Isnin, 9 November 2009

Fitrah manusia suka benda baru

Sudah menjadi fitrah manusia suka pada benda dan suasana yang baru.Tidak hairanlah bila murid lebih teruja pada suasana yang berbeza dari kelaziman. Menjadi tanggungjawab kita pendidik mewujudkan satu suasana yang bukan saja kondusif untuk belajar tetapi berbeza dari biasa contohnya menggunakan kaedah simulasi lebih banyak berbanding bercakap sepanjang masa misalnya tajuk hari ini makanan tradisional masyarakat M'sia (sivik tahun 4), cuba kita minta murid yang pelbagai kaum yang ada di kelas kita membawa makanan tradisional masyarakat Malaysia. Ransang otak murid makanan tradisional bukan sahaja kuih bahulu, kuih bulan atau maruku tetapi makanan lain seperti rendang, capati, nasi ayam dll. Suasana P&P pasti lebih mengujakan. Cubalah!

Fitrah azali manusia suka kepada benda yang baru ini juga mendorong mereka melakukan sesuatu yang lebih drastik dan mencabar. Jika kita tidak dapat memancing minat mereka tidak mustahil mereka akan terdedah dengan aktiviti tidak sihat dan mula mencari jalan untuk memuaskan kehendak mereka dengan berbohong, ponteng, mencuri, merokok, berjudi dan akhirnya aktiviti yang lebih menyedihkan.

Apabila aktiviti ini berlarutan dan menyeronokkan, mereka akan beralih pula kepada aktiviti yang lebih mencabar seperti merompak,menyamun dan memeras ugut. Demikianlah kronologi peristiwa yang membawa kepada kebejatan moral murid masa kini.

Siapa yang harus kita persalahkan? Merekakah yang minta dijadikan begitu? keluarga yang tidak punya masa bersamakah? guru yang tidak boleh menegurkan punya angkara? Jiran yang sudah tidak mahu masuk campurkah?Atau Menteri Pendidikan yang salah?

Setiap orang punya tanggungjawab masing-masing. Menteri, Ibu bapa penjaga,guru, masyarakat, jiran tetangga,rakan wajib melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing.Elakkan daripada berlepas tangan serta beranggapan bahawa tugas kita itu talah selesai dan membiarkan guru semasa yang menggalas semuanya. Bekas guru juga perlu membimbing dan memberi peransang untuk menghadapi cabaran murid masa kini. Ibu bapa dan penjaga juga perlu sama berbincang dengan guru mencari jalan penyelesaian pada masalah ini.

Kadang- kadang rasa kecewa juga bila anak dah tidak mampu dikawal di rumah baru mereka memberikan keizinan untuk guru menegur atau merotan. Bukan menjadi guru ini kepingin sangat untuk merotan anak orang. Buat sakit badan sendiri je. Tapi bila murid berani bersuara cikgu boleh buat ape kalau saya tak hafal sifir? Cikgu, kalau tak buat / siap kerja rumah? Terfikir juga bolehkah para pendidik merealisasikan harapan dan impian pendidikan masa kini? Didikan pada kanak-kanak dan awal remaja sangat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan kecemerlangan akademik tetapi juga kecemerlangan sahsiah. Alangkah sayangnya bila murid yang pandai tapi tidak punya sahsiah yang boleh dibanggakan.

2 ulasan:

muhsync berkata...

aku tertarik sekali dgn tajuk entri ko kali ini. mmg betol fitrah manusia suka benda baru. tidak mustahillah kita semua hari ini dapat bergolak dek kerana kelainan yang di bawa walhal semuanya adalah untuk mencapai satu matlamat yang sama. rasanya tak sesuai diulas isu ini kerana ia membabitkan orang berprofail tinggi (faham-faham jelah). bila direnung balik dalam kehidupan kita seharian, apabila perkara rutin itu diulang-ulang menjadi kebiasaan menyebabkan kita merasa jemu. itulah sebabnya kita perlu membuat suatu pembaharuan dengan tujuan untuk meningkatkan kembali "mood". bagitulah juga yang berlaku disekolah barangkali (aku bukan cikgu), cikgu yang paling diminati adalah cikgu yang mengajar dengan cara/kaedah yang lain. bukanlah kelainan pada isi pengajaran tapi pembaharuan pada kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. dalam hal-hal begini, tidak perlulah kita mencari kesalahan siapa. apa yang perlu diutamakan adalah sejauh mana kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita. tapi hari ini orang sudah tidak berbicara tentang pelaksanaan sahaja, hari ini orang lebih kepada sebaik mana kita melaksanakan tugas tersebut. itulah yang ditafsirkan melalui kuwujudan KPI bagi setiap jabatan dalam kerajaan. jadi mari kita renungkan sejauh mana dan di manakah KPI kita..??

Alun berkata...

TQ muhsein.Tu la kdg2 kesian kat budak bila kita gna kaedah yang sama je. Kita pn boring gak gna benda yang sama sampai lupa kita dah ajar ke x benda tu kalau 10 tahun gna kaedah yang sama.
Sebagai yang menurut perintah kita ni ikut je.