Satu pengalaman yang sangat menarik dan hebat. Dengan dikurniakan anak didik yang baik dan mudah mendengar kata menjadikan proses P&P berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun kadang-kadang perangai dan kerenah mereka boleh menguji kesabaran, tetapi itulah pahit manis, asam garam serta sepak terajang menjadi cikgu yang pastinya akan menjadi kenangan terindah suatu masa nanti. Buat anak didikku di SK Taman Molek Johor semoga menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti.
Jumaat, 19 Jun 2009
Selasa, 30 Disember 2008
SELAMAT MENGAJAR
Isnin, 6 Oktober 2008
Sabtu, 9 Ogos 2008
semangat bertani
Rabu, 9 Julai 2008
Bermulanya Era Praktikum
Bermula 30 Jun 2008 sehingga 26 Sept ini, kami telah diarahkan untuk menjalani latihan praktikal. SK Taman Desa Jaya telah menjadi sekolah latihan saya. banyak pengalaman baru yang dapat ditimba. Keadaan keperluan bengkel yang terhad menyebabkan murid tidak dapat menjalankan latihan amali/projek.
Selasa, 24 Jun 2008
Perkhemahan Luar Puteri Islam
18-21 jun yang lalu, semua unit beruniform KPLI zon selatan berkumpul mengikut unit masing-masing. IPG yang terlibat adalah IP Temenggong Ibrahim, IP Tun Husseion Onn, IP Perempuan Melayu dan IP Raja Melewar.
Puteri Islam- Sg. Udang Melaka
PBSM - Ayer Keroh Melaka
KRS dan Pengakap - Sedeli
Pandu Puteri - Kem Kaizen
Selasa, 3 Jun 2008
Selamat Bertunang dan Pengantin Baru

Sepanjang cuti sekolah kali ini, maka banyaklah jemputan @ undangan perkahwinan dan pertunangan dari saudara mara dan sahabat handai.(Wah kawanku sudah kawin kau).Pada yang tak sempat nak datang tu harap maaf la. lain kali kita jumpa eh eh. Antara majlis yang sempat di hadiri adalah sahabat lama di matrik penang Haslina Md Radzi dan di pertemuan ini juga dapatlah berjumpa dengan sahabat lama di KMPP seperti mazni, apek, shida dll. Di kesempatan ke penang juga kami menghadiri jemputan dari mak We (sahabat semasa menunaikan ibadah haji). Segala layanan yang baik hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Terima Kasih.
Tak lupa juga buat kak ina sekeluarga yang banyak membantu perjalanan kami ini. TQ. Terubat la rindu Tok Bik korang dengan Pak Uda pada Amzar dan Aisar. Kesian juga bila mereka menangis nak ikut kami balik...Tak pe la sayang jumpa lagi nanti ye...
Langgan:
Catatan (Atom)