Ahad, 21 Ogos 2011

Coretan, catatan sepanjang puasa


Sehari sebelum pose abis bebudak tahun 4 aku kerah gi tanam anak pokok cili padi yang dia org semai. Kebetulan pula masa tu pak cik tukang kebun tgh dok menarah semua pokok pulasan yg sedang masak ranum kat sekeliling sekolah...(masak ke separa masak ke tak masak ke semua kena tarah kalo x ada pulak yg ponteng pose mkn pulasan). Apa lagi tumpang sekaki la bebudak tu merasa buah pulasan.
Minggu pertama pose biasa la kena melayan kerenah si kecil yg mula belajar puasa. mcm2 ragam. tapi sempat juga aku menyakat suh dia org amik air paip then aku campur dengan water colour merah (nk ajar volume of liquid). Hahaha... gamat kelas masa last tu yg pada mulanye terlepek lembek je bebudaknye. Bising marahkan cikgu dia bawa air pastu dia org sendri terbayangkan air tembikai, sirap limau ais bla..bla..bla..
Nabila merengek sakit perut. tapi cikgu dia ajak masuk kelas blaja math.

Minggu kedua pose kena attn majlis buka pose. ada 2 jemputan so g satu je la. Sabtu pagi balik Bukit Batu. yeyeye. Ups.. chacha pun ikut sekali. Gumbiranya dia ramai kakak melayan plus ada2 ekor burung dalam sangkar kak ecah. Adooi susah la pulak dia nk tdo mlm. nk cari tok mama dia. So sepanjang mlm aku la kna jd mak angkat dia huhuhu lastly sama2 tertidur.

xtvt chacha dengan kak ecah sementara tunggu masa buka puasa. kak ecah yg dah tak larat tu melayan la jugak si kecik ni pasal dia mmg penyayang.

Minggu ketiga puasa (huh dah minggu 3?? cepatnye) dah masuk mlm2 terakhir. masa entry ni ditulis dah hari ke21 puasa pun. Biasa la masa ni mesti la sibuk sesi pra mengemas atau pada sape yg rajin buat kuih mula buat kuih(aku?? belum lagi. x plan nk buat kuih ke tak tahun ni..kuih tunjuk ada la juga buat geli2 tekak). Sekolah pun sibuk dengan aktiviti dan persiapan penutup ihya ramadhan dan sambutan bulan kemerdekaan minggu ni dan minggu depan.

bulan pada malam ke-15

Tahun ni giliran kami jadi tuan rumah. Nampaknye Anak cucu tok Majid bakal berkampung kat Muar la tahun ni. Selamat Datang. Kita bakar lemang sama2 k. Cite pasal raya nnt aku kongsikan di lain entry. pasal puasa rasanya setakat ni dulu. Chaw cincau...

2 ulasan:

muhsync berkata...

lama aku tak melawat blog ni :D

Alun berkata...

:) biasa ler. owner dia pn x raji update. mna org lain nk rajin lawat