Sabtu, 13 Ogos 2011

Andai ini Ramadhan Terakhir

Diam tak diam dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Tinggal 17 hari lagi keh..keh..keh.. Sejak2 dah beso ni, kedatangan Ramadhan mmg sangat dinantikan. Sangat berbeza 20 tahun dulu, yang dinantikan pastinya syawal (mau x dinanti, rasa x sabau ngutip duit 'zakat'. Alhamdulillah moga Allah tambah lagi rezeki mereka). Now my turn pulak berkongsi rezeki dgn insan yg mewarnai keserian hidup ini (idak ler banyak but bak kata org sikit sama sikit yg lebih masuk le tabung buat topup sementara tgu gaji nnt).

Awal kedatangan Ramadhan kali ini, kami dikejutkan dengan berita kematian seorang jiran yang dulu pernah mengasuh adik2ku ( masa mak cik ni mengasuh adik2 i n my bro dah msuk sek rend so kami terus balik umah then g sek agama). Lepas dah x mengasuh anak2 jiran tetangga seingatnya mak cik ni laki bini (lebih glamour kami sebut isteri pak sarip pasal pak sarip ni sgt peramah while his wife sgt pendiam..senyum jer) mula menjaja kuih di depan sekolah. Dalam usia yg mula meningkat, mereka masih lagi menyorong stall kecil dari rumah ke sek utk memenuhi tuntutan hidup.( Korg mesti kagum giler tgok pasangan ni very loving). Kuih yang dijual pn sangat murah harganya. Mcm harga zaman i sekolah 20 sen satu. Meninggal pada bulan Ramadhan hari jumaat petang. Allah tambahkan kemulianNya dengan memberikan penghormatan buat jenazah dengan hari yang pada mulanya panas terik (kebumi sabtu) bertukar menjadi redup yang mendamaikan sewaktu jenazah keluar dari pintu rumah sehinggalah semua tetamu yang menziarahi keluarga pulang. Maha Besar Allah mengurniakan nikmat buat hambanya yang taat.

Andai kata ini adalah Ramadhan terakhir buat kita, apakah ini juga Ramadhan terbaik yang pernah kita jalani?? Apa bekal yang akan di bawa nanti? Redhakan orang lain pada apa yang kita lakukan? Mungkinkan ada maaf dari mereka yang terguris rasa dengan perbuatan kita? Semua persoalan ini terfikir dibenak seketika. Tambah lagi lately ni juga punyalah banyak dihidangkan dengan cerita2, pembacaan mahupun berita yang membuatkan diri berfikir adakah kita bersedia menerima apa jua kemungkinan yang akan mendatang. Sihat dan sempurna pada zahirnya belum memungkinkan seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang baik. Biasanya orang akan kata alah ko muda lagi...xdenye sakit. namun siapalah kita untuk menolak takdir serta Qada dan qadar yang ditentukan yang maha Esa.

Walau bagaimanapun, seharusnya kita perlu sentiasa melakukan yang berbaik. Berusaha memuaskan hati semua dan melakukan kerja yang diamanahkan dengan segera serta bersungguh-sungguh (fuh ini peringatan utk diri sendiri ni) kerana andai kata kita perlu 'pulang awal' kepadanya atau ditarik nikmat upaya, tidaklah kita menambahkan beban kepada yang bakal menyambung kerja kita nanti (alamak banyaknye urusan x buat lagi ni). Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara
  1. Muda sebelum Tua
  2. Lapang sebelum Sempit
  3. Sihat sebelum Sakit
  4. Kaya sebelum Miskin
  5. Hidup sebelum Mati

Tiada ulasan: