Selasa, 12 Februari 2013

Assalamualaikum, Selamat Bercuti Tahun Baru Cina

=) Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Lama dah tak 'update' blog ni. Rasa macam-macam cerita nak dikongsi. Perkara yang baik perlu dikongsi buat panduan semua yang kurang elok haruslah dijadikan sempadan supaya tidak dilakukan pada masa depan.

Cuti Tahun Baru Cina ni marilah kita bersama menziarahi sanak saudara yang ada jauh dan dekat supaya silaturrahim dapat dieratkan bukan hanya pada hari raya aidilfitri sahaja. Sedih juga sebenarnya melihat ada segelintir yang lebih mementingkan melawat 'saudara' yang tinggal di zoo negara, taman buaya, taman rama-rama berbanding saudara sedarah, sedaging, seagama mahupun sekejadian. Bukan tidak boleh, silakan. cuma perlulah diseimbangkan supaya tiada hati yang merindu terluka.

Musim cuti juga terkenal dengan musim 'orang kawin'. Sudahkah kita memenuhi undangan yang diberikan? Yok kita meraikan pasangan yang baru menempuh fasa baru dalam kehidupan mereka. Fitrah manusia memerlukan pasangan untuk hidup. Pada yang baru berkahwin, tahniah dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga. semoga kehidupan baru ini akan lebih membahagiakan dan dirahmati.

Sudah 2 bulan memulakan sesi persekolahan 2013. Adik-adik yang bersekolah macam mana? Didoakan semoga semuanya dipermudahkan. Jangan lupa sebelum ke sekolah;
  1. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan.
  2. Bersalam dengan ayah dan ibu.
  3. Baca Al-Fatehah niat dalam hati sedekahkan untuk roh diri sendiri, buat ibu dan juga ayah.
  4. Niat juga semoga ilmu yang bakal diperoleh pada hari ini mudah difahami dan dapat diingati dan digunakan sehingga akhir hayat.
  5. Berbaik sangka dengan guru bila ditegur. Jangan mudah berkecil hati dengan guru kerana mungkin teguran yang diberi ada sebabnya. Semua ibu bapa dan guru mahukan yang terbaik buat adik-adik.
  6. Bantu kawan pada perkara yang membawa kebaikan. 
 

Tiada ulasan: