Jumaat, 19 Ogos 2011

Ucapan Raya


Ucapan Hari Raya mengunakan kad, email, e-kad, sms, atau mms..yang mana satu menjadi pilihan? Tentulah kos yang paling murah pilihan pengirim dan kos paling mahal pilihan penerima. Teringat 10 -20 tahun lalu, penggunaan kad raya memang sangat aktif pada masa tu. Kebetulan pula bulan puasa pada waktu cuti sekolah. Berdedai-dedai la ke kedai buku atau pasaraya untuk beli kad bg dikirim buat saudara mara dan sahabat handai. (jiran setaman pn dihantar pada hal setiap ptg jumpa main galah panjang atau polis entry). Bila en posmen tiba hampir semua pintu rumah terbuka. (ceh tgu kad raya dari jiran depan umah). Tersengeh pegang surat yang banyak sambil angkat kening pada jiran2 yang keluar juga.

Sampai dalam rumah pula mula membahagikan kad kepada empunyanya. Sampai di penghujung Ramadhan kita tengok siapa dapat paling banyak kad. TQ mak, ayah x pernah lokek belanja setem dan kad raya. Ayah la paling rajin melayan kerenah anak2 dia ni. Dengan cara ini juga rasa kasih sayang semakin rapat baik dengan keluarga mahupun dengan kwn2. Paling penting melaluinya juga belajar cara mengirim surat. (teringat masa mengajar BM, murid x reti macam mana nak pos surat, kat mana nk beli setem, sebelah mana nak tulis alamat, n alamat siapa yang hendak ditulis.....oh maaaaaan...)

Isi kandungan kad pula biasa la tanya khabar, puasa ke tidak, kalau x puasa x boleh raya la, x dpt duit raya la, kuih banyak buat x, buat kuih apa, baju raya warna apa bla..bla (semua berkaitan raya). Di akhir kad pula ada pantun. paling popular pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. tak pun pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung ( masa tu mmg banyak rumah buat patern gantung kad raya sebagai hiasan dinding). Itulah kenangan 10-20 tahun yang lalu.

Sekarang ni ada juga la terima kad raya tapi x sebanyak dulu. Nak capai 10 keping pun susah. Kalau capai pun pasal budak2 bagi yg byhand (siap mintak duit raya...cet dulu x pernah mintak cikgu duit raya dlm kad). Zaman dah berubah, x kira la dengan cara apa pun kita menerima ucapan baik kad, sms e-kad, email atau mms jangan la merungut tapi bersyukurlah itu tandanya kita masih diingati. Bukan senang orang nak mengingati kita. hanya insan terpilih saja yang akan diingati (tak kira la pasal kita baik atau sebaliknya). Akhir kata selamat menyambut 10 malam yang terakhir Ramadhan. Semoga dapat kita berjumpa dengan malam yang dipanggil malam seribu bulan.


Tiada ulasan: