Khamis, 29 Oktober 2009

Takziah

Seperti yang semua sedia maklum baru-baru ini berlak kejadian yang tidak diingini dalam arena pendidikan. Seorang murid dilaporkan mati manakala 2 lagi masih hilang dalam kejadian jambatan runtuh di pusat koko kampar perak ketika menyertai program perkemahan gagasan 1 Malaysia anjuran kementerian (10.30 p.m. 26 Okt 2009). Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dan tahniah buat guru-guru dan petugas yang datang memberikan bantuan awal kepada semua mangsa.

Isu jambatan runtuh ini telah menarik perhatian pinah SPRM. Mungkinkah terdapat isu rasuah dalam kes ini? sama - sama kita renungkan. bagaimanakah jurutera yang terlibat boleh meluluskan projek ini? Yang menjadi mangsa sekarang adalah pengguna. Sama seperti isu MRR2, jambatan retak, jejantas runtuh dan sebagainya. Terjaminkah keselamatan kita hari ini?

Rasanya lepas ini kerajaan perlu meneliti dan melakukan penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti koko bagi mengelakkan kejadian seumpama ini dari berulang kembali.langkah keselamatan perlu ditingkatkan dan kaedah menyalurkan maklumat kepada ibu bapa perlu diperbaiki sekiranya berlaku kecemasan. Hal ini dapat membantu ibu bapa mendapat berita dengan lebih telus dan cepat. Bukan nak membela guru tapi dalam jumlah guru pengiring yang terhad kadang-kadang cikgu juga panik nak mendapatkan no telefon penjaga dalam masa-masa kecemasan. Tambahan pula terpaksa menguruskan murid terlebih dahulu dan menenagkan keadaan yang kelam-kabut.

Tiada ulasan: