Rabu, 21 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU







16 Mei baru sahaja berlalu. namun bahang perayaan sambutan hari guru masih lagi dirasai terutama bagi warga pendidik. Buat yang bergelar 'cikgu' dan bakal 'cikgu' selamat hari guru






Guru Oh! Guru (Usman Awang - 1979)
Berburu ke padang datar



Dapat rusa belang kaki



Berguru kepala ajar



Ibarat bunga kembang tak jadi






Dialah pemberi paling setia



Tiap akar ilmu miliknya



Pelita dan lampu segala



Untuk manusia sebelum jadi dewasa.






Dialah ibu dialah bapa juga sahabat



Alur kesetiaan mengalirkan nasihat



Pemimpin yang ditauliahkan segala umat



Seribu tahun katanya menjadi hikmat.






Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa



Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta



Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara



Jika hari ini seorang ulama yang mulia



Jika hari ini seorang peguam menang bicara



Jika hari ini seorang penulis terkemuka



Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;



Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa



Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.






Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya



Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota



Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu



Dia adalah guru mewakili seribu buku;



Semakin terpencil duduknya di ceruk desa



Semakin bererti tugasnya kepada negara.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku



Budi yang diapungkan di dulangi ilmu



Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat



Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tiada ulasan: