas baru sebagai eksekutif elek di labuan esok. wish you all the best and don't forget open table.

Temuduga yang Menduga

Dua tiga minggu kebelakangan ni banyak undangan untuk ditemuduga. Masalahnya ini adalah satu proses yang paling tidak disukai. mana taknya muka mesti blushing punya, x nak control. tension. interviewer dah pandang semacam sampai kadang2 boleh jadi loss idea nak cakap tengok interviewer. Ada 2-3 interview yang dibiarkan begitu sahaja, bukan sombong tapi entah la....
selain masalah result, bi jugak kadang - kadang jadi masalah. yelah jarang sangat berinteraksi dalam bi so kekok sangat. lebih2 lagi dengan orang yang baru first time jumpa. kalau dengan kawan2 tak la sangat. bahaya ni....

Sabtu, 11 Ogos 2007

Lesen oh Lesen...!!!!

Minggu ni agak tegang sikit sbb baru nak ambil lesen kereta..hahaha lambat dah nak graduate baru nak ambil.(bukan ape penakut sangat). Ni pun kalau tak kerana susah nak apply kerja entah kan ambil entahkan tidak. yela harap je budak mechanical tapi....cepatla lulus jpj..

Khamis, 9 Ogos 2007

Sayang Tok Cik...

Beberapa bulan yang lalu kak ina dipanggil untuk menghadiri satu kursus dan abang asnor diminta untuk melapor diri di MRSM di Terengganu so Aisar terpaksa dihantar ke Rumah Tok Cik di mersing sementara kak ina berkursus. Tok Cik dan Tok Kamal datang ambil aisar di Parit Buntar naik bas. Riuh seketika rumah tok cik dengan suara budak (dah lama tak ada budak kecil). Tok Kamal tak jadi siapkan rumah baru sebab asyik melayan cucu.. pagi2 bawa aisar hantar tira ke sekolah siap bye bye tok cik. Lepas tamat kursus kak ina dengan abang asnor (kebetulan dapat juga bertukar ke kedah)ambil aisar balik. nak dijadikan cerita rumah tok cik tak siap jugak....(pulak dah!!) sebab rindu kat aisar. Tok kamal ajak tok cik ke penang nak tengok aisar. dah tak ada budak nak digentel la tu...hehehe... sayang cucu....