Rabu, 10 Februari 2010

Salam Takziah Mangsa Denggi

Berita awal minggu lalu ada melaporkan peningkatan kes demam denggi di negara kita. Kebetulan semasa membaca akhbar Harian Metro sebentar tadi juga dua beradik yang akrab maut akibat demam denggi hanya berselang sehari. Kejadian memilukan ini berlaku pada ketika mereka baru 25 hari menerima kedatangan adik baru dalam keluarga.

Minggu lapas pula seorang nenek kepada anak murid yang berusia 56 tahun meninggal akibat demam denggi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kejadian menggerunkan ini tidak menimpaku. Memang ada juga perasaan nak matikah aku sampai teruk bergini sakit semasa diserang demam denggi, tapi sempat teringat kata2 lawak nenek masa kami bersembang di kampung. kalau kita rasa macam dah nak mati tandanya panjang lagi ler umur tu.

Setakat hari ini masih lagi serius menjaga pemakanan dan kesihatan. Selera makan dah makin bertambah-tambah. Lepas ni nak kena control pulak..isk..isk..isk...

Di harap semua menjaga kesihatan dan kebersihan di persekitaran kerana jentik2 mampu hidup lama dan boleh membiak dengan aktif dalam air yang bertakung.

Sabtu, 16 Januari 2010

Aku dan Demam denggi

Ingatkan tahun baru 1 Januari nak mulakan cerita dengan pengalaman mengutip yuran dan berhadapan dengan ibubapa untuk sesi persekolahan 2010. Namun kita hanya merancang tapi takdir Allah adalah segalanya. Pada saat semua guru sibuk dengan suasana pembukaan sekolah, takdir menetapkan untuk pergi berehat di Hospital Sultan Ismail JB kerana demam denggi. Dapatlah berehat 3 hari 2 malam di sana. Pelik sebenarnya bila doktor benarkan balik dalam keadaan platlet darah yang semakin menurun. What ever memang dah tak tahan bila doktor asyik amik darah jer, air pun berbotol-botol masuk sampai naik bengkak badan(masuk kiri kanan tangan)...nasib baik bila balik makin sihat. Mana taknya mak ayah sibuk masak pelbagai jenis makanan untuk si anak dapat menambah darah dalam badan. Memang lepak. Tapi dalam kepala banyak betul kerja nak cover...huhuhu. Untuk info semua di sini ada maklumat tentang demam denggi.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh
nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel
darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.


Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
rasa pahit pada lidah

Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Assalamualaikum...
Hari ini kita berada di hari terakhir 1430H. Petang dan malam ni jangan pula ada yang lupa membaca doa akhir dan awal tahun. Semoga tahun yang baru pergi dan yang akan datang adalah tahun yang memberi rahmat buat kita.

Macam mana dengan azam tahun 1430H? dah berjaya melaksanakannya? InsyaAllah rasanya memang banyak azam yang muncul setiap tahun opsss for me rasanya setiap bulan ada kot tapi banyak juga yang terkandas. Alhamdulillah pada azam2 yang telah terlaksana(syabas buat diri sendiri hahahaha). Tahun 1431H dan 2010M ni berazam nak jadi insan yang paling rajin wahahahha mampu ker? Dah tengahari ni masak pun belum start...(ada 7 jam lagi sebelum nak masuk 7ptg k).

Tahun depan dah tak noleh nak tangguh kerja coz kena mengajar tahun 6.(Aduh... mampu ke?) Yakin boleh!! bukan ke cikgu lagi pandai dari murid sebab tu dipanggil cikgu....(ayat penyedap hati). Bukan la bermakna tahun ni buat kerja bertangguh tapi kena la cari formula yang lebih efisyen lagi nak menarik minat murid belajar...

Setiap kali datangnya tahun baru pasti orang bercerita pasal azam. Sejauh mana azam dapat mempengaruhi minda dan tingkah kita ke arah gerak kerja yang lebih cekap. Seharusnya azam memangkin semangat untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Ia juga sebagai satu matlamat yang perlu dicapai dalam satu jangka msa yang kita sasarkah. Jika hanya berazam tanpa ada sasaran masa untuk mencapainya percayalah azam itu pasti akan di bawa ke tahun hadapan. Fikir fikirkan dan renung-renungkan. Itu saja untuk kali ini time untuk masak pulak....jumpa lagi di tahun hadapan.

Tahniah buat ekin atas kurniaan baby boy pada 14 Dis 2009. Selamat bercuti. Bertambah anak saudara i.

Rabu, 9 Disember 2009

Selamat Menempuh Fasa Baru Kehidupan


Diam tak diam dah hampir ke penghujungnya tahun 2009. Rasa macam baru je sambut 2009. dah tua rupanya. Masa yang berlalu memang tak akan kembali. Firman Allah demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang sentiasa berpesan-pesan.


Sempena dengan cuti sekolah yang panjang ini pun ramai yang mengambil kesempatan untuk memulakan fasa baru kehidupan.Tahniah diucapkan buat yang bergelar pengantin baru dan ibu bapa. Maaflah pada jemputan yang tidak dapat dihadiri. Doa selamat sejahtera dan aman bahagia hingga ke akhirnya sentiasa mengiringi kalian. Semoga rukun damai dalam melayari bahtera yang dibina.


Selamat Pengantin Baru didedikasikan buat:


  1. Rafidah Rafat & Nor Hazizi (13 Dis)
  2. Nuril Akmal (mike) & Fauzan (28 Nov)
  3. Muhd Danial (26 Dis)
  4. Abd Rahman (13 Dis)
  5. Nadya Shafii & Muhd Zuriman (13 Dis)
  6. Adzizah (26 Dis)
  7. Shah & Nabilah (My roomate & Classmate) 12 Dis
  8. Nur Ilyani
  9. Azril Al-hafiz ( 28 Nov)
  10. Rozunayanti & Mohd Musa (13 Dis)

Dan mana2 jemputan yang tidak disebutkan maaf ye kawan. Ni yang teringat. Kat senarai jemputan dah penuh dengan jemputan my parents.


Selamat bergelar ibu/bapa baru dan yang bertambah anak

  1. Kak Mas (Anak sulung) Boy
  2. Junainah my bestfriend (Anak sulung) Boy
  3. Kak Ad (Anak sulung) Boy
  4. Hanem (Anak sulung) Boy
  5. Kak Ja (Anak ke-2) Boy
  6. Kak Zakiah (Anak ke-2) Girl
  7. Kak Aisyah (Anak ke-2) Boy
  8. Kak Na (Anak ke-2) Boy
  9. Kak Mas (Anak ke-2) Boy
  10. Kak Ngah (Anak ke-2) Girl
  11. Abg Mizan (Anak ke-2)Boy

Dan buat mak saudara yang menerima menantu

  1. Mak Cha (29 Dis)

  2. Mak Yah (Kakak Datuk Moy Ujang jom kita meraikan mereka di serkat pontian minggu depan)

Buat semua selamat menempuh fasa baru....

Jumaat, 27 November 2009

Semangat Aidiladha



Alhamdulillah setahun lagi diberi peluang untuk meraikan sambutan Aidiladha. tahun depan tak pasti lagi kita berpeluang merasai nikmatnya lagi atau tidak. Pada 9 Zulhijah semua umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji berada di Padang Arafah untuk berwukuf. Dibukakan padanya pintu langit untuk dimakbulkan doa. Hari ini ketika kita sedang enak menikmati pelbagai jenis juadah seperti rendang, ketupat,ayam dll sebenarnya ketika ini jemaah haji sedang bermabit di Mina. Suasana di sana hanya Allah yang maha mengetahui. Berita yang kita dengar suasana musim haji pada kali ini berlainan dari musim2 sebelum ini. Mereka diuji dengan wabak penyakit dan juga musim hujan serta banjir (Mekah dah banjir). Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mereka memperoleh haji yang Mabrur.Insya Allah.

Bila disebut Aidiladha ia tidak dapat lari daripada ibadah haji yang dilaksanakan bagi umat Islam yang berkemampuan dalam hal rukun Islam yang kelima ini. Pada hari tersebut juga manusia yang menunaikan ibadah haji mengenepikan soal keduniaan dengan memakai pakaian seragam ihram yang disyariatkan Islam. Ini jelas membuktikan bahawa umat Islam diakhirat nanti mempunyai darjat yang sama dan Allah mengangkat manusia yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Allah telah menjelaskan bahawa semua manusia adalah sama dan yang paling mulia adalah yang bertaqwa kepada Allah.

Dalam ibadat ihram ini juga tidak kira kaya dan miskin sama-sama mengalami nasib yang serupa iaitu berpanas terik bersama dengan pakaian yang serupa dan ia seakan-akan perhimpunan di padang mahsyar. Bagi mengimplimentasikan dalam kehidupan seharian manusia kita harus sedar bahawa kejadian manusia adalah sama dan kita haruslah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika kita mengkoreksi hal kehidupan kini khusunya di Malaysia, masyarakat seakan tidak mempunyai nilai kemanusiaan apabila yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya, bukan sekadar itu sahaja tetapi yang kaya dan kuat ini terus menindas yang miskin dan lemah dan perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Seharusnya saling tolong menolong dan saling bantu membantu merupakan amalan asas kehidupan kita yang mana dengan cara ini sahajalah Islam akan terus dipandang tinggi.

Hari Raya Aidiladha suram jika hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri sedangkan Aidilfitri dipanggil hari raya asghar (kecil) manakala Aidiladha adalah hari raya Akhbar (besar). Di Malaysia sebegitu keadaannya jika dibandingkan dengan keadaan di Negara-negara Islam yang lain.

Dari peristiwa korban ini selaku masyarakat yang dinaungi oleh institusi keluarga yang di kemudi oleh bapa dan ibu dan dianggotai oleh anak-anak harus melihat nilai-nilai kekeluargaan dari kisah Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar. Siti Hajar ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s dengan perintah Allah di padang pasir yang kering kontang dan diterima oleh Siti Hajar dengan redha. Jika dilihat dari kisah ini jelas kesetiaan seorang isteri kepada suami tidak berbelah bagi dan haruslah setiap isteri di dunia ini mengadaptasikan nilai kisah ini dalam kehidupan seharian. Selain itu pendidikan yang diberikan oleh Nabi Ibrahim a.s ke atas Nabi Ismail a.s dengan kerja keras mendirikan kaabah yang tersergam indah harus diikuti oleh bapa dan anak. Pada masa kini si bapa menghidangkan hamburan material kepada anak-anak sehinggakan anak-anak tidak menghargai jasa bapa yang mencari nafkah kepada mereka dengan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Kisah korban ini tidak terhenti sekadar itu sahaja tetapi nilai pengorbanan haruslah di hayati agar kehidupan selaku khalifah Allah lebih berharga. Kita juga harus mengkoreksi khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dalam khutbah terakhir Baginda pada Hajjah Al-Wida’ ( haji terakhir ). Rasulullah s.a.w telah menyuruh umat Islam berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah agar tidak tersesat jauh dari landasan yang benar. Dalam Kitab Al-Raheeq Al-Makhtum karangan Ahaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri ada menjelaskan tentang Hajjah Al-Wida’ ( haji terakhir ) Raulullah s.a.w.

Akhir kata selamat menghayati ibadah pada bulan Zulhijah ini dan selamat berkorban. Mulakan dengan berkorban melawan nafsu kita. Salam 10 Zulhijah dari Fadhlun dan keluarga.

Selasa, 10 November 2009

Jodohku dimanakah dikau

My Family (choop 2 lagi mana?)


Ha bila tegok tajuk macam ni mesti ada yang excited nak baca kan? Hahahaha. Sekadar perkongsian motivasi daripada satu artikel yang sempat dibaca semasa mencari bahan P&P. Saja nak keluar sikit dari kepompong artikel dunia pendidikan sempena bulan orang kawen.

Ramai yang pernah dengar lagu ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga. Tapi sedarkah kita mana mungkin ikan dan asam datang sendiri ke periuk untuk bersatu. Ada penyebabnya.Mungkin Mak Bedah yang memasukkannya atau Cik Ani yang mencampurkannya. Pasti ada penyebab yang memungkinkan keduanya bertemu, kalau tidak dengan peranan sendiri mungkin juga ada pihak lain yang menjalankannya.

Jadi persoalan jodoh ini memerlukan penyebabnya. Seseorang perlu mencari penyebab pada sebuah perkenalan dan hubungan seterusnya. Tanpa sebab, semuanya mustahil berlaku.Mana mungkin seorang yang tinggal di sebuah desa terpencil tiba-tiba dipinang oleh seseorang yang langsung tidak mengetahui kewujudannya.

Seorang rakyat Amerika Syarikat, Whitney mengahwini seorang penarik beca India selepas menaiki becanya. Wanita berusia 26 tahun itu berasal dari Chicago bertemu dengan Harish Hotala di Jaipur semasa wanita tersebut mengupah pemandu becabermotor itu membawanya melihat pemandangan ibu negeri di barat India. Pada hari ketiga perkenalan mereka Whitney mengejutkan Harisha dengan lamarannya sehingga membuatkan Harisha jatuh cinta.

Lihat. Itu membuktikan persoalan jodoh memerlukan penyebabnya. Mustahil Whitney mengahwini Harisha jika dia tidak ke India. Kalau dia datang ke India pun tanpa menyewa beca Harish tidak mungkin jodohnya akan bermula.

Contoh yang paling hampir dengan diri. Sekiranya mak saya dari sebuah kampung di Pontian tidak membantu abangnya mengasuh anak saudara dan bersekolah di Muar, dan ayah tidak berkeras untuk menjadi cikgu di Muar, mana mungkin hari ini saya ada untuk mencoretkan sesuatu diblog.

Sekiranya En Faizal, En Azlis dan En Sia tidak bertegas untuk merealisasikan MMR2, Mana mungkin begitu mudah Jun bertemu jodohnya dengan senior sendiri Faizul.

Sekiranya ada di antara kita belum bertemu jodoh, ia hanya belum bersebab untuk bertemu. Sebab itu mungkin ada, tetapi belum sampai sebab perjalanannya masih jauh atau berliku. Jadi jangan risau. Jodoh sama ada cepat atau lambat tetap ada, baik dan buruknya. Kalau tidak di sini mungkin 'disana'.

Berkahwin kadang-kadang berisiko sebagaimana kita memandu juga. Dengan pemanduan yang berhati-hati pun kita masih berpeluang ditimpa kecelakaan sedangkan sekiranya kita tidak memandu kita tidak akan terlibat dengan kemalangan.

Hidup perlu dilihat dengan mata hati supaya kita tidak terlalu menilai apa yang kita lihat sebagaimana tuah atau petaka buat kita. Dalam perjalanan yang kita sendiri tidak tahu panjang pendeknya perlulah kita lalui dengan hati yang ikhlas dan usaha yang berterusan untuk mendapat apa yang terbaik buat kita dengan mengharapkan bantuan dari Yang Mengaturkannya buat kita.

Isnin, 9 November 2009

Fitrah manusia suka benda baru

Sudah menjadi fitrah manusia suka pada benda dan suasana yang baru.Tidak hairanlah bila murid lebih teruja pada suasana yang berbeza dari kelaziman. Menjadi tanggungjawab kita pendidik mewujudkan satu suasana yang bukan saja kondusif untuk belajar tetapi berbeza dari biasa contohnya menggunakan kaedah simulasi lebih banyak berbanding bercakap sepanjang masa misalnya tajuk hari ini makanan tradisional masyarakat M'sia (sivik tahun 4), cuba kita minta murid yang pelbagai kaum yang ada di kelas kita membawa makanan tradisional masyarakat Malaysia. Ransang otak murid makanan tradisional bukan sahaja kuih bahulu, kuih bulan atau maruku tetapi makanan lain seperti rendang, capati, nasi ayam dll. Suasana P&P pasti lebih mengujakan. Cubalah!

Fitrah azali manusia suka kepada benda yang baru ini juga mendorong mereka melakukan sesuatu yang lebih drastik dan mencabar. Jika kita tidak dapat memancing minat mereka tidak mustahil mereka akan terdedah dengan aktiviti tidak sihat dan mula mencari jalan untuk memuaskan kehendak mereka dengan berbohong, ponteng, mencuri, merokok, berjudi dan akhirnya aktiviti yang lebih menyedihkan.

Apabila aktiviti ini berlarutan dan menyeronokkan, mereka akan beralih pula kepada aktiviti yang lebih mencabar seperti merompak,menyamun dan memeras ugut. Demikianlah kronologi peristiwa yang membawa kepada kebejatan moral murid masa kini.

Siapa yang harus kita persalahkan? Merekakah yang minta dijadikan begitu? keluarga yang tidak punya masa bersamakah? guru yang tidak boleh menegurkan punya angkara? Jiran yang sudah tidak mahu masuk campurkah?Atau Menteri Pendidikan yang salah?

Setiap orang punya tanggungjawab masing-masing. Menteri, Ibu bapa penjaga,guru, masyarakat, jiran tetangga,rakan wajib melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing.Elakkan daripada berlepas tangan serta beranggapan bahawa tugas kita itu talah selesai dan membiarkan guru semasa yang menggalas semuanya. Bekas guru juga perlu membimbing dan memberi peransang untuk menghadapi cabaran murid masa kini. Ibu bapa dan penjaga juga perlu sama berbincang dengan guru mencari jalan penyelesaian pada masalah ini.

Kadang- kadang rasa kecewa juga bila anak dah tidak mampu dikawal di rumah baru mereka memberikan keizinan untuk guru menegur atau merotan. Bukan menjadi guru ini kepingin sangat untuk merotan anak orang. Buat sakit badan sendiri je. Tapi bila murid berani bersuara cikgu boleh buat ape kalau saya tak hafal sifir? Cikgu, kalau tak buat / siap kerja rumah? Terfikir juga bolehkah para pendidik merealisasikan harapan dan impian pendidikan masa kini? Didikan pada kanak-kanak dan awal remaja sangat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan kecemerlangan akademik tetapi juga kecemerlangan sahsiah. Alangkah sayangnya bila murid yang pandai tapi tidak punya sahsiah yang boleh dibanggakan.