Sabtu, 31 Mac 2012

Tak Semangat

Dah tinggal sehari lagi nak masuk bulan April. Cepatnya masa berlalu. Banyak lagi yang masih belum diselesaikan. Macam tak ada semangat aja. Susah hati ke? entah sendiri pun tak tahu. Berhenti menaip dan muhasabah semula diri ;p

Jumaat, 27 Januari 2012

facebook oh facebook

hahaha entry kali ni xde kena mengena ngan sesape pn. saja nk komen ja. Yelah rasanya blog lg best kot dari dok meluah rasa kt wall facebook tu. A bit tersembunyi blog i ni soooo xde la open sgt org bc.

Masa mula2 kenal internet ni...cuma pandai cr bahan je kat yahoo masa tu gna internet explorer (tu pn i ni kira tertinggal keretapi pasal masa tu dah blaja kt sek men br terkial2 pegang komputer...takut meletop hahaha). Bila dah maju sket org sibuk mirc (sorry i x penah bukak pn...) yg ni i excape. Pastu bila msuk KuiTTHO @ UTHM masa tu br kenal YM (eceh konon la senang nk hntr or send fail kt mmbr2 nk bt assg sambil chatting). Dah tgh2 mula pulak berfriendster HI5 konon masa tu nk cari kwn2 sek lama yg dah terpisah. Lps 3-4 tahun sibuk pulak dgn facebook. Kiranya facebook ni la paling lama buat i yg x brp mencintai ruang maya ni. just utk suka2 jer.

Membaca status org d wall facebook kdg2 terfikir ape mereka fikir ke natijah yg akan diterima dgn status tu. Kalau stakat update arini makan nasi lemak dgn ayam golek ok la. paling tidak org yg baca cuma anggap hamboooi menu da boom. tapi bila letak status arini i kesepian hubby pi outstation or mak ayah xde umah i tinggal sorang...busan xke ini mengundang bahaya. senang penyamun nk dtg umah coz dah tau umah xde org.

Itu pasal keselamatan diri. Kadang2 naik takut pulak bc wall yg keterlaluan memaparkan pertelingkahan dlm rumahtangga. Adoooi cerita dalam selimut xyah la nk share. Bukan ke dia org yg u pilih utk bersama dulu (rasanya la pasal la ni dah x ramai pasangan yg kawen paksaan mak bapak...). Contoh..ehmm senang je. komen kat pic pasangan ni singa ni. xpun geram i dgn syg dia x bg duit blanja pn. dah la i yg kna tanggung biawak idop....fuhhh bahaya status dia org ni. walaupun mulanya hnya bersifat meluahkan rasa tapi bila ada yg tukang bubuh minyak n kipas x ke hubungan yg mulanya ala2 hangat2 manja tu jd terbako. Kesian la sikit kt anak2 tu.

Tu baru sikit belum lagi bab ngula masa keje (dah dok main game jer...siap invite org lagi join main...hadoii stop invite me i x sukeeeee). bergaduh, ngutuk. Ni yg x best kot ye pn x suke bos tmpt keje tu x yah la bg tau x profesional tul. nak2 yg keje gov tu kalo dah x suka why not u berenti jer. ramai lagi org yg berkaki lebar nk buat keje u tu.

Memang tidak dinafikan baik facebook, friendster, Hi5, or segala mcm lg la laman yg menghubungkan silaturrahim ni membawa kebaikan. Tapi pada mereka yg bijak menggunakannya. Contohnya menjadi ruang niaga utk memajukan bisnes, menghubungkan kembali pada kenalan yg dah lama terpisah (mcm mak i yg baru2 ni jump dia pny bff after 20++ tahun terpisah), menjemput undangan (jimat kos kad jemputan kawen, akekah, kenduri dll).

Walau ape pun fungsi medan ini pada anda gunakanlah ianya dengan sebaiknya. tak salah pun kalau nk gunakan bukan ke dlm idup ni penuh dgn ujian. share la benda yg mmg bermanfaat utk dikongsi mcm anak i kena demam campak ni ape nk buat ek? xpun rasa nk masak lain dr yg lain la utk family resepi ape best? Akhir kata yg baik semua dr Maha Pencipta kita yg buruk datang dari nafsu tanpa iman yg memandu. Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yg berpesan -pesan kepada kebaikan dan kebenaran. Sampaikanlah walaupun sedikit.

Rabu, 25 Januari 2012

koje cuti...cuti koje...

Dulu2 masa mula2 nk posting lectr, mak ayah, sedara mara (kan ramai cikgu dlm family) plus ex- pengarah pelajaran pn pesan jadi cikgu baru terima jer semua keje yg diberi. Ala kira mcm penyapu baru la. semua sebat. Dengan berbekalkan iltizam yg ada sapu jer la.

Tapi pernah ke terpikir bila seseorang diberi sapu semua ape yg jadi pada yg disapu. Ada x yg tercicir kot la sebenarnye penyapu tu kecik je hahaha pikir2kan dan selamat beramal.

Walaupun sepatutnye tgh mood cuti CNY. kene juga la pk pasal keje. ingatkan sikit la benda yg nk diprint ni (Module KSSR) skali mak oiii nak dekat serim kertas sampai jem printer ni. Lastly tutup jer la printer tu. Ingt KSSR ni paper less tapi.... dah la skrg ni xde yuran tambahan harapkan bajet kerajaan bagi utk sek yg x seberapa. sudahnye duit sape nk gna ni buat fotostate? kalo bdk beso senang nk mintak ini bdk yg buku sendiri pn asyik miss. Ayo parents check la buku anak...

dah la dulu utk arini kang x buat lak keje2 umah time cuti ni. marah pulak mem besar umah x bersapu. jap lagi nk keluar uruskan duit kelab guru pulak. mna insurans kete nk kna buat lagi dannn beli kertas a4 yg dah abis

wajah-wajah hari pertama persekolahan

Sekitar Pendaftaran murid Tahun 1 2012


nape ibu tak masukkan adik sekolah macam kakak?






Hari Pertama Persekolahan 2012

si kembar 2B

saya nak jawabbb...cikgu nampak tak tangan saya angkat tinggi??

Isnin, 2 Januari 2012

Tugasan Baru 2012

Jadual waktu 2012 dah pun diedarkan pada mesyuarat pertama guru minggu lalu. Nampaknya setiap tahun akan ada benda baru yang harus dipelajari. Kalau dulu dicabar mengaja anak kecil tahap 1(yang masih manja2 gitu...). Paling x hingaaat bila kena bertarik dgn bdk yg melalak xnk g sek dah la saiz dia lg beso plus kita lak pakai kasut tomit tinggi (over dose main game...ngantuk). Cabaran untuk tahun ni ehmm kena mengaja kelas ujung 3 kelas pulak tu(huhuhu boleh ke...takutnye saya yg masih cetek ilmu ni). Wargggh. Positif...positif..harap paham ler hendaknye ape yg diajo ye. Ape lg method nk gna kali ni ek?? Ape lg jgn ajo laju2 la. susah nk pick up.

Dulu ada yg tny mcm mna ek ko kawal kelas?? Kalo aku masuk kelas tuuuut uish mcm pasor jer dia org ni. Aiceh mcm hebat jer bunyi. Pada hal dah kna mandrem bdk2 tu. keh..keh..keh..Guna ape? Saja la nk share tak tau menjadi x semua petua i gna key termasuk 'merasuah'.
  1. sblum mula keje sedekahkan dulu Al-Fatehah pada tmpt kita cari rzk, sedekahkan pada anak murid kita juga(doakan mereka lembut hati dan dimudahkan kefahaman). Tak lupa buat diri sendiri agar tenang berhadapan dgn ketua, parents serta kerenah bdk.
  2. Keluar dari kete dengan senyuman supaya dpt berfikir dgn rasional.
  3. Mulakan P&P dengan doa mula belajar.
  4. Pastikan persekitaran kelas bersih supaya semuanye tenang. kalo tmpt blaja kotor mna nk dtg idea.
  5. Jgn mula bersuara kalau kelas bising. tenung jer dengan serius muka sorang demi sorang. sape nk dgr kalo cikgu ngan anak murid bersuara dlm masa yg sama.
  6. Tegur dgn kata2 yg manis kalau murid buat salah. Kalau perlu hukum biarlah berpada2.
  7. Beri murid galakan untuk memberikan pandangan. Ransang minda mereka dengan kata2 semangat jika jwpn yg diberi kurang tepat. Contoh: PK lagi pk lagi jwpn awak dah nak betul la tu. cuba2. Ok juga jwpn tu cuba cari lagi ape yang paling tepat. Lagi best bagi la award sket. pensil sebatang ke, pemadam satu. Percaya la dia org akan lg bersemangat.
  8. Ajar bdk baca surah al-insyirah masa exam selain doa2 yg selalu dia org amalkan.
  9. Ops lupa. pada bdk kecik yg sukar nk dikawal cuba ambil dia pegang bahu, dudukkan kemudian usap ubun2 sedekahkan al-fatehah khusus buat dia sebut nama. doa cikgu kan makbul. Pada non-muslim pn buat benda yg sama tp x yah bc fatehah kang ada kena kuntau ngan parents dia. buat2 mcm tok bomoh jer..ckp la halau semua hantu dr kacau bdk tu. suh jadi bdk baik, dgr kata, pandai blaja ke bla..bla..bla..
  10. Akhir sekali buat la solat hajat nak2 kalo kena kelas yg ada exam besar. Ampunkan dosa semua bdk, halalkan ilmu yg diberi, ikhlaskan hati dan doakan mereka setiap lps solat. (yelah ramai dah bdk pandai yg exam x seperti yg diharapkan pasal ada 'sangkut' ngan cikgu begitu juga sebaliknya).
Saya ni xde la pandai pn nk bg petua2 guna pn bila sempat n ingt. bak kata org pengalaman pn x sampai setitis air di lautan. Tapi yg sikit tu perlu juga dikongsi. Supaya org yg bg tips2 ni dpt saham bila ianya dimanfaatkan. kalau ada yg nk share petua yg u all gna jgn segan leh PM key.

Jumaat, 30 Disember 2011

Tugasan Akhir Tahun






Setiap kali tibanya penghujung Disember dan awal Januari, orang sibuk dengan topik azam. Asyik buat azam jer azam tapi tak cuba untuk mencapainya pun tak guna. Tapi jangan pula kita lupa satu lagi topik yang sangat perlu diingatkan terutama kepada mereka yang mempunyai pendapatan. Zakat.

Bila sebut tentang zakat mesti orang ingat pasal raya kan. Choop ada banyak lagi zakat yang perlu diketahui contohnya zakat emas perak, zakat galian, zakat wang simpanan, zakat haiwan ternakan dan zakat pendapatan. Haa ni kan dah penghujung tahun soooo you all dah bayar zakat? Apa, tak tahu nak bayar kat mana? Senang jer bayar pada pusat zakat la. Tak tahu tanya kat pej agama (ni tak g pej agama bila you all nak kawen jer).

Apabila matinya anak adam maka terputuslah amalan baginya kecuali tiga perkara sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang bermunafaat dan doa anak yang soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

Zakat Pendapatan Satu Kewajipan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah memutuskan bahawa gaji dan Pendapatan wajib dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya.

Syarat Wajib Zakat.

  1. Beragama Islam
  2. Merdeka
  3. Harta yang sempurna milik
  4. Cukup Nisab
  5. Cukup Haul Bekerja

Takrif Pendapatan.

Bayaran yang dibuat sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan atau perkhidmatan profesional.

Hasil sewaan, hasil pendapatan daripada pertanian, elaun kerja lebih masa, komisyen juga termasuk dalam takrifan pendapatan.

Sandaran Kewajipan Zakat Pendapatan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 276, maksudnya:

‘Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau dijadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya, sesungguhnya Allah maha kaya lagi maha terpuji.’

Firman Allah dalam surah Az-Zaariyat ayat 19 maksudnya:

‘Dan daripada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).’

Hadith Rasulullah:

Sabda rasulullah SAW ketika mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman maksudnya

Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan. Diambil dari orang kaya dikalangan mereka untuk diberikan kepada yang fakir dikalangan mereka.’

Nisab.

Jumlah pendapatan tahunan yang diwajibkan zakat melebihi nilaian semasa 85 gram emas. (Ada ke yang bekerja terutama yg gomen atau swasta tapi gaji sekecil itu???).

Kadar Pengeluaran Zakat.

2.5% atau 1/40 daripada pendapatan yang sempurna syarat-syarat wajib zakat.

Zakat Dikecualikan Daripada Cukai Pendapatan.

Akta cukai pendapatan 1967 seksyen 6A(1) dan (3) menyatakan bahawa setiap mereka yang membayar zakat ditolak atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan. Untuk mendapatkan rebat perlu dibuktikan:

  1. zakat harta atau fitrah hendaklah dibayar dalam tahun semasa taksiran cukai.
  2. resit dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji (Skim INFAQ).

Pekerja yang berkewajipan Zakat Pendapatan dan berpendapatan kena cukai boleh membuat bayaran zakat dengan membuat pelarasan pada potongan cukai bulanan (PCB) pada setiap bulan.

Majikan boleh meremitkan potongan zakat kepada pihak berkuasa zakat selain daripada membayar PCB kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kaedah Pengiraan.

  1. Bayaran 2.5% daripada pendapatan kasar setahun(tanpa tolakan)

Contoh:

Gaji setahun : RM 30,000.00

Elaun : RM 4,000.00

Bonos : RM 3,000.00

Jumlah : RM 37,000.00

Pengiraan zakat : RM 37,000.00 x 2.5% =RM 925.00 setahun. Kalau nak sebulan bahagikan jer dengan 12 bulan J

  1. Kaedah Pendapatan bersih dengan tolakan

Iaitu penolakan dibuat daripada jumlah pendapatan kasar setahun berdasarkan kepada penolakan yang dibenarkan. Sekiranya selepas penolakan jumlah pendapatan masih mencukupi atau melebihi nisab maka bakinya didarabkan dengan 2.5% = jumlah zakat.

Penolakan yang dibenarkan:

· Saraan hidup – (sara diri RM9,000, bil isteri x RM 3,000, anak, ibu bapa)

· Perubatan

· Pendidikan (pulangan PTPTN ker yuran pengajian ker...)

Percayalah selagi tak bayar zakat kompem ianya akan menghantui anda hehehe. Sucikan harta dengan berzakat. Jangan risau x tipu info ni. Semua maklumat dari pamplet pusat zakat johor dan ape yg diajar cikgu 10-11 tahun lalu (tq cikgu) semuanya masih yang sama.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT

Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
...
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103
...

Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
...

Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W
, diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
" Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri.."

... KADAR NISAB ZAKAT SEMASA TERKINI : RM 14,962.89
* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.
* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan

zakat

Ahad, 27 November 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Hijrah menurut kamus dewan edisi ke-4 ialah 1. perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; 2. = tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~; berhijrah berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yg lebih baik; menghijrahkan memindahkan (diri dll); penghijrahan perihal menghijrahkan (pe­min­­dah­an dr satu tempat ke tempat lain); perhijrahan perbuatan atau perihal berhij­rah, perpindahan; pehijrah orang yg berhijrah: bakal-bakal ~ yg hendak mendapatkan perlindungan di­plo­ma­tik membanjiri pekarangan kedutaan itu.

Hijrah membawa pelbagai pengertian dalam interpretasi seseorang. Ianya boleh merujuk kepada perpindahan cara hidup, penempatan, status diri, kerjaya mahupun pemikiran. Bagi masyarakat Islam, hijrah lebih sinonim kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah bagi menyebarkan ajaran Islam selain menyatukan umat Islam.

Memandangkan Maal Hijrah pada tahun ini serentak dengan musim cuti sekolah, maka ramailah di antara kita yang melakukan penghijrahan besar dalam diri dengan berubah status. 1 Muharam kali ini misalnya saya sendiri hanya sempat memenuhi 2 jemputan perkahwinan dari teman sekolah.Yang lain tu minta maaf mungkin kekangan masa dan jarak membuatkan saya tidak dapat hadir sama dalam majlis yg mulia itu. Apa pun didoakan agar semuanya dipermudahkan. Tidak kurang juga ada yang berubah status kepada ibu pada awal tahun kali ini. Alhamdulillah. Urusan penghijrahan mereka dipermudahkan.

Hijrah juga boleh kita lakukan dengan memperbaiki diri kepada sikap dan sifat yang lebih baik, Cara berfikir yang lebih kreatif, kritis serta lebih peka kepada keperluan dan kehendak diri juga persekitaran. Mungkin tiada lagi selfish. Prihatin kepada nilai kemanusiaan dan kasih sayang kepada semua makhluk.

Apa pun yang hendak dihijrahkan rasanya semuanya bermula dengan sekeping hati. Jika ianya benar-benar ikhlas ingin berubah pasti penghijrahan itu akan dipermudahkan. Berdoalah. Hanya dengan doa dan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang baik.InsyaAllah kerana senjata bagi orang mukmin adalah doa.

Akhir kalam, selamat tahun baru 1433H. Semoga kehadiran tahun baru ini akan lebih mematangkan kita ke arah yang lebih positif dan berjaya. Andaikata datang ujian, anggaplah ujian itu satu guru ke arah kematangan dan kejayaan di masa akan datang.