Ahad, 16 Mei 2010

Harapan Seorang Guru


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia.

Tarikh keramat 16 Mei memang merupakan satu tarikh yang sangat ditunggu-tunggu oleh insan yang bergelar pendidik kerana pada hari itu mereka akan diraikan dengan gembira oleh murid. Pastinya pelbagai aktiviti dirangka bagi menyemarakkan aktiviti sambutan hari guru. Walau bagaimanapun acara yang paling mendapat perhatian adalah guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.Memang mengharukan dan menaikan semangat. Rasa macam recharge balik energy dan tujuan menjadi cikgu.

Kebiasaannya pada hari guru, guru-guru akan menerima pelbagai jenis dan bentuk hadiah tanda ingatan anak muridnya. Tapi sebenarnya seorang guru tidak mengharapkan hadiah hebat yang dibungkus kemas dengan pembalut mahal. Cukup sebenarnya sekiranya anak didiknya itu berjaya dalam kehidupan dan akhlaknya.Menjadi manusia yang berguna dan mampu memberikan sumbangan pada diri,keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Menggunakan ilmu yang diajarkan adalah suatu kebanggan buatnya. Inilah sebenarnya hadiah yang paling diidamkan oleh semua guru yang menuntut k

Sekiranya anak didiknya itu lulus dalam matapelajaran yang diajar ia adalah satu kejayaan buat guru dan dia tahu bahawa dia tidaklah syok sendiri di dalam kelas dan sekiranya mendapat 'A' dalam keputusan peperiksaannya, ia umpama bonus pada hasil kerja yang dilakukan.

Hari ini genap 1 tahun 4 bulan dan 14 hari menjadi seorang guru.Memang masih mentah lagi dengan sepak terajang dunia pendidikan namun seperti yang sering diterapkan dalam diri murid sebelum memulakan P&P, perbaiki dan perbaharui niat datang ke sekolah. Mulakan dengan redha ibubapa dan langkah la dengan kaki kanan agar setiap langkah kakimu mendapat keberkatan dan doa dari semua makhluk yang ada dimuka bumi ini yang kau dapat lihat dengan nyata ataupun tidak. Ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu dan pohonlah agar dapat kau gunakan ilmu yang bakal diperoleh sehingga ke hujung nyawa. InsyaAllah kau pasti akan berjaya dengan cara yang kau nampak nyata atau kejayaan yang tersembunyi yang kau sendiri perlu cari tahu bahawa sebenarnya kau telah berjaya. Jangan risau semua salahmu telahku ampunkan. Ilmu yang diberikan telah dihalalkan. Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu. Cuma aku mengharapkan usaha yang lebih gigih darimu sebagai hadiah sempena hari guru ini. Ia sebenarnya bukan untukku tapi lebih untukmu.
Dikesempatan ini ingin sekali mengucapkan selamat hari guru buat guru pertama mak dan ayah, buat cikgu2 Sek Keb Bakri Batu 2 Muar, SAB(G)S, SM Teknik Bkt Piatu, Pensy KMPP, UTHM, IPTI dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan dari IPTI 2008 serta rakan setugas di seluruh Malaysia terutama guru-guru SKTM. Guru Pembina Negara Bangsa

Tiada ulasan: