Selasa, 12 Februari 2013

Assalamualaikum, Selamat Bercuti Tahun Baru Cina

=) Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Lama dah tak 'update' blog ni. Rasa macam-macam cerita nak dikongsi. Perkara yang baik perlu dikongsi buat panduan semua yang kurang elok haruslah dijadikan sempadan supaya tidak dilakukan pada masa depan.

Cuti Tahun Baru Cina ni marilah kita bersama menziarahi sanak saudara yang ada jauh dan dekat supaya silaturrahim dapat dieratkan bukan hanya pada hari raya aidilfitri sahaja. Sedih juga sebenarnya melihat ada segelintir yang lebih mementingkan melawat 'saudara' yang tinggal di zoo negara, taman buaya, taman rama-rama berbanding saudara sedarah, sedaging, seagama mahupun sekejadian. Bukan tidak boleh, silakan. cuma perlulah diseimbangkan supaya tiada hati yang merindu terluka.

Musim cuti juga terkenal dengan musim 'orang kawin'. Sudahkah kita memenuhi undangan yang diberikan? Yok kita meraikan pasangan yang baru menempuh fasa baru dalam kehidupan mereka. Fitrah manusia memerlukan pasangan untuk hidup. Pada yang baru berkahwin, tahniah dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga. semoga kehidupan baru ini akan lebih membahagiakan dan dirahmati.

Sudah 2 bulan memulakan sesi persekolahan 2013. Adik-adik yang bersekolah macam mana? Didoakan semoga semuanya dipermudahkan. Jangan lupa sebelum ke sekolah;
  1. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan.
  2. Bersalam dengan ayah dan ibu.
  3. Baca Al-Fatehah niat dalam hati sedekahkan untuk roh diri sendiri, buat ibu dan juga ayah.
  4. Niat juga semoga ilmu yang bakal diperoleh pada hari ini mudah difahami dan dapat diingati dan digunakan sehingga akhir hayat.
  5. Berbaik sangka dengan guru bila ditegur. Jangan mudah berkecil hati dengan guru kerana mungkin teguran yang diberi ada sebabnya. Semua ibu bapa dan guru mahukan yang terbaik buat adik-adik.
  6. Bantu kawan pada perkara yang membawa kebaikan. 
 

Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat Datang Ya Ramadhan

 Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa (HR Ahmad dan AN Nasa'i)

Kenapa Kita Perlu Berpuasa???
  1. Puasa adalah perintah dan hak Allah
  2. Ia merupakan rukun Islam yang ke-3
  3. Puasa merupakan medan melatih jiwa bagi semua umat islam
  4. Merupakan salah satu jalan mencapai ketakwaan dan keredhaan Allah 
Selamat Berpuasa

Sabtu, 9 Jun 2012

Berani gagal..layan

orang yang berjaya adalah orang yang mampu bangun dari kegagalan. Tapi orang yang takut gagal hanya akan duduk statik tanpa mahu mencuba. Aku kah itu??? Macam ia jer

Rumusan 1/2 tahun pertama bagi 2012

Fuh tajuk bukan main lagi tapi isi...huhuhuhu entah apa-apa. Sangat la berfikiran negatif kan. Senang cakap memang tak ada keyakinan diri langsung. Rasanya dah jatuh menghampiri zero. Pasal apa tak zero? Hehehe simpan sikit semanagt tu pasal nak kena tunjuk ek pada bebudak (hekeleh dengan budak kecil je berani rupanya).

1/2 tahun ni berjalan sangat pasif baik dari segi kerjaya mahupun urusan peribadi. Fuh (mengeluh lagi). Satu perasaan yang sangat tak 'best'. Matlamat? macam tak terkejar bila sasaran tidak diletakkan secara tepat dan terancang. Duit? Main belasah jer..tahun ni belanja macam orang kaya. Main belasah sampai akhirnya sendiri terdiam (apa agaknya yang ada kat fikiran aku  ni ye sampai sebegini teruk..melepaskan geram ke hape ni?). pelaksanaan tugas? bila dah hidup macam orang tak ada matlamat senang la orang lain nak buli..(padan muka sendiri)...Huaa.....(nak sedapkan hati xpe2 nanti boleh APC).

Nasib baik ada sikit yang menyejukkan hati. Harap ianya akan berterusan membaik secara konsisten. Apa tu? Hehehe result calon UPSR la. Dah nasib orang mengajar kelas hujung ni memanjang la dakwat merah. Sampaikan muka pun naik merah malu bila audit akademik. La ni tinggal 11 orang yang masih merah dari 31 orang.(Choop apasal aku pulak yang menggelupur? bukan dia orang ke yang nak periksa? Huhuhu harap tahun depan tak kena mengajar tahun 6 lagi tak suka perasaan ini..tolong...tolong)

Rumusannya yang banyak alasan:
  1. Pemalas- rasa malas nak buat semua benda. tak ada geng la. segan nak buat sengsorang.Lagi hampeh bila kita rajin sikit semua kerja nak longgok pada kita.
  2. Rasa rendah diri-memang diri dah rendah pun. Sampaikan tawaran lantikan sebagai jurulatih utama matematik kssr tahun 3 dipandang sepi ( KSSR pulak tu, memang x suka...ni siapa la pulak yang bagi nama pada PPD? GB pun x tahu. nasib baik surat JPN tak keluar so boleh tolak)
  3. Pemalu dan pendiam- Biasanya dengan orang yang tak kenal atau baru jumpa la. Rasa sangat susah untuk 'masuk'. Lagi2 lain jentina haish masalah kena berurusan dgn dia org.
  4. Tak pandai cakap- PR memang 'out'. Tu pasal tak boleh jadi ketua. Bila dah anak buah lambat sikit rasa tension at last baik aku buat sendiri tak sakit hati nak dengar dia orang membebel.
  5. Tak pandai drive- Ni lagi satu masalah dapat lesen terbang ke hape ni dulu. Tak berani-berani nak drive sendiri. semua nak harap orang bawakan. Dulu ada abang @ kakak driver tak apa la pasal duduk kat bandar besar just call driver bawa kereta merah sampai..ni dah duduk kat muar tak ke menyusahkan tu namanya.
  6. Tak pandai bisnes- Dah kalau semua di atas tu ada, x payah la disuruh berbisnes buat tampah pendapatan. Sudahnya pakai sendiri je kang. Jimat-jimat saja la duit belanja yang ada.
Memulakan sesi 1/2 htahun yang kedua persekolahan minggu depan harapnya ada la sinar baru, baik dari segi kerjaya mahupun keyakinan diri pada urusan peribadi. Chayook anda boleh..semangat...semangat.. positif

Ahad, 20 Mei 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

 Guru Inovatif melonjakkan pendidikan negara adalah tema sambutan hari guru pada tahun 2012.Tahun ni adalah tahu ke-4 merasa diraikan sebagai cikgu. Alhamdulillah atas kurniaanMu ini ya Allah. Ramai yang bertanya belajar jurusan lain bekerja jurusan lain kenapa? Dah tak ada kerja ke sehingga terpaksa jadi cikgu? Tak juga. pastinya ada sebab yang mejadikan profesion ini dipilih sebagai kerjaya. Belajar menerima dengan ikhlas dan buat sesuatu dengan bersungguh banyak membantu dalam menyemai rasa kecintaan pada profesion ini (kiranya kerja dulu baru cinta huhuhu).Itu semua terpulang kepada diri sendiri. Jika kita menjadikan ianya sebagai satu alasan dan bekerja semata-mata kerana nak mendapatkan wang, pastinya tiada kepuasan dan kerja yang dilakukan tidak menyeronokkan. Pelanggan (murid) juga akan merasa tempiasnya dengan corak dan budaya kerja cikgu itu.
 berlatarbelakangkan sebahagian kad kreatif murid.
 Bacaan ayat suci al-quran
 Nyanyian lagu kami guru malaysia, lagu tema dan ikrar guru.
Setiap tahun memang teruja tengok cikgu berikrar dan menyanyi. Sejak zaman jadi murid lagi menunggu cikgu nyanyi lagu kami guru malaysia. lagu berhantu 16 Mei.
Acara sukaneka

Sejajar dengan meningkatnya taraf hidup penduduk negara kita, corak pendidikan negara juga mengalami perubahan bagi memenuhi aspirasi dan keperluan negara ke arah yang lebih maju dan berdaya saing. daripada sistem pendidikan secara tidak formal, kita sekarang sedang berada dalam corak pendidikan perasaskan penilaian berterusan. KSSR atau dikenali sebagai kurikulum standard sekolah rendah mula mengambil tempat menggantikan KBSR yang masih lagi digunapakai murid tahun 3-6 (soft landing). Corak Pembelajaran dan pengajaran juga perlu mengikut berubah dan mengikut gaya murid. Guru masakini perlu lebih kreatif dan inovatif dalam meracang aktiviti supaya dapat menarik minat murid untuk belajar sekaligus berjaya dalam akademik dan sahsiah.

Proses pendidikan adalah satu proses yang berterusan dan bukan hanya tertumpu di bilik darjah atau di sekolah dengan bimbingan guru tetapi melibatkan pembelajaran tidak langsung di rumah dengan bimbingan ibu bapa, keluarga dan masyarakat setempat.

Sabtu, 19 Mei 2012

karnival Ko-akademik 2012

 Peserta Glider tengah berbincang di tangga.
 Cantik kak gaya potong kayu....
 Dari tingkat berapa kita nak terbangkan ni??
 Antara glider yang bertanding

Pada 28 April yang lalu, satu karnival ko-akademik peringkat zon Maharani telah dijalankan di SK Parit Bakar Darat dan SK Parit Bakar Tengah. Banyak pertandingan telah dijalankan bagi memilih wakil zon maharani ke pertandingan ko-akademik peringkat Daerah yang akan diadakan pada bulan Jun 2012. Pertandingan diadakan mengikut panitia teras dan elektif yang ada disekolah masing-masing antaranya pertandingan eurika sains, bercerita bahasa melayu dan inggeris, bahas, pertandingan merekacipta glider, kuiz matematik, buku skrap dan sebagainya.

Kali ini tidak la rasa terkejut sangat bila kena menyertai pertandingan sedemikian rupa sebab dah tahun ke-2 berada di Muar. Cuma sedikit terkilan sebab panggilan mesyuarat dan syarat pertandingan diberikan agak lewat dari kebiasaan yang menyebabkan murid tidak mendapat latihan yang mencukupi. Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada guru-guru pelatih IPG Tun Hussein Onn kerana membantu melatih murid membina glider untuk panitia kemahiran hidup. Tahun ini siap kena jadi hakim lagi tuuu cayalah. Tapi SKSA cuma dapat tempat ke-5 huhuhu. tahun depan cuba lagi. Eurika jahitan pula dibatalkan pertandingannya kerana tiada pertandingan sedemikian rupa pada peringkat daerah.

Dah rutin kena latih budak kuiz math dengan rekacipta (berkumpulan ler kalau sengsorang aje x menang tangan). Tahun ni peserta tahun 3 sorang dah kena culik dgn panitia BI huhuhu dah la tak banyak pilihan redha je la tempat ke8. Tapi peserta tahun 1 dan 2 Johan yehoo.Tahniah kepada yang berjaya.

Sabtu, 14 April 2012

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri

Dulu-dulu masa cikgu mengajar buat karangan mesti dia pesan jangan lupa masukkan kata perpatah ke peribahasa ke simpuna bahasa ke tak pun kata bidalan kalau nak tambah markah. Aicehceh masa tu fuh siap dengan penggunaan perkataan purba sekali nak dimasukkan. Lumba dengan kawan-kawan karangan siapa paling baik. Untung-untung cikgu jadikan karangan contoh boleh kerek hahahaha.

Dalam pada itu sempat juga la cikgu dengan murid berdiskusi tentang bidalan melayu lama ni. Yelah orang melayu kan memang menegur dengan cara yang halus macam tu supaya tiada yang terasa hati ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik lagi negeri sendiri. Pernah la kami gelak apa la diingat pada hujan batu kalau dah boleh dapat hujan emas. Tapi cikgu cuma senyum je sambil kata kita yang tak biasa dengan hujan emas ni kala tak betul-betul jaga takut lupa daratan.

Bila semakin menginjak dewasa dan berpeluang melihat tempat orang baru faham mengapa hujan batu juga yang dirindu. Kadang-kadang kita lupa menilai batu yang turun ditempat kita apa mungkin ia hanya batu biasa yang dapat di tepi jalan atau batu berharga seperti zamrud, nilam atau topaz?

Namun betul la jauh perjalanan luas pemandangan. Semakin jauh kita berjalan semakin kita menghargai kemakmuran dan keindahan yang ada di negara kita. Betapa istimewanya Malaysia dihati dan betapa kita akan menghargai negara kita bilamana kita melihat dan membandingkan dengan mata dan hati sendiri Malaysia dengan negara-negara lain.

Asyik menyalak bila harga barangan naik dengan mendadak (bukan menyokong kenaikan harga barang ek cuma tak suka cara sesetengah orang kita memberontak) tapi bila berada di negara luar kita cuma diam dan akur bila terpaksa membayar barangan dengan harga yang langsung difikirkan tidak munasabah.

Contoh la (tiada kaitan dengan yang hidup atau mati ye cuma nak ingatkan diri sendiri sahaja) harga sepinggan nasi lemak kosong dengan air bila di Singapura 10dolar kita bayar sahaja walaupun dalam hati mula merungut " kalau kat malaysia ni baru 2-3 ringgit. 10 dolar ni kalau tukar duit RM fuhh....mahalnya".

Moral of the story bila ada peluang berjalanlah. Kita akan lebih banyak belajar melalui pengalaman. Pembacaan sahaja tidak membuatkan kita merasai dan menjiwai 100% apa yang dibaca.