Khamis, 13 Ogos 2009

Hospital bukan tempat paling selamat H1N1


Hospital sebenarnya bukanlah tempat paling baik untuk orang sakit. Tapi ia tidak bermakna kita tidak perlu ke sana sekiranya sakit. Hospital sebenarnya adalah tempat yang paling berisiko untuk dijangkiti penyakit kerana semua pesakit tertumpu di hospital untuk mendapatkan rawatan. Dari sakit demam dan batuk sehinggalah ke kanser semuanya ada di hospital. Tabik spring dan sekalung tahniah buat petugas hospital kerana sanggup berkorban nyawa berkhidmat untuk negara.


Negara kita kini terancam dengan wabak influenza H1N1 yang mampu meragut nyawa tanpa kita sedari yang kita sebenarnya kita mempunyai potensi untuk dijangkitinya. Baru-baru ini ada seorang murid tahun 6 di sekolah yang menghidap sakit buah pinggang telah didapati positif H1N1. Kasihan anak murid yang seorang ini. UPSR semakin hampir, kehadiran dia tak sampai pun 5 hari. Kebetulah baru-baru ini dia ada ke sekolah tetapi sehari kemudian mengalami demam dan kekejangan. Apabila disahkan +ve H1N1, kami di sekolah khuatir murid ini terjangkit di sekolah. Yelah sekarang ini ramai murid demam. Suhu badan kadang kala ada yang mencecah 40c.Namun menurut ibunya, anak ini disyaki mengalami jangkitan ketika mendapatkan rawatan di hospital.Hospital adalah rumah kedua buat dia. Cikgu doakan semoga Kimi semakin sihat dan dapat bersama teman yang lain menikmati zaman akhir kanak-kanak yang indah ini.

Tiada ulasan: