Ahad, 22 Mei 2011

Antara Rotan dan Pembaris



Assalamualaikum semua. Rasanya bukan setakat bersawang tetapi dah tepu segala debu kat blog ni. Lama sungguh x diupdate. Pada yang masih tak tau lagi sekarang ni dah bertukar berkhidmat di SK Sungai Abong Muar dari SK Taman Molek. Berpindah bukan kerana membenci, dibenci atau ada ape benda yang menghantui tapi gara2 try test sistem eG-tukar(pada sape yg rasa xnk pindah xyah la try2. nasib mna nk tau)but anyway bila dapat tukar pn satu bonus la kan kan kan( xyah byr sewa umah, mak masak yummy....).

Hari ni bukan la nak cerita sgt pasal sejarah dapat tukar ni tapi lebih kepada nak berkongsi pandangan dan nak minta pendapat yg lain dgn isu merotan ni. Perlu ke merotan??? untuk ape merotan?? apa mekanisma yg paling sesuai digunakan utk merotan...rotan? pembaris?surat khabar?buku?bulu ayam? Usia yg mna baru boleh dirotan?? fuhh banyak sungguh persoalan mengenai rotan.


Bercerita mengenai pengalaman merotan ni...ada la juga. Yelah sebagai guru mesti ada (kdg2 terkeliru dgn sikap ibubapa ada yg nk anak dirotan guru tidak kurang juga yg x bg anak dirotan). First time ditugaskan mengajar tahap 1 pada mulanya membuatkan hidup sedikit huru hara (yelah cik kak yang bujang dan ganas ni disuruh mententeramkan bebudak kecik yg x makan saman tu tapi jgn x caye skrg dah terror hahaha). Tu belum lagi yang terkencing, terberak dalam kelas. Aduh...sib baik sekali jer pernah kena budak mcm ni.

Kes ni berlaku ketika mengajar sifir dengan excitednye suruh students hafal sifir 1-5. setiap hari set induksi soal sifir. yang boleh jwb dpt ddk yg x kna rasa pembaris sekali br leh duduk.Bergelak ketawa la kelas bila bdk kna rotan kat tapak tangan sbb gatal dek kerana kelebaran pembaris. yang nk tunjuk hebat mulalah menghafal sifir dgn jayanya sebab nk kasi jelous kat kwn bila cikgu puji hahaha. Rupanya ada juga parents yang marah sampai ugut nk report KPM sbb cikgu rotan murid sampai merah tgn agaknya kalaulah gna rotan yg halus tu mesti dia dah report polis kan...( ye ke merah kena pembaris?). Jadi sejak dari hari tu walaupun students x hafal sifir senyum je la. Tapi pelik, murid yg lain sgt2 merindui kemeriahan sesi soal sifir sampai hari2 sanggup nk jump semata2 nk disoal sifir sebelum balik.Sangat bangga bila dapat keluar lebih awal atau dapat 20sen sebagai reward boleh jwb sifir. Kdg2 bila sendiri x boleh jwb, merayu utk kena pembaris...(sorry x lyn).

Jadi di kesempatan ini inginlah berkongsi artikel yang diambil dari blog lain mengenai hukuman merotan ini.

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan yang disarankan Islam ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam ( Al-Muhazzab, 5/458 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 22/261 ; Al-Mu'tamad Inda As-Syafie, 5/228) iaitu:
  1. Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan (Dari hadis riwayat Abu Daud, 2/476)
  2. Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
  3. Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
  4. Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
  5. Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Hukuman merotan yang ditentukan Islam sangat berbeza dengan hukuman merotan yang dilaksanakan di dalam penjara pada hari ni kerana Islam bukannya menghukum semata-mata kerana hukuman sebaliknya adalah bertujuan mendidik masyarakat..

Di penjara hukumannya adalah sangat zalim dimana sekali sebatan sehingga menghancurkan kulit dan mengoyak isi.. Perotan di dalam penjara juga menghayun rotan dimana tangan diangkat dari atas kepala dengan hentaman yang cukup bertenaga... Fikir2 lah kebaikan yang telah ditentukan oleh Islam sehingga sekaran, akhirnya saintis Bukan Islam juga yang menemui kebaikan hukuman sebat secara Islam ini.. Mengapa Orang ISlam sendiri tidak menjumpai kebaikan hukuman ini.. sebab nya tidak lain kerana orang Islam itu sendiri tidak yakin dengan Islam yang sememangnya BENAR..

Ahad, 16 Mei 2010

Harapan Seorang Guru


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia.

Tarikh keramat 16 Mei memang merupakan satu tarikh yang sangat ditunggu-tunggu oleh insan yang bergelar pendidik kerana pada hari itu mereka akan diraikan dengan gembira oleh murid. Pastinya pelbagai aktiviti dirangka bagi menyemarakkan aktiviti sambutan hari guru. Walau bagaimanapun acara yang paling mendapat perhatian adalah guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.Memang mengharukan dan menaikan semangat. Rasa macam recharge balik energy dan tujuan menjadi cikgu.

Kebiasaannya pada hari guru, guru-guru akan menerima pelbagai jenis dan bentuk hadiah tanda ingatan anak muridnya. Tapi sebenarnya seorang guru tidak mengharapkan hadiah hebat yang dibungkus kemas dengan pembalut mahal. Cukup sebenarnya sekiranya anak didiknya itu berjaya dalam kehidupan dan akhlaknya.Menjadi manusia yang berguna dan mampu memberikan sumbangan pada diri,keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Menggunakan ilmu yang diajarkan adalah suatu kebanggan buatnya. Inilah sebenarnya hadiah yang paling diidamkan oleh semua guru yang menuntut k

Sekiranya anak didiknya itu lulus dalam matapelajaran yang diajar ia adalah satu kejayaan buat guru dan dia tahu bahawa dia tidaklah syok sendiri di dalam kelas dan sekiranya mendapat 'A' dalam keputusan peperiksaannya, ia umpama bonus pada hasil kerja yang dilakukan.

Hari ini genap 1 tahun 4 bulan dan 14 hari menjadi seorang guru.Memang masih mentah lagi dengan sepak terajang dunia pendidikan namun seperti yang sering diterapkan dalam diri murid sebelum memulakan P&P, perbaiki dan perbaharui niat datang ke sekolah. Mulakan dengan redha ibubapa dan langkah la dengan kaki kanan agar setiap langkah kakimu mendapat keberkatan dan doa dari semua makhluk yang ada dimuka bumi ini yang kau dapat lihat dengan nyata ataupun tidak. Ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu dan pohonlah agar dapat kau gunakan ilmu yang bakal diperoleh sehingga ke hujung nyawa. InsyaAllah kau pasti akan berjaya dengan cara yang kau nampak nyata atau kejayaan yang tersembunyi yang kau sendiri perlu cari tahu bahawa sebenarnya kau telah berjaya. Jangan risau semua salahmu telahku ampunkan. Ilmu yang diberikan telah dihalalkan. Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu. Cuma aku mengharapkan usaha yang lebih gigih darimu sebagai hadiah sempena hari guru ini. Ia sebenarnya bukan untukku tapi lebih untukmu.
Dikesempatan ini ingin sekali mengucapkan selamat hari guru buat guru pertama mak dan ayah, buat cikgu2 Sek Keb Bakri Batu 2 Muar, SAB(G)S, SM Teknik Bkt Piatu, Pensy KMPP, UTHM, IPTI dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan dari IPTI 2008 serta rakan setugas di seluruh Malaysia terutama guru-guru SKTM. Guru Pembina Negara Bangsa

Ahad, 9 Mei 2010

With Thanks, Mak on Mother's Day


Thank you mak
for always being there
to help no metter
what life brings and
for all the secrifices
you've made for me

When you lonely
I wish you love,
When you down
I wish you joy,
When things get complicated
I wish you faith,
When things look empty
I wish you hope


I love you mak, Pn Faridah binti Sham.
No word can I describe how deep my love for you

Jumaat, 7 Mei 2010

Pemantauan Berkelompok PPD Pasir Gudang & Lestari Alam Sekitar

Minggu ini memang satu minggu yang sangat mendebarkan. Bukan kerana menghadiri temuduga atau menunggu keputusan peperiksaan diumumkan tetapi pemantauan berkelompok PPD Pasir Gudang ke sekolah-sekolah terpilih. Pastinya kumpulan sasaran utama adalah pentadbir dan kumpulan guru tahun 6. memandangkan ini adalah pengalaman pertama, ianya memang sesuatu yang sangat mendebarkan. Kiranya sampai tak boleh tidur dibuatnya. Mana kerja nak mula dulu pun tak tahu. Nak siapkan diri dengan maklumat murid tahun6, fail panitia dan yang paling mengharukan bilik khas.

Menanti dalam debaran akhirnya rombongan yang ditunggu akhirnya tiba pada pukul 2.30 ptg. Hasil perbincangan dan maklum balas kami guru-guru tahun 6 yang menghantar buku rekod mengajar untuk disemak PPD menerima ucapan tahniah kerana telah menyelenggara buku dengan baik. Alhamdulillah. Rupanya tiada apa yang perlu didebarkan kalau kita telah menjalankan segala tugas dengan ikhlas dan berkesan.

Jumaat, 16 April 2010

Suatu Pengalaman Baru



Fuhh lama betul rasanya x update blog ni. Banyak kenangan dan pengalaman yang dibiarkan berlalu tanpa catatan untuk bekalan hari depan. Diam tak diam hari ini adalah hari terakhir bergelar guru pembimbing kepada 2 orang guru pelatih IPGM kampus Temenggong Ibrahim JB. Satu pengalaman baru yang tak mungkin dilupakan.Yelah sebelum ni mmg terkenal dgn cikgu yang tegas.bila berhadapan dgn dia org terkenang zmn jd guru pelatih.kelakarnya. Apa taknya masa diminta jadi guru pembimbing baru sehari jadi ketua panitia.

Untuk fasa 1 katanya sebulan je praktikal.semoga jadi bekalan untuk sesi seterusnya.biasa la baru mengajar bnyk kna belajar. Diri sendiri pun masih belajar lagi terutama dalam mengawal emosi dengan murid yang pelbagai kerenah. InsyaAllah pengalaman ni pasti jadi kenangan yang terindah untuk dikenang dan dirindui.

sayangnya entah kenapa boleh pulak kita org lupa nak amik gmbr bersama. Untuk kenangan sempat pulak dia org menitipkan hadiah. Terima Kasih daun keladi. Buat susah2 korang je. Tak pernah nak mengharapkan apa2 pun asalkan dapat membantu korang dah kira ok buat akak.Akhir kalam selamat maju jaya dan usaha lagi mendalami arena perguruan. Sesungguhnya pengalaman adalah guru terbaik buat kita.

Rabu, 24 Mac 2010

Selamat Semuanya

Semalam 23.3.2010 tepat 3.23 petang genaplah usiaku 26 tahun. Masa yang berlalu secepat mata berkelip setiap masa. Sedar tak sedar kini diri bukan lagi kanak-kanak yang bebas bersuka ria. Segala keputusan kini perlu diambil dan ditanggung sendiri.

Syukur diusia 26 ini masih lagi diberi peluang mengecap nikmat bergelar seorang insan, anak, kakak, kawan dan guru. Tersangat bertuah rasanya menjadi Fadhlun Binti Mohamad. Perjalanan hidup yang diwarnai pelbagai warna yang menceriakan suasana. Dikurniakan keluarga besar yang sangat memahami dan membantu kala susah dan senang, kawan,jiran dan insan yang berada di persekitaran yang tidak menjuruskan diri ke cara hidup yang boleh merosakkan diri.

Sekiranya ada yang bertanya apa rahsia di sebalik semuanya jawapannya pasti tetap sama. Kejayaan dan keselamatan yang dimiliki hingga kini adalah berkat dariNya serta sokongan doa dari insan sekeliling terutama mak ayah dan cikgu2. Tanpa mereka pasti rebah rasanya diri ini. Terima Kasih semua.

Rabu, 10 Februari 2010

Salam Takziah Mangsa Denggi

Berita awal minggu lalu ada melaporkan peningkatan kes demam denggi di negara kita. Kebetulan semasa membaca akhbar Harian Metro sebentar tadi juga dua beradik yang akrab maut akibat demam denggi hanya berselang sehari. Kejadian memilukan ini berlaku pada ketika mereka baru 25 hari menerima kedatangan adik baru dalam keluarga.

Minggu lapas pula seorang nenek kepada anak murid yang berusia 56 tahun meninggal akibat demam denggi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kejadian menggerunkan ini tidak menimpaku. Memang ada juga perasaan nak matikah aku sampai teruk bergini sakit semasa diserang demam denggi, tapi sempat teringat kata2 lawak nenek masa kami bersembang di kampung. kalau kita rasa macam dah nak mati tandanya panjang lagi ler umur tu.

Setakat hari ini masih lagi serius menjaga pemakanan dan kesihatan. Selera makan dah makin bertambah-tambah. Lepas ni nak kena control pulak..isk..isk..isk...

Di harap semua menjaga kesihatan dan kebersihan di persekitaran kerana jentik2 mampu hidup lama dan boleh membiak dengan aktif dalam air yang bertakung.