Sabtu, 14 April 2012

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri

Dulu-dulu masa cikgu mengajar buat karangan mesti dia pesan jangan lupa masukkan kata perpatah ke peribahasa ke simpuna bahasa ke tak pun kata bidalan kalau nak tambah markah. Aicehceh masa tu fuh siap dengan penggunaan perkataan purba sekali nak dimasukkan. Lumba dengan kawan-kawan karangan siapa paling baik. Untung-untung cikgu jadikan karangan contoh boleh kerek hahahaha.

Dalam pada itu sempat juga la cikgu dengan murid berdiskusi tentang bidalan melayu lama ni. Yelah orang melayu kan memang menegur dengan cara yang halus macam tu supaya tiada yang terasa hati ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik lagi negeri sendiri. Pernah la kami gelak apa la diingat pada hujan batu kalau dah boleh dapat hujan emas. Tapi cikgu cuma senyum je sambil kata kita yang tak biasa dengan hujan emas ni kala tak betul-betul jaga takut lupa daratan.

Bila semakin menginjak dewasa dan berpeluang melihat tempat orang baru faham mengapa hujan batu juga yang dirindu. Kadang-kadang kita lupa menilai batu yang turun ditempat kita apa mungkin ia hanya batu biasa yang dapat di tepi jalan atau batu berharga seperti zamrud, nilam atau topaz?

Namun betul la jauh perjalanan luas pemandangan. Semakin jauh kita berjalan semakin kita menghargai kemakmuran dan keindahan yang ada di negara kita. Betapa istimewanya Malaysia dihati dan betapa kita akan menghargai negara kita bilamana kita melihat dan membandingkan dengan mata dan hati sendiri Malaysia dengan negara-negara lain.

Asyik menyalak bila harga barangan naik dengan mendadak (bukan menyokong kenaikan harga barang ek cuma tak suka cara sesetengah orang kita memberontak) tapi bila berada di negara luar kita cuma diam dan akur bila terpaksa membayar barangan dengan harga yang langsung difikirkan tidak munasabah.

Contoh la (tiada kaitan dengan yang hidup atau mati ye cuma nak ingatkan diri sendiri sahaja) harga sepinggan nasi lemak kosong dengan air bila di Singapura 10dolar kita bayar sahaja walaupun dalam hati mula merungut " kalau kat malaysia ni baru 2-3 ringgit. 10 dolar ni kalau tukar duit RM fuhh....mahalnya".

Moral of the story bila ada peluang berjalanlah. Kita akan lebih banyak belajar melalui pengalaman. Pembacaan sahaja tidak membuatkan kita merasai dan menjiwai 100% apa yang dibaca.

2 ulasan:

muhsync berkata...

orang yang melalak masa harga minyak naik tu adalah kaedah politik. jika tidak ada orang melalak, selepas ini kerajaan akan menaikkan harga dengan sesuki hati tanpa memikirkan tanggungan rakyat. ini politik. kita boleh lihat bagaimana keadaan pembangkang yang kuat hari ini telah melahirkan kerajaan yang begitu prihatin dengan segala sumbangan yang tak pernah diberikan pun selama 54 tahun negara merdeka. jadi kita tidak boleh melihat mereka yang melalak tu dari satu sudut saja. ya..bagi pihak kerajaan ia adalah suara sumbang. tapi hakikat untuk rakyat, suara itu dapat mempertahankan kebajikan rakyat. jadi adalah penting juga untuk kita bersyukur negara ini mempunyai pakatan pembangkang yang kuat. ini membuatkan parti pemerintah tak boleh memerintah ikut suki hati mereka. tak kisahlah parti mana yang memerintah, tapi apa yang diutamakan adalah hak rakyat. wasalam

Alun berkata...

betul tu. sebab itu pembangkang sgt penting supaya pihak yang memerintah tidak leka dan berasa selesa dgn kedudukan yang ada. Cumanya sangat tak suka cara sesetengah pihak menginterpretasikan ketidakpuasan hati sehingga mengganggu peradaban. Dalam diri pun kita sebenarnya memerlukan komen yg negatif untuk melonjakkan diri ke satu tahap yg lebih baik bukan hanya leka dengan pujian. ;p