Jumaat, 21 Disember 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

selamat hari raya aidiladha... seronok berada di tanah suci. Maha suci Allah mengurniakan sesuatu untuk umatnya..Alhamdulillah.

Pegangan selalu goyah terutama bila diusik oleh keadaan sekeliling.Moga diampunkan dosa2 lalu. Bersempena dengan bulan yang mulia ini satu lagi kurniaan ilahi buatku. Dalam masa beberapa hari sahaja aku ditawarkan dengan pekerjaan dan tawaran kpli (kursus perguruan lepasan ijazah). Mak minta aku untuk menjadi guru.. menyedari kekurangan diri, aku akan pergi. mungkin ini yang terbaik yang selalu aku pohon padaNya yang aku sendiri tidak tahu apa hikmahnya.....Berserahlah sesungguhnya aku percaya... aku merancang,Dia merancang namun perancanganNya lebih dari segalanya. Mengandungi kemanisan yang tersendiri...

Jumaat, 16 November 2007

Bulan Haji

Bulan haji telah tiba lagi. Rasanya macam masih baru kami ke sana. Diam tak diam rupa-rupanya tiba giliran orang lain. Seronoknya ke sana. Moga - moga adalah rezeki untuk ke sana. InsyaAllah.amin.

Khamis, 27 September 2007

Embah dan agar - agar kering

Kedatangan bulan puasa pasti akan teringatkan embah. Nampaknya masuk ni dua kali syawal halwa embah tak dapat dirasai lagi. Kalau syawal lalu aku tak sempat nak tolong sebab sibuk dengan exam dan tesis tapi tahun ni dan seterusnya aku tidak lagi perlu membuatnya kerana embah pun dah tiada. Yang tinggal cuma kenangan....

Sejak embah tidak lagi kuat untuk mengangkat berat, aku dengan yinlah yang akan tolong take over aktiviti menjemur agar -agar embah untuk diagihkan kepade tetamu istimewa embah setiap kali raya(kebetulan biasanya time free packing biasanya x join sebab dah balik kolej balik). Rindunya pada embah.....

Ahad, 23 September 2007

Al-Fatehah Nurin Jazlin

Al- Fatehah buat arwah Nurin Jazlin yang telah kembali ke rahmatullah semasa menjadi mangsa penculikan dan penderaan seksual. semoga pembunuh kejam itu akan didakwa secapat mungkin dan roh arwah nurin ditempatkan bersama orang soleh.

Khamis, 20 September 2007

Tahniah nina

tahniah buat teman seperjuangan Azrina Johari yang akan memulakan tugas baru sebagai eksekutif elek di labuan esok. wish you all the best and don't forget open table.

Temuduga yang Menduga

Dua tiga minggu kebelakangan ni banyak undangan untuk ditemuduga. Masalahnya ini adalah satu proses yang paling tidak disukai. mana taknya muka mesti blushing punya, x nak control. tension. interviewer dah pandang semacam sampai kadang2 boleh jadi loss idea nak cakap tengok interviewer. Ada 2-3 interview yang dibiarkan begitu sahaja, bukan sombong tapi entah la....
selain masalah result, bi jugak kadang - kadang jadi masalah. yelah jarang sangat berinteraksi dalam bi so kekok sangat. lebih2 lagi dengan orang yang baru first time jumpa. kalau dengan kawan2 tak la sangat. bahaya ni....

Sabtu, 11 Ogos 2007

Lesen oh Lesen...!!!!

Minggu ni agak tegang sikit sbb baru nak ambil lesen kereta..hahaha lambat dah nak graduate baru nak ambil.(bukan ape penakut sangat). Ni pun kalau tak kerana susah nak apply kerja entah kan ambil entahkan tidak. yela harap je budak mechanical tapi....cepatla lulus jpj..