Rabu, 9 September 2009

UPSR oh UPSR

Nampaknya dah 2 hari UPSR dijalankan. Hari yang pertama nampak sedikit gusar di wajah murid tapi masuk hari kedua langsung xde rasa takut (dulu aku nak exam rasa nak g perang je. Kupu-kupu penuh seperut....nak bercakap pn xde mood, ni dia orang bising betul mcm pasar lps exam.). Semalam dan hari ini murid menunjukkan ibu jari tanda mudah.(ye ke...bukan boleh caya bdk ni tapi kalau betul alhamdulillah). Bila tengok budak exam, orang yang paling kalut mestilah cikgu. Mana nak kawal budak lain yg sek, dgn bdk exam lagi...
memang nampak ketara cara budak kelas pandai dan sebaliknya belajar dan mengurus diri semasa exam. Semangat dia orang pun lain..(masih mencari-cari lagi cara nak tarik minat budak kelas hujung belajar...Ya Allah sabarkanlah guru-guru ini)

Pada cikgu yang kna uruskan bdk exam kna bersedia seawal pagi untuk periksa suhu setiap murid (yang lawaknya sek besar mcm kami dpt penyukat suhu satu jer....terbongkok-bongkok cikgu kesihatan check budak).

Buat sepupuku Ridhuan Arif yang akan mengambil kertas MT1 dan bahasa Cina. Good Luck. Jangan lupa baca soalan sampai habis. You can do it!

2 ulasan:

Unknown berkata...

hi fadlun..

mesti ko pon kalut sama mcam parents budak2 tu kan.

Alun berkata...

AAh aku mmg lagi kalut dari mak bapak dia org. Yelah anak ramai tuuu..Walaupun aku bukan guru tahun 6 tapi sbg cikgu yang terlibat kelas tambahan tahun 6 aku rasa gak tempiasnya. Paling cuak bila ada yang usik suruh aku ajar tahun 6 next year. Rasanya boleh stress aku kot