Ahad, 5 Ogos 2007

Kenduri Arwah

Menjadi kebiasaan family yayi & embah akan mengadakan kenduri arwah sebelum sambutan bulan puasa (biasanya sebelum rejab). Selalunya masa inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan keluarga. Dari sekecil amzar sampailah sebesar abg madon. Makcik - makcik tak payah cakap la, bila berjumpa macam - macam cerita keluar. Riuh, sampaikan pernah satu ketika ada orang luar ingatkan rumah embah tempat jual kereta dan aktiviti memasak tidak pernah tamat. Bising embah menyusur resepi sampaikan tak terbuat...alun paling suka...sebut je teringin ape, pasti embah buatkan. Resepi paling best lada patah, ikan goreng dengan sayur bening kalau ada asam rebus nenas embah lagi sedap (embah yang buat la).

Sambutan kali ini agak berbeza berbanding sebelumnya..... Suasana tidak lagi semeriah dulu. Pemergian embah pada 3 Muharam1428H bagaikan telah membawa bersama kemeriahan sambutan puasa bagi keluarga Hj. Sham Jamian dan Hjh. Hasnah Abd. Manaf. Entah kenapa ianya menjadai satu kenduri yang amat senyap. Sepupu-sepupu kecil pun berjalan entah ke mana so tak dengar la suara acu marahkan suraya yang kacau aisya main dengan sofia...
(makin kuat sofia menangis kuat lagi acu bersembang..hehehe).

Acu dengan mak nab sampai jumaat malam. Alun, eli, mak dan mak nah sampai 1.30 pagi (tunggu eli balik kerja). Masa sampai alia, suraya, sofia dan aisya tak tidur lagi.. alahai kecik2 dah chat sampai ke pagi. yang lain dah tidur. Cikju mak long dan kak ami sampai tengahari. Best nangka cik bawa. Ada kerepek sukun lagi. Pak ngah dan abg Yo sampai petang. Pak lang, abg azri dan abg apis sampai malam. Om dengan Paman tak balik.

Menu kali ini
  • Nasi Putih
  • Ayam masak ala kurma
  • Ikan masak asam pedas
  • Sambal sotong
  • Sayur jawa
  • Kuih agar-agar santan mak usu
  • Buah tembikai susu dan nangka
  • Air chikong

Tiada ulasan: