Jumaat, 19 Ogos 2011

Duit Raya

Sekadar hiasan semata-mata ;p

Yaaabedabedooo... dah tinggal beberapa hari lagi nak raya.(Mood raya sudah datang). Dengan rajinnya sibuk la rumah dikemas dan dicat. Adoiii bila masa la pulak bersawang ni. Hampeh tul. Kuih raya pun buat la sikit buat cukup syarat...yang lain beli jer. Baju raya...ehmmm tahun ni x dapat shooping sakan macam last year puasa kejap sangat dah nak raya. (ingt ex-housemate sorg ni, kami yg muslim yg nk beraya dia pulak over beli baju kurung bnyk kat kota tinggi...sowry jane saje mention u) Dulu sempat la jugak ke kota shooping giler2 dr pagi sampai ke asar. Penat... toksah tanya la kompem penat balik singgah berbuka kat kedai je. xde sapa nk masak.

Last year abis semua bank kat taman molek saya ngan kak salmi dok menjelajah pasal nak tukar duit raya n nak kumpul sampul duit.(duit utk murid miskin n anak yatim sempena penutup ihya ramadhan kat sek). Dah la ada masalah sikit ngan duit tu...giler lama dlm bank sampai jd runner. But part paling kelakar masa buat muka seposen nak mintak sampul duit...bila ingt balik malunyee. kak salmi sekarang saya x yah susah payah mintak sampul lagi. kat sek baru ramai cikgu husb dia keje bank plus anak murid saya pn ada bagi. bank pun x mintak dia hulur. x kedekut cuma isinye jer ni mcm mna nk masuk..

Tahun ni juga saya x yah susah2 g bank utk tukar duit. mintak tolong kwn tukarkan. xyah susah2 bt muka kesian. saya pn dapat juga duit raya dari sepupu2 n sedara mara, xde la banyak RM1 RM2 jer pun. tapi yelah bak kata orang sikit sama sikit banyak sama banyak. LEbih kepada satu konsep perkongsian kegembiraan buat geli2 tangan. yang tua bagi yang muda, yang muda pun bagi yang tua (yang dah koje ler...bebudak sek dok dapat lagi).

Apa pun semua yang berkaitan dengan duit mmg best kecuali hutang piutang. Dan sebagai yang kena menguruskan kewangan sendiri pepandai la buat budjet so nnt lps raya xde la kayap.

1 ulasan:

Cikgu Mimi berkata...

jelajah bank2 di tmn molek kini dlm catatan kenangan