Isnin, 6 Oktober 2008
Sabtu, 9 Ogos 2008
semangat bertani
Rabu, 9 Julai 2008
Bermulanya Era Praktikum
Bermula 30 Jun 2008 sehingga 26 Sept ini, kami telah diarahkan untuk menjalani latihan praktikal. SK Taman Desa Jaya telah menjadi sekolah latihan saya. banyak pengalaman baru yang dapat ditimba. Keadaan keperluan bengkel yang terhad menyebabkan murid tidak dapat menjalankan latihan amali/projek.
Selasa, 24 Jun 2008
Perkhemahan Luar Puteri Islam
18-21 jun yang lalu, semua unit beruniform KPLI zon selatan berkumpul mengikut unit masing-masing. IPG yang terlibat adalah IP Temenggong Ibrahim, IP Tun Husseion Onn, IP Perempuan Melayu dan IP Raja Melewar.
Puteri Islam- Sg. Udang Melaka
PBSM - Ayer Keroh Melaka
KRS dan Pengakap - Sedeli
Pandu Puteri - Kem Kaizen
Selasa, 3 Jun 2008
Selamat Bertunang dan Pengantin Baru

Sepanjang cuti sekolah kali ini, maka banyaklah jemputan @ undangan perkahwinan dan pertunangan dari saudara mara dan sahabat handai.(Wah kawanku sudah kawin kau).Pada yang tak sempat nak datang tu harap maaf la. lain kali kita jumpa eh eh. Antara majlis yang sempat di hadiri adalah sahabat lama di matrik penang Haslina Md Radzi dan di pertemuan ini juga dapatlah berjumpa dengan sahabat lama di KMPP seperti mazni, apek, shida dll. Di kesempatan ke penang juga kami menghadiri jemputan dari mak We (sahabat semasa menunaikan ibadah haji). Segala layanan yang baik hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Terima Kasih.
Tak lupa juga buat kak ina sekeluarga yang banyak membantu perjalanan kami ini. TQ. Terubat la rindu Tok Bik korang dengan Pak Uda pada Amzar dan Aisar. Kesian juga bila mereka menangis nak ikut kami balik...Tak pe la sayang jumpa lagi nanti ye...
Rabu, 21 Mei 2008
SELAMAT HARI GURU

16 Mei baru sahaja berlalu. namun bahang perayaan sambutan hari guru masih lagi dirasai terutama bagi warga pendidik. Buat yang bergelar 'cikgu' dan bakal 'cikgu' selamat hari guru
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Selasa, 20 Mei 2008
Hari Terbuka Unit Pertanian
Unit Hortikultur IPTI dengan kerjasama KPLI-KH telah menganjurkan Hari Terbuka. pada masa ini murid sekolah rendah dijemput untuk menyaksikan sendiri proses dan teknik penanaman yang pelbagai dijalankan ke atas pokok2. selain itu mereka juga berpeluang untuk beramah mesra dengan haiwan peliharaan. bahan yang digunakan sebagai pameran dan demonstrasi amat bersesuaian dengan kurikulum KH sekolah rendah. Hasil maklum balas yang diperolehi, mereka berharap program seumpama ini dapat dijalankan dalam tempoh yang lebih panjang selain dijalankan pada setiap tahun. kami warga KPLI-KH1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbangkan bakti terutama sekali buat pensyarah paling best En Agos Atan dan KO merangkap pengarah program jek..
we are the best....!!!
Aja-Aja fighting
Langgan:
Catatan (Atom)