Isnin, 6 Ogos 2007

Kerja oh kerja

Bulan ni dah nak masuk 2 bulan alun menganggur...Tetiba terasa tension bila orang sekeliling yang terlebih panic..hehehe..Dari mak/ayah, makcik2 sampailah ke jiran2 dah mula bertanya. Entah kenapa dah banyak kali asyik terlepas peluang, sampaikan pernah juga terasa baik jangan 'lalu' kalau buat tambah malu jer.

Isu siswazah mengangur memang topik hangat kat mana2 aja. Dulu langsung tak pernah terfikir akan mengalami situasi ini. tapi sekarang bila berhadapan dengan permasalahan ini barulah terasa. Mana taknya bila nak kerja menggunakan kelulusan SPM orang taknak terima kerana kelulusan tinggi. Bila nak apply mengikut kelulusan pun tak terima kerana tak ada pengalaman...

Apa pun mungkin bukan rezeki dan kalau dapat pun kerja hari tu mungkin alun akan jadi lupa diri atau ianya tidak sesuai dengan lifestile......Perancangan Allah melebihi segalanya.

Tiada ulasan: