Isnin, 12 Oktober 2009

Bila Kenangan Lalu datang Mengusik

baik punya set up mesin

mesin berjalan, ape dah jadi pada projek ...berlubang??? ups bergaduh ke dalam bengkel en omar?? (nak tau ape terjadi dalam bengkel?... kami sibuk bergambar) Projek berlubang sebab kami punya ketebalan bahan sebanar tak sama dengan bahan dalam program

Entah kenapa hari ni bila tengok murid belajar terus teringat zaman berada ditempat mereka. Sesekali ada guru merungut mulut kami yang bagaikan mempunyai emas sehingga begitu sukar menutur kata. Sejak di zaman sekolah rendah sehinggalah tamat pengajian memerhati dan mendiamkan diri bagaikan satu tabiat (tapi kalo dah bercakap mula lupa diri hehehe). Kesian pulak bila tengok murid kena marah. Tapi ape nak buat murid sekarang berani sampai ada yang tak hormat pada cikgu.Kalau kita cakap secara baik dia macam tak boleh terima sebab di rumah dah biasa guna bahasa kesat. Bila cikgu mula berbicara anak murid macam nak ternganga. Terpesona pada patah bicara seorang guru indah bersusun kata sampai tak dengar apa maklumat yang diberikan. Mulalah cingu nak naik angin tak dengar rupanya anak murid yang tadi macam khusyuk mendengar. Terkeluarlah nada tinggi dengarnya.Kesian...kesian.

Hari ni bukan nak cerita pasal murid just nak share gambar dengan kenalan yang banyak bersama ketika kuliah di KUiTTHO @ UTHM. Suasana yang seronok belajar di sana. Rasa ingin kembali menyusuri keindahan semasa belajar. Benarlah kata orang semasa belajarlah zaman yang paling menyeronokkan..

me and kak Hemizah

me, jagan rao, nina, kak hem and jun

Bila time susah hati atau bosan selalunya bilik kak Hemizah @ kak poli menjadi mangsa. Dialah tempat mencurah rasa bagi menghilangkan tension. TQ kak. Jasamu dikenang. Bila nak hang out sama ni.Lama dah tak jumpa. Nina and kak poli meneruskan perjuangan di lapangan sebenar di kilang. Jun last berita housewife kepada senior kami pejo dan sedang berbadan dua. Tahniah.. dan aku adalah seorang guru yang bercita-cita melahirkan lebih ramai murid berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.Amin. Rakan yang lain2 akan dikongsikan di lain perjumpaan.

2 ulasan:

AJ berkata...

wahahahah...mengapakah ko kantoikan 'kulit enjin' hodoh projek kite itu fadhlun...malu seyhhh....hahahahaha....x sangka ko amek gambar ni...aku rasa, byk2 group, group kite plg banyak songeh ek..org lain takde pun sampai berlubang..haha...afterall, aku x sangka yg skrg ni, subjek 'projek berlubang' tula yg menjadi bidang kerja aku skrg...skrg, jgnkan kulit enjin, kulit pisang pun aku leh manufacture tau, diperbuat dari besi..haha

Rindu korang!

alun berkata...

tu la nina, memang group bnyk songeh. Tahniah kat ko dah terror operate benda tu. Ako rasa kalo bagi kat aku mesti lagi berlubang. hahaha. Tapi tulah kenangan paling best. Mesti en omar x pernah tau cite ni kan hahaha